Date of travel : 22 Januari 2020
WHITE-DARK CHOCOLATE TRIP BEGINS!!
Hari ni kira hari terakhir aku di PSIS. Habis trip ni, aku akan terus ke Port Dickson. So tadi, ada la little farewell dengan besties and favorite students.. Sedih sgt, tapi i'm sorry i really can't cry right now...
Kami mohon separuh hari sbb flight petang. Takot tak sempat nak kejar kalau balik kerja macam biasa. Kul 12 lebih, lepas peluk2 dengan semua favorite person aku, kami terus gerak. Syafiq yang drive. Pandai dia plan, ari terakhir dia tak nak drive sbb takot letih, so dia offer drive pergi.
Kami sampai dekat Putrajaya Sentral dalam kul 4 lebih. Mujur ada parking yang dekat dengan lift. Dekat la pada pandangan orang yang tengah kejar masa. Lepas unload semua barang, dah pastikan kereta dalam keadaan berkunci dan selamat, ambik gmbar lokasi petak parking, then trus masuk Putrajaya Sentral. Syafiq yang belikan tiket guna apps apa entah. Dapat murah sikit compare harga biasa.
Taraaaa!! Abaikan muka aku yang tak siap tu. Letih kot ari ni berkejar ke sana sini.. |
Rezeki ktrg sampai KLIA dah boleh check-in baggage semua. Dah dapat tiket, ktrg pon mulalah merayap igt nak cari makanan sementara tunggu flight. So kami decide nak makan Burger King. Tapi servis lambat gila. Padahal beratur takde la panjang sangat. Kecewa dengan situasi tu, kami decide untuk masuk je ke Gate terus. Perjalanan jauh lagi sbb kene naik Aerotrain bagai.
Turun dari Aerotrain, otw ke Gate ada banyak pilihan makanan ringan. Burger King pon ada! Tapi kami dah tak selera nak makan. Lagipun nnt kenyang sgt plak. Dalam flight ada makanan. So kitorang beli air dekat Starbucks, lepak dekat situ. Lokasi surau mmg berdekatan dengan Starbucks. Ktrg gilir2 pegi solat sambil yang lain jaga barang. Lepas solat, abiskan air then trus ke Gate. Dah ada orang beratur, maknanya dah boleh masuk Gate. Kami Gate 23 btw..
Bye bye Malaysia.. |
Flight delay tapi tak lama. Lepas masuk kapal terbang, rasa lega sikit. Boleh la rehat sambil tunggu makanan dihidangkan.
So nilah rupa makanan bagi flight pertama kami. Kami yang muslim ni mmg takde pilihan. Kena makan apa yang diberi. Roti ada dua sbb White Choco tak nak makan roti. Dia asik dok kelih makanan seat row lain sbb dorang makan pork. Roti ni memang favorite aku sbb tu aku terima je.. Makanan so far ok bagi aku.
Kami sampai Hanoi 3 jam kemudian. Ramai giler beratur dekat imigresen. Takde pengurusan langsung. Dah la panas sbb berkumpul ramai-ramai macam tu. Rakyat dia plak xreti nak beratur. Asik potong barisan je. Kami sampai lari ke tengah sikit, tu pon sakit ati jugak sbb ada yang tak reti beratur. Untuk pengetahuan, imigresen Hanoi tak de pembahagian orang asing dengan warganegara ye. So semua beratur line yang sama. Ni setakat pengalaman kami la. Kalau dah berubah kami minta maaf ye.
Lepas berjaya keluar dari imigresen, baru rasa aircond. Kami pon mengular la cari tempat nak solat dan tido. Kami decide nak tidur gelandangan je. Tidur kat mana2 yang boleh. Pusing punya pusing, dapat port yang agak terpencil sikit. Tapi masalah datang lagi.. Masa dok cuba untuk lelapkan mata, datang la beberapa ajussi-ajussi Korea, dok minum arak sambil borak kuat2 kat seat berdekatan kami. Masa tu, airport dah mula deem kan lampu dia sbb dah tengah malam. Syafiq dah tak boleh tidur. So do i. Aku tak boleh tidur sbb sejuk dan tak selesa.
So, aku pon ajak la Syafiq ke Sleepingpod. Tgk harga and kalau ok kami nak amek je terus. Lebih selesa untuk tidur. Barang pon selamat. Lepas bincang dengan kerani kaunter, kami dapat bilik dgn harga lebih kurang RM200 something. Check out kul 9 pagi esok. Flight kami kul 10. Kira ok la tu.. Takde pikir panjang dah. Terus book and masuk bilik. Dapat je katil memang aku terus tido. Sbb memang dah ngantuk giler.
Sekian..
p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.
Love,
Kwon eLa
Hanoi
VIETNAM
No comments:
Post a Comment