Date of travel : 28 Januari 2020
Sebelum keluar dari hotel, kami amek gambar dengan interior dalam ni dulu. Dari semalam lagi kami kagum dengan interior dia. Guna barang2 terpakai je. Pandai dorang susun.
Ruangan dalam tu adalah pantry hotel dan juga dorm Syafiq. Dorm aku aras 2. |
On the way ke Sanbangsan, hujan turun renyai-renyai. Risau juga sebab payung kami dah patah. Semalam ada juga cari masa kat area Jungmun tapi harga mahal. Satu lagi yang bestnya, perjalanan kami ditemani pelangi pagi. Cantik je tapi takde gambar sbb Syafiq amek video.
Masa kami sampai, hujan tak lebat sangat. Sempat lah kami pakai boot utk lindung kasut dari basah (TQ White Chocolate blanja kita boot tu). Seriusly aku tak terpikir pon nak beli boot untuk lindung kasut. Dia siap beli apa entah nama benda tu pakai kat kasut ada duri2. Tu utk salji.. Tak nak kasi tergelincir.
Ok sambung balik, lepas pakai boot tu, jalan sikit je, hujan macam makin lebat. Aku teringat ada kedai runcit kat bahagian bawah. Bila kami sampai, kedai masih tutup. So berlari la kami ke kereta sebelum hujan makin lebat. Mujur sempat sampai kereta sebelum basah kuyup.
Aku start enjin, terus gerak cari kedai lain. Mujur tak yah gi jauh2. Ada kedai yang buka and jual murah. Lepas beli payung, trus patah balik ke Sanbangsan. Tapi bila dah sampai sana, hujan dah tak lebat la plak.. Kami bawa jugak payung. Bila dah betul2 takde hujan baru tutup payung.
Plan asal kami nak singgah Yongmeori Coast tapi disebabkan laut bergelora so ditutup utk orang awam. Jadi terpaksa berjalan2 di sekitar tu je and satu lagi, bunga canola tu sebenarnya kene bayar KRW1000 untuk bgambar tapi tak de orang jaga. So kitorang (paling tepatnya aku) trespassing je la utk bergambar. Tolong jangan tiru aksi kami.. huhuhu..
Kami tak nak lama2 kat Sanbangsan sbb tujuan utama adalah utk kembali ke Hallasan. OTW ke Hallasan kami dok berdoa la agar gatenya tak ditutup. Alhamdulillah boleh masuk. Bayaran masuk KRW1000 sorang then kene pandu dalam 2KM lagi utk parking. Dalam 2KM perjalanan tu, pemandangan sangat menakjubkan. Syafiq ada amek video tapi dia tak bagi lagi. Later on aku upload video tu. Sampai je kat tempat parking terus rasa nak menjerit sepuas-puasnya. Salji keliling kami. Sebelum keluar kete, kami pakai apa yang patut. Siapkan diri sbb nak mendaki ni. Plan asal nk daki sikit2 je. Last2 hiking dekat 2KM dari bawah. Total perjalanan nak sampai submit dalam 5KM. Nampak dekat sbb kami amek trail yang paling dekat dengan submit. Ada trail yang sampai 10KM nk sampai submit. So pilih la trail yang betul. Setiap trail ada keunikan masing-masing.
Rasa macam bergambar dekat dinding yang dilukis.. Alhamdulillah.. |
Bahagian bawah ni dah ada salji sikit-sikit. Tu pun dah rasa teruja. Nak bagitau sikit ye, perbezaan salji betul dgn salji buatan, salji betul ni rasa dia halus je. Macam pegang kapas. Tapi salji buatan plak rasa mcam pegang ais yang lepas orang kisar utk dijadikan ABC (rasa dia kasar sikit). Tu sebab kami ni hunting salji yang betul. Baru betul-betul puas.
So makin korang daki, makin tebal salji yang korang jumpa. Masa kat atas, ada rasa salji (snow flakes) turun dari langit tapi tak lebat sangat. Nak daki ke atas, risiko dia tangga akan licin. Sbb tu Syafiq beli benda alah tu (yang duri2). Aku xde benda alah tu so aku raba la Syafiq. Pegang tangan dia setiap kali jumpa bahagian yang licin and berisiko utk jatuh.
Ni dah start tebal dah ni.. Excited wehh jumpa salji.. |
Sampai kat atas (bukan submit tau), kabus makin banyak. Kami tak nampak benda lain selain dari warna putih dan pokok2 berdekatan. Masa pun dah makin ke tengahari. Kami kan tak makan betul2 semalam. So awal2 ni dah start lapar dah.
Aku ajak Syafiq turun sbb kami rasa dah naik lama dah tapi bila tengok signboard rupa2nya baru 2KM kami mendaki. Entah kul brapa plak nak sampai submit. Syafiq pon setuju. So kami pon memulakan penurunan kami. Masa ni bahaya tau sbb licin. Aku gayat dengan ketinggian. So aku mmg tak boleh tengok benda yang menurun. Kalau mendaki tak per asal jangan tgk ke bawah. hahaha.
Kita kasi chance dia nk buat gila sebelum turun ke bawah.. |
Dari Hallasan, kami ke Father's Garden dulu sbb Seongsan tu dah kira area lain dah. Tak boleh nk patah balik sbb dah makin jauh. OTW ke Father's Garden ni klaka juga aku rasa. Dalam GPS takde. Brapa kali kami hampir2 melawan arus. Kami jumpa Father's Garden ni secara tak sengaja. Jauh kami U-turn utk masuk ke sini. Tempat ni Syafiq yang cari. Dalam ni ada macam2. Antaranya Camellia Garden (masa ni bunga camellia mmg tgh berputik dengan lebatnya), mini zoo, ladang limau (masa kami smp limau dah tak banyak kat pokok), dan sbgainya. Sila tgk gambar la ye.
Ada entrance fee iaitu KRW8000 per person. Harga asal KRW10000 tapi disebabkan limau dah banyak tak de so dorang kurangkan harga. Dalam ofis tu sendiri ada limau yg dorang petik siap2. Kira korang amek dan makan je puas2. Dorang sediakan juga gunting, kot2 kami nak makan kat pokok, tapi dorang da siap pesan la yang kat pokok dah tak banyak. Takpe! Kami akan cari sampai jumpa.
Bunga Camellia |
Boleh nampak Hallasan dari sini tapi kabus tutup. |
Limau ni angkara Syafiq. Dia petik untuk bergambar je. |
Ada juga limau untuk kami. Manis betul limau dia. |
4. Father's Garden --> Cheonjeyeon Waterfall
Kenyang makan limau, kami nak ke Cheonjeyeon. What the hell betul. Cheojeyeon tu sblh je dgn Yeomiji. Kalau tau kami pegi siap2 semalam. Membazir masa betul. Entrance fee utk ke sini adalah KRW3000 per person.
Nampak kedai yang jual aiskrim. So singgah la makan aiskrim dulu. Aiskrim dia sedap. Tak sama macam kat Myeongdong.
Aiskrim Chocolate - KRW3000 |
Love You!! |
Sebelum gelap, kami keluar dari Cheonjeyeon utk ke Seongsan. Perjalanan dalam 30KM tak silap aku. Tapi drive kat Jeju ni paling laju 50KM je korang boleh bawa. Byk speed camera.
Kami sampai kat hotel, cari owner utk check in tapi owner hilang entah ke mana. Menunggu la kami sampai dia dtg. Lepas check in, trus masuk bilik. Rehat kejap then keluar utk gi makan. Uribong Sikdang tu dekat giler dengan guesthouse kami. Walking distance je tapi malangnya dah tutup. So kami bergerak utk cari kedai lain. Dah gerak jauh sikit, Syafiq bagi idea utk cari je kedai makan berdekatan guesthouse. So tak yah la kita gerak jauh2.
Ok kita patah balik. Selepas beberapa adegan drama yang kami buat, last2 singgah Jejurang Restaurant. Restoran ni memang di'suggest' oleh Korea Tourism as one of seafood restaurant yang boleh dimakan oleh muslim tourist. Bukan 100% halal tapi xde pork la. Memang seafood semata-mata.
5. Jejurang Restaurant
Kami order makanan yang sama iaitu soup seafood (haemultang). Harga tak silap aku KRW13000. Ada udang, sotong, seashells. Aku tambah beli sup rumpai bersama telur landak laut. Alhamdulillah dapat makan proper food compare to semalam.
Balik bilik, aku ingat akan ada orang lain, tapi rupa2nya aku conquer bilik tu sorang2. Yahoooo!! Syafiq pon mcam tu jugak. So ni la bilik paling selesa sepanjang trip kali ni yang aku rasa.
Sekian..
p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.
Love,
Kwon eLa
Seongsan, Jeju Island
SOUTH KOREA
No comments:
Post a Comment