SOUTH KOREA 2020 : DAY 8

Date of travel : 29 Januari 2020

LAST DAY AT JEJU ISLAND!!

Awal kitorang bangun dengan harapan nk daki Seongsan Ilchulbong and tengok sunrise. Tapi malangnya hujan rintik2 dari awal pagi. Disaster!!! Kitorang tak bawa payung sebab rasa macam tak lebat and kalau tgk langit cerah je cuma tak tau kenapa masih hujan.

1. Seongsan Ilchulbong Peak

Nak mendaki bukit ni amek masa dalam sejam. Tengok pada ketahanan fizikal masing2. Aku ni walaupun selalu berlari, tapi Syafiq naik lebih cepat dari aku. Bayaran masuk KRW5000. 5 tahun lepas aku datang masih lagi KRW1000. Time flies...













Masa sampai kat puncak, hujan dah start lebat sikit. Dah la kat atas ni tak de bumbung untuk berteduh. Cuma lebat hujan tu tak teruk sangat la. Kalau lama kami tak atas, basah la kot baju sejuk kami tu. Matahari tak jadi nak rise sbb hujan.. hahaha.. So kami dok kejap je kat atas tu then trus turun. 



















Keluar dari area Seongsan, aku singgah beli coffee kat Starbucks then singgah 7-Eleven untuk cari sarapan Syafiq. As usual dia akan makan triangle kimbab. Aku plak beli sweet potato. Kami lepak sambil makan dulu kat 7e. Abis makan, disebabkan masih awal, kami decide untuk balik hotel. Rehat kat bilik je sambil tunggu kul 10 pagi. Untuk pengetahuan, Uribong Sikdang buka kul 10 sbb tu kami tak ley gi awal2 ni.


2. Uribong Sikdang Restaurant

Kami check out kul 10 then terus ke kereta untuk letak barang. Kami bawa kete terus ke Uribong Sikdang. Kebetulan masa kami sampai, hujan tengah turun. Nasib baik amek kereta awal2.

Kami amek set medium haemultang (Seafood Soup) yang harga KRW50000. Tolong jangan convert!! Masa dok menunggu tu, dorang hidangkan beberapa side dishes. Sedap weh.. Bila makanan sampai, excited giler kami tengok seafood dok berenang kat dalam tu. Ajumma tu tolong potongkan beberapa seafood dalam tu termasuklah abolone. First time utk both of us makan abalone dan tu membuatkan kami jatuh cinta dengan abalone. Sampai ke hari ni, abalone masih dalam kepala aku. Entah bila plak nak merasa makan mcm tu lagi.


Dia ready dah nak amek gambar makanan..

Ni hasil gambar yang diambil..

Pali! Pali! Ajumma.. I'm hungry..

Taraaaaa!!!

Ni kami minta tolong ajumma tu amekkan gambar. Gelap sikit sbb membelakangi cahaya.



Abis sudah..
Seksa wehh nak abiskan makanan tu. Last2 kami bahagi dua setiap seafood yang tinggal. Kenyang betul kami pagi ni. Lepas rehat seketika baru kami keluar. As usual jugak, Syafiq la yang jadi tukang bayar.

3. Canola Garden

Ok taman bunga canola ni memang dari semalam aku cakap kat Syafiq. Ni salah satu wishlist aku. So otw ke Seopjikoji, kami jumpa garden ni. So singgah dulu sblm meneruskan perjalanan ke Seopjikoji. Bayaran masuk KRW1000 per person. Kalau nak bagitau alamat tu susah sikit sbb ni kebetulan jumpa. Lagi pun ada banyak di sekitar Jeju ni. Kalau kena pada musim dia la.












4. Pantai Seopjikoji (Goseong-ri)

OTW nak sampai Seopjikoji, korang akan bertemu dengan persisiran pantai yang berlatarbelakangkan Seongsan Ilchulbong. Sila stop kenderaan anda dan nikmati pantai tersebut. Tapi aku nk bagitahu awal2 yang tempat ni ada bau macam ikan kering macam tu. Mungkin ada perlabuhan kapal2 ikan berdekatan.

Nama betul utk pantai ni aku tak tau. Kami jumpa masa otw nak ke sana. Tgk ada beberapa kete yang stop, tu la kami follow tu.






5. Seopjikoji

Tak ada bayaran masuk untuk ke sini. Tapi sebelum nak keluar, kena bayar parking. Harga dalam KRW1000 tak silap aku. Kalau korang tgk pada gambar kami, cantik kan cuaca tu? Tapi hakikat sebenarnya, lepas kami keluar kete, pegi kat kedai depan2 tu (Syafiq beli aiskrim), terus hujan lebat. Mujur kami bawa payung. Lepas sampai kat rumah All-in tu, baru hujan stop. Geram betul ari ni. Macam hujan follow kami plak.













6. Woljeongri Beach

Selesai Seopjikoji, kami nak balik Jeju City dah. So kami follow jalan pantai dan singgah Woljeongri Beach. Takde gambar untuk diupload sbb si Syafiq terlepas pandang gambar tu masa dok airdrop. Gambar beribu-ribu, sure lah akan tertinggal beberapa kan.

Ni amek dari Google.
Tadi ada aku membebel pasal hujan macam follow kami kan? Ni hah, jadi balik masa kami sampai kt sini. Baru je amek gambar kat kerusi ni, terus hujan pon mula bertitik sikit demi sikit. Masalahnya, bila kami start enjin kete, hujan dah nak reda la pula. Baru ingat nk jalan2 kat area situ. Geram betul la.

Kalau korang ikut jalan pantai tu juga, korang akan jumpa kawasan yang memperlihatkan kipas angin besar2. Terpulang la kalau korang nak stop or tidak. Tapi kami singgah, sbb pantai dia nampak cantik sangat dari dalam kete.

Langit kelihatan gelap so kami tak boleh lama kat sini. Nanti ada yang basah dan demam. Lama lagi kami kat Korea ni.. hahaha..





Masa otw ke Jeju City, kami isi minyak siap2. Total tangki yang kami kene isi dalam KRW40000 something2. Aku tak ingat exact amount tu. Kami decide utk pulangkan kereta sbb aku dah start tension drive slow. Banyak sangat speed camera. Takot terkena kat mana2 camera. So sebelum anta ke tempat dia, kami singgah dulu hotel untuk check in and letak barang pastu baru ke sana.

Proses pemulangan kunci kereta tak rumit pon. Dorang check body sikit2 pastu tanya ada tak jadi pape kat kereta sepanjang penggunaan. Lagi satu, saman speed camera tak terus dapat tau. Korang kene tunggu selama 6 bulan baru korang boleh tarik nafas lega. Yang aku baca, sekali kene speed trap bayaran dia dalam KRW100000 ke bawah. Terbang juga la dalam RM400 kalau kene.

Kebetulan lepas setel urusan, bas utk ke airport dah menunggu. Terus kami naik bas dan turun kat airport. Dari airport kami naik bas utk ke Jeju Bus Terminal.


Sampai kat Jeju Bus Terminal, kami tak nak balik hotel lagi sbb masih awal. So kami decide utk ke Daewonga. Abalone pagi tadi masih menghantui kami. Kami igt nak makan utk kali terakhir sebelum balik ke Seoul. Dari terminal, kami check maps Daewonga macam tak jauh dah dari terminal. So utk jimat duit berserta dengan nak kenal2 tempat, kami jalan kaki je ke sana. Dalam 30 minit juga nak sampai sana.

Ni pokok sakura. Nanti musim bunga akan ada banyak sakura yang blossom..



7. Daewonga

Sampai je Daewonga, kami terus hilang mood. Daewonga tutup!!!! Kecewa yang teramat. So mencari la kami tempat makan yang lain. Tapi yang seafood semua jauh dari kami. Yang dekat2 banyak Indian food.  Last kami decide ke Rajmahal. Kami naik taxi je sbb dah penat jalan kaki tadi. Gambar kat bawah ni adalah taman yang berdekatan dengan Daewonga. Masa ni bunga2 sakura tengah nak blossom tapi tak banyak la.




8. Rajmahal Indian Restaurant

Area Rajmahal ni macam bandar sikit la compare dengan kawasan lain. Banyak kedai2 dan butik kat sini. Taxi driver tu letak kami kat area ni. (Tgk gambar kat bawah). Sebenarnya nak ke Rajmahal, cuma jalan je terus tapi kami tak tau. Sesat jugak la. Dah la hari ni hujan follow kami, Daewonga tutup, taxi driver plak letak kami entah kat mana. Geram betul.

Syafiq nk ke toilet. So mujur lah kami jumpa tourist center. Tanya dia pasal toilet, then terus Syafiq ke sana. Aku plak stay sbb nak tny lokasi Rajmahal. Dekat dah rupanya Rajmahal. Plus kami sebenarnya dah lalu pon, cuma tak perasan sbb dia aras dua.


Taraaaa jumpa dah restaurant tu. Kami amek set Lamb Briyani. Ada nasi n roti. Aku tak ingat harga dia. Masa dok menunggu makanan sampai, kami pon throwback semula apa yang berlaku tadi masa kat taman yang depan Daewonga. Aku bagitau Syafiq yang aku  dengar dia nak ke Rajmahal sedangkan aku nak ke Tammora dekat Ramada Plaza Jeju. Dia plak bagitau yang dia dengar aku yang nak pegi Rajmahal bukan dia yang nak pegi. Begitu rupanya jodoh kami dengan Rajmahal ni. Apa2 pon kami dah letih sebenarnya. Lagipon makanan dia sedap. Nasib baik..

Interior dia memang nice and cozy..




Lepas makan kami tahan taxi utk  ke hotel semula. Tak kuasa nak naik bus sbb beratur panjang. Balik hotel, terus kemas2 beg and mandi. Esok kena bangun awal sbb kami amek flight awal pagi.

 Sekian..

p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.

Love,

Kwon eLa
Jeju City
SOUTH KOREA

No comments:

Post a Comment