SOUTH KOREA 2020 : DAY 2

Date of travel : 23 Januari 2020

HANOI ---> SEOUL

Alhamdulillah, lena aku tidur semalam.. Ye la dapat katil, tilam, comforter yang selesa.. Kul 6 pagi dah terjaga sbb dah cukup tidur.. Dok la ber'me time', tgk tv and siap2.. Sleepingpod tu, kalau tempah dekat Agoda mungkin boleh dpt harga yang lebih murah. Mcm kes kami, kami tak expect nk tidur sleepingpod. Asal nk tidur je kat luar2 tu. Tp keadaan yang memaksa kami.. Hahaha..

Ruangan kecil Sleepingpod. Cukup2 badan je. Toilet pon kat luar.
Kul 8 lebih kami check out. Sebenarnya boleh je check out kul 9 tp sbb nak gi jalan2 sekitar airport, so kami keluarlah awal. Kami ingat Airport ni besar, tp rupa-rupanya kecik je.. Menyesal keluar kul 8. Baik keluar je kul 9, jalan2 sekitar kejap then terus masuk Gate 23. Kami xperlu check in lagi sekali sbb dah dapat tiket dari masa kat KLIA lagi. So tinggal double-check Gate then trus masuk imigresen.


Hiasan ni masih ada masa first kami pergi, tp masa nk balik KL dah xde dah.

Semalaman di Hanoi..
Ok nak cite pasal Gate dia, agak memeningkan sebenarnya.. Confuse sbb 1 ruangan akan berkongsi dgn 2 Gate. So kene alert pegawai tu tengah seru flight apa. Kali ni flight tak delay. Alhamdulillah. Kami sebenarnya dok berzikir dalam hati, takot masa kat Imigresen Korea kami kene anta balik.

Dari kiri: White Chocolate, Dark Chocolate
By 10.35 a.m., flight pon bergerak ke landasan untuk terbang. Satu yang kami tak sabar adalah menunggu masa makan. Sebab tertanya-tanya apa jenis makanan yang akan dihidangkan untuk kami yang special kes ni. Bila makanan tiba, buka penutup, tgk udang dah seronok dah. Tapi bila tengok nasi, rasa nk menangis. Boleh dimakan, tp xpuas..

Nasi tu ada rasa mcm pulut, kekacang dan daun teratai.
Setelah 3 ke 4 jam berada di udara, kami pun dengar pengumuman yang flight dah nak mendarat. Lagi la ketakutan tu timbul. Alhamdulillah, start dari turun flight sampai la perjalanan ke imigresen semua smooth. Kami pilih kaunter yang muka baik2 je. Masa kami sampai, orang tak ramai macam masa 2018. Pegawai Imigresen pon xde banyak tanya. Dia cuma assist utk amek gambar n cop jari je. Xde pon kene soalan mcm sesetengah org kene.

Lepas je imigresen, kami kene cari lokasi Arex plak. Both of us first time naik Arex. Sebelum ni naik bus tapi lambat la smpai. Sampai kat kaunter Arex, ada banyak mesin utk tukar e-ticket pada physical ticket. Kami kan first time, so xtau nk guna mesin tu. Aku beraturlah untuk berurusan dgn kaunter tp depan kami ada pasangan yang sgt lama berurusan. Geram plak rasa. Bila smp turn kami, terus pegawai tu suruh guna mesin. Membazir masa aku je.

Masa guna mesin tu, mujur ada runner yang bantu. Kami pilih kul 6 sbb igt x smpt nk amek yang paling awal. So masa kami turun, train yang awal tu masih ada. Kami tak berani nk masuk sbb physical ticket dah ada seat number. So mesti nk kene ikut jam 6 jgak utk secure seat kami tu. Masa dok menunggu tu, runner datang check tiket kami then dia suruh masuk. Kami jadi blur seketika, tp masih diturutkan.

Masa dlm train, runner tu ubah tiket kami, then dia bagi seat terbaru kami. Lega sgt. Boleh jimat masa. Dah la lapar ni.. Hahaha..

Tiket tu kami amek yang turun dekat Seoul Station. So dari Seoul Station amek subway ke Hongik University Station plak. Dua2 station ni mesra beg luggage macam kami.. So boleh naik lift je terus ke atas.

Kami smpai dekat hotel dlm kul 6 lebih. Terus check in. Ajussi tu offer kami berdua dok 1 bilik tanpa sbrg caj tambahan. So xyah la dok dorm. Guess what, kami tolak.. hahaha.. Obvious dah jawapan tu. Plan dgn Syafiq utk rehat sekejap then baru keluar. Kami keluar kul 8 trus nk ke Myeongdong untuk makan.
Let's start it!!
Sampai kat Myeongdong, kami plan nk makan Kampungku. Ni restoran baru yang kami jumpa. Tp arahan dari semua blog x jelas. So aku xnak citer kat sini. Korang baca je dari blog orang lain. Yang pasti, kami sesat jauh sampai ke City Hall and then kene naik subway balik utk ke Myeongdong.

Give up cari Kampungku, kami singgah Busanjib je. Sbb dah lewat, by 10 p.m banyak kedai tutup nanti. Lega dapat makan nasi yang betul.

Ada lauk tapi x smpat nk snap. Lapar sgt dah.
Balik dari Myeongdong terus masuk bilik masing-masing untuk rehatkan diri. Esok jauh lagi perjalanan kami ni. Goodnyte everyone.

Sekian..

p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.

Love,

Kwon eLa
Hongdae
SOUTH KOREA

No comments:

Post a Comment