Date of travel : 02 Februari 2020
Kalau korang masih ingat, aku ada cakap pasal tak nak ulang tempat yang sama lagi tapi kali ni berbeza. Kami bukan nak pegi Nami Island tapi kami nak pegi makan dekat Dongmoon Restaurant. Bole terima tak alasan tu?? Hahaha.
Kali ni kami nak naik ITX iaitu train yang lebih laju. Macam KLIA Ekspress dengan KLIA Transit la. Kalau nk cepat naik lah ITX. Mahal sikit tapi at least cepat sampai sbb tak banyak station yang dia stop. Tapi kena beli tiket asing tau.
Sampai kat Gapyeong, kami amek taxi utk ke Nami Island. Kami dah penat nak berjalan kaki. No More!!!! Sementara Syafiq ke toilet, aku pegi beli tiket kat kaunter. Masa tu dah start ramai tourist2 turun dari bas.
Sementara tunggu feri, jom lah kita selfie utk hari2 terakhir kat bumi Korea ni.
Yeah sampai dah Nami. Design yang berbeza. Oh ya, nak citer ada beberapa kawasan tasik Nami yang membeku tapi nipis je.
Air tu membeku sebenarnya. Ada video yang Syafiq buat nk tunjukkan air tu beku. |
Masuk ke dalam sikit terus nampak sebukit ais (salji tiruan). Terus kami excited terutamanya Sir Syafiq kita. Dia memang suka benda-benda mcm ni termasuklah aku. Hahaha.
Dia tengah video call dengan mama dia. Nak tunjuk muka bumi Nami pula. Mama boy ni. Hahaha. |
Kitorang terus gerak ke restoran. Sebelum masuk restoran, aku nampak tempat yang jual pau kacang dah ada. Aku terus ke sana utk beli pau dulu. Rindu betul dengan pau tu. Sedap sangat. Lepas tu baru kami masuk Dongmoon. Sebenarnya, kami rasa macam awal sangat nak makan lunch tapi sbb tak tau nk ke mana plus sejukkkkkkkk...
Untuk hari ni, aku dah plan awal2 dalam kepala otak aku nak makan jamppong. Awalnya Syafiq nak order jamppong jugak tapi aku tak bagi sbb nanti makanan kitorang tak variety. Kami kan share makanan sepanjang berada kt sini. So dia pon order la octopus rice.
Bila mknn smpai, biasalah amek gambar dulu. Masa nk start makan, Syafiq masih terbayangkan jamppong tu. Kesian la plak. Dah la aku yang halang apa yang dia nak makan. So end up, kami makan dulu mknn masing2 pastu kami tukar. Aku habiskan octopus rice dia, dia plak boleh makan jamppong tu puas2 sbb aku amek sikit je. Nak buat2 rasa.
Lepas makan kitorang sambung tour. Dah datang jauh2 takkan nak dok saje je kan. Ada satu pameran pasal patung yang berbogel (tengok gambar kat bawah). Malu nak masuk tapi lama2 dah jadi biasa. Hahahaha..
Kisah di sebalik gambar di bawah ni. Kami nak minta tolong tourist dari Thailand (dari bahasa yang dipertuturkan aku memang tau dia Thai). Tapi orang tu buat bodoh je. Tak pasti sama ada dia tak dengar or dia buat2 tak dengar sbb tak nak layan kami. Tapi last2 dia sedar kami panggil dia lepas beberapa kali approach, dia pon amekkan gambar kami.
Kul 2 lebih, kami keluar dari Nami Island. Kitorang amek taxi utk ke Gapyeong Station pastu terus beli tiket ITX. Kami amek train yang paling awal. Ok ni nk citer perkara paling memalukan kami. Kami tak tau yang 30 minit sebelum departure baru boleh masuk, so kami ni scan la tiket nak masuk ke dalam. Tiap kali kami scan and nak lalu auto gate tu, pagar akan halang. Banyak kali kena. Dah la dia stop kami beserta bunyi. Ramai yang tengok karenah kami. Malu betul. Pastu datang la orang dia, nak tengok tiket kami dan explain balik kat kami yang kami hanya boleh masuk bila masa menunjukkan 30 minit seblm departure. Ooooohhhh baru tau..
Masa kejadian tu, ada pasangan Malaysia ni. Kami jumpa dorang sampai kat Myeongdong. Eh buat apa kat Myeongdong? Ok la, balik dari Nami Island, kami nak dinner yang terakhir kat Myeongdong. Tak sangka dorang pon ke sana juga. Kami nk makan kt Kampungku. Teringat plak ayam goreng dia.
Maaf ye tak de gambar utk menu terakhir kat Kampungku. Kami nk order ayam goreng tapi tinggal bahagian dada je. Kami berdua memang tak makan dada ayam. Kami cuma makan peha ayam je. So cancel plan tu. Aku beli masakan ala2 samgyetang. Tapi kali ni, menu dia ada nasi dalam sup tu. Aku tak ingat nama dia.
Abis makan, jalan2 sikit kat Myeongdong pastu terus balik Hongdae. Malam tu lepak kat Hongdae pula sambil2 abiskan duit yang ada. Aku nak cari perfume. Mujur jumpa perfume yang di bawah budget aku.
Malam terakhir baru rasa nk makan benda alah ni. Strawberry yang disaluti caramel. |
Ni la yang aku sambar. Harga seperti yang tertera ye. |
Kami tak ley lepak lama2 sebab esok nk check out dah. So malam ni nak kena kemas barang. Ya Allah mudah2an berat tak over-weight.
Sekian..
p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.
Love,
Kwon eLa
Nami Island
SOUTH KOREA
No comments:
Post a Comment