The Trip
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Seriusly lama gila tak menulis.. Sampaikan aku kene belajar balik format-format yang ada. Tahun 2019, kalau korang perasan aku tak update apa-apa trip sebab aku tak ke mana-mana. Tapi sebenarnya, aku ada beli tiket ke Padang, Indonesia untuk pertengahan tahun 2019 tapi terpaksa cancel sbb tripmate tak boleh pergi.
Jadinya, bila dah hujung-hujung tahun, mulalah rindu nak naik kapal terbang. So masa tu tengah bertugas dengan Syafiq dekat Unit Exam. Kami pon bercerita la pasal trip yang lepas. And then, ada sekali tu aku keluar dengan Syafiq pergi Aeon Manjung. OTW dalam kete tu kami plan nk gi Hatyai naik keretapi. Masing-masing x pernah naik keretapi yang overnight. Tapi cari tiket train xdapat. Banyak yang tak available. Mungkin sold out. So impian nak gi Hatyai naik train terkubur dengan sendirinya.
Selang beberapa hari, tengok tiket AirAsia pergi Jeju tengah murah. So aku tanya la Syafiq, nak tak kali ni kita gi Jeju pulak. Hari tu cover Seoul je. Dia tengok tiket macam murah, so dia setuju. Dari plan nak gi Jeju bawa ke Seoul sbb dah alang-alang kat Korea, why not ulang balik Seoul tapi cover tempat yang tak sempat pergi dulu. So repeat places!! Ok setuju..
Kami pon mencari la tiket AirAsia. Syafiq ni dia tak berapa gemar dengan AirAsia, so dia plak tengok tiket dari Traveloka.. Kami consider banyak situasi, masa pergi kononnya turun Jeju, balik ikut Seoul dan macam-macam lagi. Last2, kami pilih perjalanan yang sama macam tahun lepas. Transit Vietnam. So boleh agak lah kan kami naik apa. Hehehe.
Yang tak bestnya, masa beli tak perasan yang jumlah total hari kami adalah 14 hari sbb tengok hari yang harga murah. Sebenarnya, kami kat Korea 10 hari je, lagi 4 hari kami dekat Hanoi (transit yang kena bermalam). Dan ditambahkan lagi yang tak best, selang beberapa hari kemudian, dapat arahan dari Pengarah yang mengatakan cuti waktu kuliah dah tak dibenarkan.. Menangis tak berlagu la kami.. Syafiq tak nak pikir lagi pasal hal tu sbb dia nk enjoy puas2 dekat Bangkok dulu hujung tahun ni. Untuk pengetahuan, kalau nak travel masa cuti semester pelajar, takde halangan. Yang jadi halangan bila tarikh trip tu kene pada hari kuliah.
So sambung balik, lepas beli tiket Korea, aku trus cari tiket Seoul-Jeju plak. Alhamdulillah kami dapat tiket yang murah sbb tengah diskaun.
Summary harga tiket kami:
Vietnam Airlines (pergi-balik) : RM2628 untuk 2 orang.
(Incl. 23kg bag per person and meals)
Eastarjet (pergi-balik) : KRW129000
(incl. 15kg bag per person for 1 trip)
Itulah pengenalan macam mana berlakunya WHITE-DARK CHOCOLATE TRIP IN SOUTH KOREA berlaku.
Cerita tambahan....
Cerita ni plak bersambung macam mana kami berjaya apply cuti walaupun dah diberitahu tak boleh bercuti pada hari kuliah. Aku anggap ni semua nikmat yang Allah sedang berikan pada kami berdua. Sebenarnya, aku dapat pindah ke Politeknik Port Dickson(Yeayyy!!). Dapat tahu masa bulan 12, Syafiq dekat Bangkok masa tu. Benda yang tak disangka-sangka berlaku. Aku tau, dia cemburu aku dpt pindah tu. hahaha.. Andaian aku..
Aku kena lapor diri di Politeknik Port Dickson pada 16 Januari 2020. Ya, memang tak kene pada tarikh trip. Masalah yang timbul adalah siapa nak luluskan cuti aku tu. Trip kami bermula 22 Januari 2020. Kelulusan luar negara perlu dibuat paling lambat 2 minggu sebelum. Pada tarikh trip, by right, aku bukan lagi staf Politeknik Sabak Bernam. So di situ conflict berlaku. Tapi dengan perbincangan banyak pihak, Poli Sabak Bernam perlu luluskan cuti aku, dengan syarat aku buat penangguhan lapor diri. Selesai satu hal.
Hal kedua, macam mana kami nak convince penyemak cuti kami iaitu Ketua Jabatan kami sbb KJ kami sangat strict dengan arahan pengarah tu. Lepas kami tunjukkan bukti kelas ganti semua, KJ boleh sahkan tapi kami kene mengadap sendiri pengarah untuk kelulusan. So nak tak nak kami kene ikut lah. Taknak la dah sedap2 enjoy dekat luar negara tapi sebenarnya menyusahkan pihak lain. Kita nak win-win situation.
So, date untuk mengadap pengarah dah ditetapkan. Pengarah pon dah sedia maklum dengan kehadiran kami. Memang berzikirlah kami masa menunggu giliran nak mengadap. Tapi Allah permudahkan segalanya. Pengarah kenal aku, sebab kes aku dapat pindah. So kami explain situasi kami, pengarah pon setuju dengan apa yang kami terangkan. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.
Dipendekkan cerita, semua urusan berjalan lancar. Kami dah tak sabar nak tunggu 22hb.
Terima kasih.
p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.
Love,
Kwon eLa
Kuala Lumpur
MALAYSIA
No comments:
Post a Comment