SOUTH KOREA 2020 : DAY 5

Date of travel : 26 Januari 2020

FINALLY, IT'S HANEUL PARK!!

Kalau korang pernah baca trip Seoul 2018, korang akan tau yang kami terpaksa cancel Haneul Park sbb kesuntukan masa. So kali ni, nak tak nak, kene jadi! Untuk hari ni, kami tak boleh pegi banyak tempat sangat sbb nanti petang kena ke Gimpo Airport utk ke Jeju.

1. Hongdae --> Haneul Park

Awal pagi dah gerak naik subway turun kat World Cup Station. Mula2 tu ikut juga blog yang orang bagi, tapi agak mengelirukan. So kami berpandukan bukit yang dekat belakang World Cup Stadium. Bukit tu adalah Haneul Park. Kalau jalan kaki, dalam 
20 minit macam tu baru sampai kat bahagian depan Haneul Park. Untuk naik ke atas ada dua option, samaada korang hike je naik tangga2 yang ada, atau beli tiket naik kenderaan utk ke sana.

Kami tak tau pasal kenderaan tu, so kami jalan kaki je naik atas. Sampai kat atas baru tau ada kenderaan, tu pon sebab ada orang Malaysia yang naik pakai kenderaan tu.

Bukit belakang aku tu Haneul Park, belah kanan aku World Cup Stadium.


Ni jejantas nak ke Haneul Park. Bawah tu jalan raya.

Nampak tangga tu? Tu tangga utk naik ke atas.




Nampak x putih2 kat bawah tu? Tu ais tapi x pasti samada semalam bersalji or embun yang jadi ais.
Dia nak main dengan kucing dulu sebelum sambung naik tangga lagi..



Dah sampai dah Haneul Park!! Tapi malangnnya rumput2 tu kebanyakannya dah kene tebang. Dorang tinggal sikit je untuk tourist nak bergambar. Sedih betul tapi xpelah. Asal sampai je..










Kami berjalan sampai kat menara tinjau ni. Kalau betul musim dia, mesti cantik tengok rumput2 tu dari atas ni.. Xde rezeki. Syafiq jumpa kawan dia. Dari Thailand. Sekali tgk macam kawan tapi rupa2nya dorang tu adik-beradik. Serius muka x sama langsung.


Ni la kawannya. Siap plan nk jumpa kat Bangkok..





Nampak lapang kan kat belakang tu? Patut ada lalang tu.. huhuhu..

2. Haneul Park --> Deoksugung Palace

Next location Deoksugung Palace. Plan asal xde la nak masuk palace ni, just nk pegi kat wall bahagian luar tu je. Tapi disebabkan Tahun Baru, palace ni dibuka secara percuma utk semua. So dah alang2 free, kami masuklah.

Palace ni kecik sikit dari Gyeongbokgung Palace tapi worth utk masuk sbb tak penat sangat nak berjalan. Matahari tengah terik mmg cantik la amek gambar.






Suka gambar ni sbb dua2 nampak pendek.. hahaha..











Kejap je kitorang kat dalam tu. Lepas keluar terus kami ke wall belah luar. Kalau pakai baju dorang tu mesti cantik amek gambar kat sini. Tapi disebabkan terlalu sejuk, tak sanggup aku nak pakai.. hahaha..




3. Deoksugung Palace --> Kampungku, Myeongdong

Untuk makan tengahari, kami decide utk ke Kampungku. So again!! Kami kembali ke Myeongdong. Mujurlah kali ni dah tak silap dah. Kami order ayam goreng (portion dia boleh makan 4 orang), padprik seafood n telur dadar. Ayam goreng tu tak abis, so kitorang bungkus utk dibawa ke Jeju.


Lepas makan, kami kembali ke hotel utk amek beg. Semalam kitorang packing barang guna 1 beg je iaitu beg aku. So barang2 aku yang lain tumpang kat dorm Syaffiq. Untuk pengetahuan, Syafiq tak check out kali ni sbb dia pikir senang utk simpan barang. Kami x harap sgt nak letak barang kt kaunter utk 5 hari.

Masa kami sampai hotel, masih awal utk ke Gimpo Airport. So ktrg just rehat je kat bilik. Aku tumpang bilik Syafiq sbb aku dah check out. Mujur Ajussi tu benarkan. Siap tertidur dlam bilik tu sbb nak tunggu jam 5 ptg. Nasib baik tak terlajak tidur. hahaha.

Hotel yang kami duduk tu mmg sangat strategik. Kami tak perlu tukar line yang banyak utk ke Gimpo Airport. Sampai je Gimpo Airport, kami tunjuk e-ticket kat helper situ. Dia suruh beratur dan rezeki kami dapat tukar masa ke sejam lebih awal. Sbb katanya masa flight kami tu delay so dia offer utk kami naik lebih awal iaitu jam 8.30 malam. Tiket asal jam 9 malam (plus delay kalau kami lewat sikit je).



Kami sampai Jeju dalam jam 9.30 malam. Masa touch down hujan tengah lebat giler. Berpandukan pengalaman 5 tahun lepas kononnya, kami plan nak amek teksi je terus ke hotel. Lagipon bukan kami tau pon hotel tu kat mana.

Sampai kat lokasi menunggu teksi, MasyaAllah ramainya yang beratur. Dengan sejuk lagi, letih lagi. Syafiq ajak tengok jadual bas. So aku berlari ke tempat bas manakala Syafiq masih tunggu giliran teksi. Nak suh dia yang pegi, dia x biasa lagi dengan Jeju. Tapi dia tolonglah juga cari maklumat bus no berapa yang kami boleh naik. Lepas cari, dengan bas satu2 lalu depan kami, kami decide amek je bas yang turun kat Jeju Bus Terminal. Sbb dalam tempahan bagitau yang hotel tu dekat je dengan terminal.

Turun dari terminal, masalah lagi nak cari hotel. Aku paling risaukan Syafiq sbb dia tak pakai pape utk lindung kepala dia. Kang kalau demam dah susah kami nk berjalan. So kami singgah tepi suh dia keluarkan apa2 kain utk tutup kepala dia. Kali ni aku ikut je Syafiq bawa ke mana walaupun macam nk bertikam lidah jugak tapi kami cepat cool down. Hujan2 macam ni mmg saje nk buat kami gaduh ni.

Alhamdulillah, instinct Syafiq tepat kali ni. Lorong yang dia ajak tu mmg lorong yang betul. Kami check in then trus masuk bilik. Beg kan ada satu je so salah sorang keluarkan barang dia, dan sorang lagi kene simpan beg tu.

Lepas mandi terus tidur.. Memang letih giler.. Rimas sbb hujan je. Ssh nak cari jalan. Syafiq, if you read this, i'm really sorry. Pasni i akan ikut cakap u. i takkan melawan u lagi dan perasan bagus just because i've been here before. TQ tak tengking or keluarkan kata2 kesat sepanjang kita struggle cari hotel tu.. hahaha..

Sekian..

p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.

Love,

Kwon eLa
Jeju City
SOUTH KOREA

No comments:

Post a Comment