Date of travel : 03 Februari 2020
Kami plan nk check out kul 12 tengari. Kami keluar lewat2 dalam jam 10 pagi utk ke Halal Guys. Masa nk keluar dari hostel, terserempak plak dengan owner. Dia tau kami check out ari ni. Kami ckp yang kami akan kembali utk check out sblm jam 12 pm. Walaupun flight kami petang karang, tapi kami dah tak daya nk gi jauh. So kami pusing dekat2 je. Pastu terus ke Halal Guys.
Sebelum jam 12 kami kembali ke hostel utk check out and amek beg2 kami. Masa kat Seoul Station, tukar tiket Arex. Tiket ni Syafiq beli kat klook semalam. Dia tak nak naik subway yang byk stop tu. Aku pon tak nak. Hehehe.
Masa menunggu utk turun ke gate, aku amek kesempatan buang baju sejuk hijau yang aku pakai dah 2 minggu ni. Syafiq dah buang siap2 kat hostel. Lega bila dah tak de baju tu. Ringan sket badan aku.
Sampai airport trus timbang beg masing2. Alhamdulillah berat tak lebih. Kami terus beratur utk check in. Tak nak lambat sbb nnt line panjang.
Lepas berjaya check in, kami dok lepak utk menghabis kan makanan Halal Guys yang tak abis. Share je. Syafiq abiskan yang lain.
Lepas tu baru kami masuk imigresen. Mujur tak de ape yang berlaku. Sementara tunggu flight, kami airdrop gambar. Malangnya ada gmbar dari Syafiq yang aku tak dapat. Aku sedar pon masa kami dah sampai Malaysia.
Kami sampai dalam jam 9 malam waktu Vietnam. Pengalaman yang lepas, pasal beratur line kat imigresen byk mengajar kami utk kali ni. Kami tak nak beratur yang tepi2. Kami terus ke tengah. Dalam dok menunggu line tu, tiba2 satu lagi kaunter berdekatan yang buka. Terus kami ke sana.
Keluar imigresen, Syafiq tukar simcard yang dia beli. Lepas tukar, terus order grab utk ke hotel. Jauh jugak nk ke pusat bandar. Dalam sejam jugak. Masa kami otw tu, hujan renyai2. Dalam grab, bape kali Syafiq ckp nk gi berurut. Aku dah siap pesan awal2 kat dia, kalau keluar nk gi berurut hati2. Sbb dia tak nak aku teman sebab dia segan. Dia nk gi sendiri je.
Grab turunkan kami kat kawasan rumah kedai. Kami tak nmpak pon signboard hotel. Dah la hujan renyai. Mujur luggage tak perlu amek, so tak banyak brg yang kami bw. Cari punya cari, barulah jumpa. Masalah lagi. Hotel tak bsedia dengan kehadiran kami. Dia tau kami nk dtg, tapi jenis kaki nk menipu.
Dia dok tanya kami dah buat payment ke belum. Brape kali kami ckp kami dah buat full payment. Siap tunjuk bukti. Tak paham2 jugak. Syafiq dah start nk marah dah. Then bila dia nk bgi kunci, dia ckp 'i give u nice room'. Mende, kau nk letak kami satu bilik!!
Pastu, aku pon explain kat dia yang aku ngan Syafiq bilik lain2 sbb order number lain2. Kami bgtau kami dah penat, give me the key. Tak ckp byk dah, dia amek kunci 1 lagi then bawa kami ke bilik. Syafiq aras 1, aku aras 2. Aku minta utk diletakkan aras yang sama dengan Syafiq tapi dia ckp xde aras yang kosong dua bilik. Terpaksa la kami berpisah lagi.
Aku dapat bilik yang 'Nice Room' yang dia ckp tu. Alaaa, besar sikit je dari bilik Syafiq. Memang nmpk mcm bilik honeymoon la. Masalah timbul bila aku tak jumpa cara nak tutup pintu balkoni. Nasib baik hotel tu ada wifi. Syafiq whatsapp tnya pasl bilik. Aku cite la psl aku tak jumpa cara nk tutup pintu balkoni. Terus dia dtg bilik tengok keadaan. Bila dia dtg barulah nmpk pintu tu kat mana. Adoiyaiiiii. Don't worry kawan2, Syafiq tak stay lama pon dlm bilik aku ni. Hahaha..
Sekian..
p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.
Love,
Kwon eLa
Hanoi
VIETNAM
No comments:
Post a Comment