SOUTH KOREA 2020 : DAY 14 THE END

Date of travel : 04 Februari 2020

HI HANOI !!

Kami keluar seawal 8 pagi. Aku letak barang dekat bilik Syafiq terus. Nanti masa check-out dah tak perlu nk naik sampai ke atas dah. Hotel yang kami duduk ni dekat betul dah dengan Hoan Kiem Lake dan banyak attractions yang berdekatan dengan Hoan Kiem Lake antaranya Hanoi Old Quarter.

1. St. Joseph's Cathedral

Tempat yang paling dekat dengan hotel adalah St. Joseph's Cathedral. Ni gereja lama. Tak pasti dari tahun bila. Masa kitorang sampai, kami nak amek gambar, then ada satu pasangan ni amek gambar depan kami dan tak mau beredar. Kalau amek gambar memang akan nmpak muka dorang. Aku ingatkan dia orang luar, so selamba la aku ckp, 'hisss.. Sanalah..'. Lepas kami amek gambar, tiba2 terdengarlah perkataan yang keluar dari mulut dia. Dia orang Indonesia!! Sah-sahlah dia paham..


2. Hoan Kiem Lake

Kami tak nak amek grab lagi sbb nak berjalan kat sekitar tasik ni. Lagipun dekat je. Rugi kalau amek grab. Tasik ni besar juga. Kalau nk keliling tasik ni mungkin akan amek masa 2 jam tanpa berhenti di mana-mana.



3. Hanoi Old Quarter

Bangunan di kawasan ni mostly memang nampak antik.








4. Kedutaan Malaysia

Masa kami otw berjalan kaki ke Ho Chi Minh Mausoleum, kami terjumpa Kedutaan Malaysia. Rindu kot dengan Malaysia. So singgah la kami amek gambar sekeping dua dulu. Hehehe..


5. Ho Chi Minh Mauseloum

Bangunan ni menempatkan jasad bekas presiden Vietnam yang dipanggil Ho Chi Minh. So negeri Ho Chi Minh yang selalu orang Malaysia pegi tu diambil sempena nama dia (Dia ada juga nama asal tapi lebih dikenali dengan nama ni). Dulu Ho Chi Minh tu dipanggil Saigon.

Masa kami sampai, kami tgk dari jauh dah ramai orang berkumpul. Dorang nk tengok ceremony pertukaran guard. Kami malas nk ke sana sbb masih jauh dari tempat kami bergambar ni.






Kami nak pegi One Pillar Pagoda. Punyalah susah kami nak cari. Rupanya pagoda ni dalam mauseloum tu sendiri. Tapi nak masuk mauseloum ni kena bayar. So lepas bincang dengan Syafiq, kami decide utk tak masuk ke dalam tu. Kami amek grab dan terus ke hotel semula. Kami turun dekat St. Joseph's Cathedral. Masa kami sampai, orang tak ramai. So kami amek balik semula gambar kat sini pastu baru balik bilik.




Aku lepak bilik Syafiq je terus sementara nak tunggu masa. Kami tak nak keluar awal sangat sbb restoran tu mesti tak buka lagi masa kami sampai nanti.

6. d'Lions Restaurant, Cosiana Hotel

Masa kami sampai mujurlah restoran dah buka. Takde customer lain lagi. So kami pilih seat yang paling tepi berpandangan track keretapi. Kami nk makan besar sbb duit Vietnam banyak lagi.








Lepas makan, kami amek grab terus ke airport. Kami boleh masuk terus sebab dah check in awal2 masa kat Seoul. Ramai giler orang. Dah la gate dia berkongsi dengan gate lain. Puas kami pusing dalam tu. Barang mahal so tak boleh beli apa2. Kami abiskan duit (masih ada baki) dengan beli air. Aku beli kopi. Kononnya paling premium tapi aku rasa kopi tu masam. Tak sedap langsung. Later baru aku tau, memang ada kopi yang rasa masam. Sori lah.. Malu plak nk mengaku aku ni coffee lover.

Bila sampai masa, kami dah boleh boarding. Lega giler bila dah duduk kat seat flight. Kami berdua je kat seat tu. Takde orang lain. Fuh mujur.. Kalau tak susah nk gi toilet. Kena kejut jiran sebelah sblm keluar. Bila bdua senang sikit nak keluar.





Lepas touch down Malaysia, kami terus balik Sabak Bernam. Kali ni tak singgah makan ke apa dulu. Sbb esok Syafiq keje. Aku risau plak dia blik malam2 ke Politeknik.

Sekian percutian White-Dark Chocolate selama 14 hari..

p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.

Love,

Kwon eLa
Hanoi
VIETNAM

No comments:

Post a Comment