SOUTH KOREA 2020 : DAY 6

Date of travel : 27 Januari 2020

RAINING DAY..!!

Kami keluar dari bilik masing dalam jam 7.00 a.m. macam tu. Masih awal, so kami sarapan dulu dengan baki ayam goreng yang kami tapau dari Kampungku semalam. Masa dok sarapan, hujan masih turun. So kami minta tolong hotelier situ utk call taxi. Ingat nak ke tempat sewa kete terus. Tapi hotelier tu kate takde taxi yang respon. Mungkin sebab masih awal atau sebab hujan. So dia pinjamkan kami payung sbb lagi 2 malam kami akan kembali ke hotel ni balik.

So keluarlah kami dari hotel dalam keadaan hujan dan payung 1 sambil seret beg. Memang tak selesa jalan dalam basah-basah tu tapi nak buat macam mana. Cari taxi memang xde, so kami naik bus turun kat airport then cari bus shuttle utk ke tempat sewa kete. Masa kat airport, angin memang kuat giler. Jadi masalah kitorang xtau nak amek bus shuttle tu kat mana. So last2 end up naik taxi je. Hmmmmm.. Kalau dari awal naik taxi dah jimat duit.. huhuhu..

Sampai kat tempat sewa kereta, semua dah ready tapi aku plak tertinggal lesen kete kat Seoul. Tapi mujurlah budak tu bagi je. Dia suruh emel kemudian lesen tu. Dapat je kete, kene blaja la plak semua benda dlam kete tu sebelum memulakan perjalanan sampai kene 'halau' sebab kami menggangu tempat bas shuttle.

1. Jeju City --> Mysterious Road

First destinasi kami adalah Mysterious Road, tapi masa kami sampai, aku dah free gear tapi tak tau kenapa kereta tak gerak pon. Malas nak cari penyebab dia, kami drive je terus.

2. Mysterious Road --> Eorimok Trail

Nak pegi Love Land tak boleh sebab hujan, so aku ajak Syafiq ke Hallasan terus. Kalau kat bawah hujan, mesti kat atas bersalji kan. Firasat aku macam tu la. So kami drive la ikut trail paling dekat iaitu Eorimok Trail. Sampai je kat gate masuk, ajussi tu ckp bahasa korea bagitau tak boleh masuk. Aku paham kat 'andwae' tu je. So patah balik la kami.

3. Eorimok Trail --> Hyeopjae Beach

Next location kami nak ikut jalan pantai so pantai terdekat yang kami boleh singgah adalah Hyeopjae Beach. Sepanjang perjalanan hujan je. Tension pon ada. Masa sampai kat Hyeopjae Beach, hujan masih belum ada tanda nak reda. So kami decide utk parking and singgah coffee house yang ada. Sambil singgah minum coffee, sbenarnya tujuan asal nak gi toilet. Toilet kt coffee house ni cantik wehhhh.. Pemandangan pantai. Tapi don't worry, orang tak nampak pon korang buat apa kat dalam tu.



Vanilla Cafe Latte and Caramel Machiato. Each of it harga KRW6000
Dah abis membazir masa kat coffee house tu, walaupon hujan masih turun kami decide utk ke next location. Sebelum tu kitorang singgah nak bergambar kat lokasi bawah ni. Masa ni hujan turun memang lebat. Sanggup bergambar dalam basah sbb tak nak ada gambar payung dalam foto. Pastu malang tak berbau terjadi, payung kami patah sbb angin kuat tiba2 melanda. Padan muka!!


4. Hyeopjae Beach --> Osulloc Tea Museum

First time datang Osulloc ni. Orang kate dalam ni mahal tapi nak masuk free je. Kalau tak makan or minum dalam ni, jimat la duit. Tapi buat apa nak jimat2 dah. Nak datang sini bukannya senang. So belanja je apa yang ada. Aku teringin green tea ice-cream dia je. Ramai sangat yang dok puji. Oh ya, bersebelahan dengan museum ni adalah Innisfree Jeju House. Boleh beli barang kosmetik jenama tu. Harga? Tak tau la murah ke tak sbb aku x pernah pakai jenama ni sebelum ni.





KRW5000 each.














5. Osulloc Tea Museum --> Coffee Friends

Dah berjaya makan aiskrim aku, Sir Syafiq pon nak juga aiskrim dia. Otw ke Yellow Cafe, kami terserempak dengan Coffee Friends Cafe. Ni adalah location penggambaran Coffee Friends (TVN) yang ada Yoo Yeon-seok, Son Ho-jun, Choi Ji-woo dan Yang Se-jong.


Limau dah abis.. Huhuhu..

Dorang rename cafe ni kepada Cafe Friends


6. Coffee Friends --> Yellow Cafe

Ok next!! Yellow Cafe ni terletak bersebelah dengan Ripley's Believe It or Not Museum. Wajib singgah pada sesiapa yang hantu banana uyu macam kami. Syafiq ada kad diskaun 20%. So dia beli 3. 2 untuk dia, 1 untuk aku. Harga asal KRW3500 per cup. Rasa dia sama je macam air susu dia tu, cuma dibekukan dan jadi smoothies.





Kitorang jumpa 'kawan' dari Malaysia. Alumni UiTM. So kitorang bergambar bersama untuk diabadikan sebagai kenangan. Pastu masuk balik cafe untuk meneruskan penggambaran kami yang lain.







Keluar dari Yellow Cafe, kami jalan2 kat sekitar tu. Selain Ripleys, ada juga Teddy Bear Museum, Play KPOP, Chocolate Museum, Yeomiji Botanic Garden, Cheonjeyeon Waterfall.







7. Yellow Cafe --> Yeomiji Botanic Garden

Disebabkan masih awal, kami decide utk ke Yeomiji Botanic Garden. Fee entrance dia KRW10000 per person. Ada beberapa garden ikut musim dalam ni. Kalau berminat dengan bunga dan tanaman boleh la masuk. Kalau bukan jiwa korang, baik jangan masuk!! Kami masuk sbb nak abiskan masa je. 







Gaya wajib..









Keluar dari green house tu, tengok orang dok naik train. Ingatkan free. Rupa2nya kena bayar. So kami ni berlari la cari kaunter tiket. Ingatkan kat dalam green house, rupa2nya kat kaunter tiket awal2 kami beli tiket tu. Harga KRW1000. Dia akan bawa pusing2 taman luar pula. Kalau nak jalan kaki memang tak daya dah. Luas jugak kawasan luar dia. Tapi disebabkan musim sejuk, so banyak pokok berhibernasi.







Tamat pengembaraan di Yeomiji, on the way nak keluar, Syafiq singgap toilet. Masa dok menunggu Syafiq tu, aku pon tertengok la Hallasan. Dari kejauhan nampak putih kat puncak tu. Lagi la tak sabar nak pegi. Harap2 esok hujan dah tak turun macam hari ni.


8. Yeomiji Botanic Garden --> Jungmun Beach

Sebelum ke hotel, kami singgah Jungmun Beach. Nak cari pantai ni betul2 mencabar. GPS bawa kami ikut jalan Lotte Hotel. Last2 aku ikut je firasat Syafiq. Jumpa juga akhirnya. Masa kami sampai, betul-betul nak sunset dah. Cantik la hai... Pada aku la.. hehehe.. 





Done berjalan kat Jungmun Tourist Area. Kami otw ke hotel yang jaraknya berbelas KM dari sini. Taknak gerak waktu malam sbb tak familiar dengan tempat tapi mujurlah senang nak cari.

Best jugak hotel ni (Gaon Jeju Stay Hotel). Kami dok yang dorm punya. Setiap katil ada langsir masing2 tapi panas.. Aku rasa lemas masa nak tidur.

Ok, korang perasan tak kami tak upload pon gambar makanan? Sbnrnya kami plan nak makan, tapi tempat yang kami nk pegi sume jauh2. So kami decide utk simpan duit dan makan yang sedap2 esok. Esok plan nak makan kat Uribong Sikdang sbb kami akan bermalam kat area Seongsan.

So malam tu kami jalan2 sekitar hotel. Ada pasar kat sini. Ada jual seafood juga tapi tak beli pon.  Last2 singgah convenience store beli nasi, telur dan makan sambal ikan bilis yang aku bawa dari Seoul. Jimat duit.

Lepas makan, naik bilik, mandi dan tidur. Esok nak gerak awal juga sbb nak kena patah balik pegi Sanbangsan.

Sekian..

p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.

Love,

Kwon eLa
Seogwipo, Jeju Island
SOUTH KOREA

No comments:

Post a Comment