Date of travel : 25 Januari 2020
VIVALDI PARK DAY!!
Ringkasan untuk pakej ni, kami beli dekat KLOOK. Masa tu KLOOK buat promosi Buy 1 Free 1. Total kami bayar untuk pakej ni adalah RM100.60 pastu korang bahagilah dua. Dapat lah harga sorang berapa. hahaha. Kami tak amek pakej yang snowboard sbb promosi ni hanya utk Snowly Land shj. So lepas bincang, kami decide utk ke Snowy Land je. Snowboard tu lain kali je la amek. Pakej ni dah termasuk trip bus amek kat 3 lokasi yang ditetapkan dan gondola pergi-balik.
Apa yang ada kat Snowly Land ni? Kalau korang parent yang datang bersama anak-anak kecil, tempat ni berbaloi untuk korang. Untuk kami yang dewasa ni, lepas main beberapa aktiviti yang atas tu, kami dah tak tau nak buat apa. Nak amek gambar pon semua nmpak putih je. Tapi pada aku still menarik la. Best je tgk salji-salji buatan yang ada tu.
Back to actual business, dalam pakej dah bagitau lokasi kami kene berkumpul jam 7.30 a.m. Tunggu depan Starbucks. Dari hotel kami memang dah sangat dekat dah sebenarnya. Masa kami sampai, dah ramai orang rupanya. Masing-masing dah mula naik bus lepas lapor diri dekat runner yang ada. Runner akan bagitau bus mana kami akan naik.
Perjalanan amek masa dalam 2 jam. Aku kena tidur sbb takot muntah. Dekat-dekat nak smpai baru aku bangun then trus amek gambar. Syafiq plak tak pasti dia tidur or main fon sepanjang perjalanan.
Once dah sampai, korang akan dibawa ke office utk tukar tiket. Lepas dapat tiket baru bebas nak ke mana-mana dan kena datang balik ke office tu sebelum jam 5.30 petang.
Peta untuk ke Gondola. |
First kami tuju ke gondola. Takot ramai orang kalau lambat-lambat.
Tudung yang anak PA hadiahkan sempena perpindahan aku. Sayang dorang.. |
Jelesnya tak dapat main snowboard.. huhuhu... |
Sampai je kat Snowy Land, korang akan jumpa Snow Rafting dulu. Terus kami pegi beratur sbb takot orang ramai. It was too fast sampai tak sempat amek gambar. Sempat rakam video Syafiq je.
Turun dari Snow Rafting, otw ke aktiviti yang lain, korang akan lalu di laluan yang ada tempat untuk riadah dan bergambar..
Aktiviti kedua kami naik Snow Tubing. Ada dua option, nak naik sorang or naik berdua. Hell no la aku naik sorang2. Gayat kot. So plannya kami naik berdua, Syafiq dok depan. Tapi bila sampai giliran kami, runner tu suruh tukar aku dok depan, Syafiq ke belakang. Ladies first sgt korang ye. Nak tak nak kena la tukar. Seram wehhhh turun bukit depan mata. Gayat giler.
Sampai kat bawah, kita boleh naik balik bukit dengan duduk dalam tube ni tapi sorang je yang dibenarkan. Sorang lagi kena jalan kaki. Syafiq ckp dia nak naik yang satu lagi tu. Mmg tinggi dari yang kami turun tu. So aku plan nak rakam video dia. Dia p naik sorang2.
Seronok nampak.. hehehe.. |
Nampak dua kan.. Yang rendah tu yang kami naik sama2. Yang tinggi tu Syafiq naik sorang. Tak hingin aku!! |
Gambar kat bawah ni Syafiq baru turun dari ketinggian level 2 dia. I kagum, sis!!!
Sampai atas, aku ajak dia main sekali lagi. Aku nak atasi ketakutan dan kegayatan aku. Tapi masa ni orang dah mula ramai. Tapi xde la sampai berejam kami tgu. Masa kami menunggu tu adalah orang2 Malaysia yang tunggu giliran sama2.
Walaupun dia 'membinatang-peliharaan'kan aku tapi aku tetap cuba bersabar utk tak cari gaduh dgn dia.. hehe.. |
Yeahhh i did it for the second time. Kalau org tak ramai, mau kami main 3 4 kali lagi ni. Lepas main tubing, kami just nak jalan2 amek gambar je.
Masa kami jalan2 tu, nampak la sorang pompuan ni dia selfie dgn cara kumpul ais pastu pacak henfon dia kat situ. Kami pon panjang akal nak tiru cara dia. Mangsanya adalah Iphone XS. Sbb tu je yang boleh connnect dgn iWatch kat tangan tuan dia. Tu pun lepas amek gambar cepat2 pi selamatkan dia takut masuk air.
Cubaan nk melompat tpi gambar bergerak.. hehehe.. |
Ok sebenarnya aku tiru orang bawah ni. Dia yang amek dulu pastu aku tgk matahari onpoint trus nk jugak. |
Model asal gambar matahari onpoint. |
Masa kami masuk tunnel ni, kedengaranlah bunyi pancaragam lagu favorite aku (yang mana aku pon baru tahu bila Syafiq ckp tu lagu favorite dia juga), "I love you baby, and if it's quite alright i need you baby, to warm the lonely night.. I love you baby trust in me when i say oh pretty baby, don't bring me down i pray oh pretty baby, now that i've found you, stay and let me love you, baby.. Let me love you.."
Kul 1 lebih, kami turun dari Snowly Land sbb perut dah start lapar. Nak kene cari kedai makanan halal lagi yang entah di mana lokasinya.
Ok, lokasi kedai makanan halal ni sama tempat je dengan food court dia. Nama kedai Dongmoon Restaurant. Satu company je dengan yang dekat Nami Island tu. Kami order melalui mesin pastu terus cari meja untuk makan.
Dah lupa harga setiap satu ni tapi yang pasti kurang dari KRW10000 setiap hidangan. |
Mukbang show White Chocolate.. |
Lepas makan, kami cari surau pula. Ni pon ada tau. Mula2 kami tak tau, then kami singgah kat office utk tanya pasal surau tapi xde orang kat kaunter. Tapi dlm office tu ada Cina Malaysia. Dia tegur kami dulu. Nak tanya dia macam tak patut kan.. hahahaha. So kami cari sendiri sampai jumpa. Lokasi dia berdepan dengan Hotel Vivaldi je. Cari je kat deretan toilet. Jumpa la dia.
Surau tu kat tiang no 3.. |
Lepas solat, masih lagi awal utk ke office nak naik bas. Kami jalan-jalan masuk ke bawah Vivaldi Park. Ada indoor games dalam tu.
Abis pusing dalam ni, kami lepak luar. Ada buaian utk dua orang. Syafiq sampai tertidur. Tapi terlalu sejuk utk lepak lama2 kat situ. So kitrg gerak ke office tapi sebelum ke office kami singgah Ocean World kejap. Nak tgk ape yang ada.
Kul 4 lebih kami kembali ke office. Ingat nak lepak je situ smpai 5.30. Masa Syafiq keluar pi toilet, aku tgk org dah mula beratur. Call Syafiq x dapat tapi rupa2nya dia pon tgh nk contact aku sbb dia pon nmpk jgak orang beratur. Kami beratur agak awal sbb nk dpt batch yang awal utk balik Seoul.
Kalau perjalanan pegi memakan masa 2 jam, berbeza plak dengan perjalanan pulang. Amek masa 3 jam sbb jem. Aku ni sedar then kene tidur balik sebab nak muntah.
Sampai hotel, rehat kejap then kami keluar balik. Kali ni nak food hunting kat Halal Guys plak.
First time cuba aku rasa sedap betul.. Tak puas makan. |
Lepas makan terus balik hotel. Nak rehat awal. Tak larat dah nak gi Hongdae. huhuhu...
Sekian..
p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.
Love,
Kwon eLa
Vivaldi Park
SOUTH KOREA
No comments:
Post a Comment