Date of travel : 30 Januari 2020
Seawal jam 7 lebih kami dah check out. Kami amek taxi ke airport. Driver taxi tu peramah sangat. Walaupun cakap ayam dan itik tapi aku paham ape yang dia nak cakap. Dia bagitau yang dia pernah ke Kota Kinabalu sebelum ni. Dia gelarkan diri dia 'ajussi'. So aku rasa close sangat dgn dia.. hahaha..
Sampai airport terus ke kaunter check-in dengan harapan boleh tukar masa flight tapi hampa.. Hahaha.. So stick je la dengan flight jam 9:10 a.m. tu. Lepas check-in, kami singgah Angel-in-us utk aku pekene coffee dulu.. Lepas tu baru masuk gate.
Masa dok menunggu untuk boarding, aku singgah Duty Free kat situ. Last2 terbeli purse.. Adoi la.. Risau duit tak abis macam trip sebelum ni.
Lepas sejam kami sampai kat Gimpo Airport. Kena naik bus utk ke tempat amek beg. Lepas tu kami amek subway dan terus ke hotel. Aku kene check-in balik. Dapat bilik yang sama tapi katil yang berbeza. Roomate baru aku dari Perancis.
First destination kami nak lunch dulu. So kami ke Itaewon sbb nak lunch kat Manis Kitchen. Makanan dia so-so, xde la sedap sangat. Baik makan kat restoran yang lain. Hahaha. Tapi ni kira murah la ni. Biasa makanan kami kalau tak cecah KRW10000 memang tak sah. Nasi goreng ni baru KRW5000.
3. Namdaemun Market
Lepas makan, kami ke Namdaemun Market. Memang dah plan dah, ari ni ari untuk beli segala jenis souvenir untuk kawan2 and family. Pastu kami tak nak pikir dah pasal ni. Syafiq mmg dah survey awal2 dia nak shopping murah kat mana. Aku tinggal follow je. Lokasi gerai aku tak ingat. Tapi orang Malaysia panggil dia Kak Semah? Nanti aku confirmkan balik dengan Syafiq sbb aku lupa. hahaha.
Lepas belanja utk souvenir, aku wajib singgah untuk beli brooch walaupun dah berlambak kat rumah tu. Yang trip lepas pon tak guna pon lagi. Tapi kali ni beli sikit je.
Keluar dari bangunan tu, kami cari gerai yang jual baju pulak. Kebetulan sampai kat kedai tu, ada budak2 Malaysia yang tengah shopping jugak. Sampai ke malam kami jumpa budak2 tu.. Hahaha. Kat sini, Syafiq nak belikan baju untuk family kakak dia. Aku pon beli la jugak sbb macam dah lama tak beli baju Made in Korea ni. Harga sepasang KRW4000.
Lepas membeli-belah, kami jalan2 kat area tu. Biasa kalau datang Namdaemun ni memang terus tuju tempat shopping. Xde pon jalan2 sangat kat area tu. Masa dok pusing2 tu, nampak kedai jual kepala babi. Sebelum ni memang kami selalu mengusik kononnya tu makanan favorite (Gurau2 je. Jangan amek serius sangat). So kali ni terjmpa kedai tu, terus bergambar sekali. Buat2 konon macam amek gambar kat area tu padahal fokus kami kat kepala babi tu..
Perasan tak ada kepala babi kat situ. Kalau tak nampak boleh zoom ye. |
Kami masuk area buah-buahan sebab nak cari anggur yang mahal tu. Memang jumpa tapi last2 beli strawberry je.. hahaha. Malam ni ingat nak lepas sambil tgk bintang dan makan strawberry.
Setel Namdaemun, kami kembali ke Dongmyo Market. Tujuan asal nak beli Maxxim Coffee sbb orang kate harga kat sini yang paling murah. Memang betul pon. Kami masuk kat kedai2 yang awal lepas korang turun subway. Harga sekotak KRW10000 utk 50 sticks.
Lepas beli coffee, Syafiq nak jalan2 lagi tengok baju sejuk. Sebab murah kan. So dia nak OOTD dengan jaket yang berlainan. Harga masih sama iaitu KRW5000. Nasib la kalau jumpa yang elok. Kali ni nasib aku tak berapa baik. Tapi dapat jugak la satu. Kali ni ada gerai yang offer 3 pasang KRW10000. Tu yang share dgn Syafiq tu. Dia amek dua, aku amek satu.
Disertakan kat bawah ni, baju2 yang dicuba oleh Sir Syafiq kita. Ada dua yang berjaya masuk plastik.
Lepas shopping, kami balik semula ke hotel untuk letak barang. Banyak sangat yang kami pegang. So terpaksa patah balik ke hotel dulu.
5. Myeongdong
Untuk dinner, kami patah balik ke Myeongdong. Kali ni kami nak makan makanan Indonesia pula. Kedai tu berdekatan je dengan Kampungku. Syafiq amek yang nasi goreng. Katanya tak sedap sangat. Aku try pon memang tak best. Aku amek bakso, so ok la. Sedap je.
Ada instruction dalam Bahasa Melayu.. |
Lepas dinner, kitorang masuk ke kawasan shoppinng. Macam biasa beli aiskrim panjang ni then masuk Olive n Young. Syafiq masuk dulu sbb dia dah abis makan. Jenuh aku nak abiskan. Last2 aku buang n join Syafiq kat dalam tu.
Hasil dari masuk ke Olive n Young, kami berjaya membeli beberapa skincare termasuk barang yang ditempah oleh member aku.
Malam tu, kami lepak kat rooftop sambil makan strawberry. Manis strawberry ni tapi kami kekenyangan plus dengan kesejukan giler. Last2 terpaksa cancel lepak.
Sekian..
p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.
Love,
Kwon eLa
Hongdae
SOUTH KOREA
No comments:
Post a Comment