SOUTH KOREA 2020 : DAY 11

Date of travel : 1 Februari 2020

~OUR MOST SIMPLE TRIP OF THE DAY~

Hari ni sebenarnya kami plan nk gi shopping kain kat Gwangjang Market. Kami keluar lewat sikit dalam jam 9 pagi macam tu. 

1. Gwangjang Market

Sampai je market terus kami tuju ke kedai yang lama yang kami pernah pegi dulu. Memang saje tak singgah tempat lain supaya hati tak tergoda.j Asalnnya aku tak plan nk beli pon. Just nk teman Syafiq beli kain utk mama dia. Last2 dalam dok menunggu dia, aku pon tersangkut jugak 2 pasang. Adoi laaaaaa.

Lepas membeli-belah, kami nak ke Gangnam utk makan dekat Yang Good. Restaurant ni specialized utk makanan berasaskan kambing bakar dan halal. Tapi disebabkan kedai ni buka jam 4 petang, so kitorang igt nak abiskan masa dekat Gangnam termasuk singgah dekat Garosugil.

2. Garosugil

Disebabkan nak singgah Garosugil, kami turun dekat Gangnam station dan berjalan kaki ke sana. Penat weh jalan kaki sambil bawa kain pasang tu.



Puas berjalan kaki, kami singgah kat Starbucks utk rehat dan tujuan utama adalah toilet. Aku beli secawan Coffee Latte utk menjadikan kami legal utk lepak di Starbucks. Sambil2 rehat tu, carilah info pasal Yang Good ni. WHAT THE HELL!!! Hari ni Yang Good tutup.. Aku ni cari info pasal opening hours je. Aku nmpak Syafiq dah lain macam ni. Hahaha.. Dia penat kot bawa kain pasang mak dia lagi, kena paksa jalan kaki lagi.. Aku dah start kesian dah. Last2 aku amek kain pasang mak dia tu, sumbat dalam beg galas tu. Sume aku sumbat kat situ. At least tangan kita free utk capai benda lain. Takpelah bahu aku lenguh pon, asal selesa tangan tu.

Aku tau dia marah. Cumanya, apa yang aku perasan antara kami berdua, salah seorang takkan mengamuk sama2. Contoh, kalau Syafiq tengah nak marah, biasanya aku dalam keadaan yang tenang utk tidak melayan kemarahan dia. Sama juga kalau aku marah, dia tak layan amukan aku. So far, kami tak pernah mengamuk antara satu sama lain dengan cara memaki hamun depan muka masing-masing. Biasa kitorang buat silent treatment je. Pastu nanti dua2 sejuk hati sndiri.

Kami tak nak bincang pasal lunch kitorang susah2. Takot kedai tutup, jadi balik kemarahan tu. So kitorang trus decide pegi Itaewon. At least, kalau satu tutup, ada lagi yang lain buka. Daripada kitorang pegi dekat tempat yang bukan tumpuan halal foods, pastu kedai tu tutup. Risiko tinggi tu.

3. Eid Restaurant, Itaewon

Sampai Itaewon, terus pegi Eid Restaurant. Dekat je dengan Seoul Mosque. Syafiq order bulgogi, aku plak memang dah lama nk rasa Samgyetang. Walaupun order masing2 tapi sebenarnya kami share. Ayam Samgyetang tu sangat sedap. Cuma korang yang curious nk tau rasa ginseng, jangan sampai gigit macam aku. Pahit wehhhh. Tapi yang peliknya sup tu tak pahit. Rasa macam sup ayam je.


4. Seoul Mosque/Masjid

Lepas makan, Syafiq pegi tenangkan diri dekat masjid sebab dah masuk waktu. Alhamdulillah disebabkan dia dah kenyang n tenang, perjalanan kami lebih selesa.. Hahaha.. Mampus aku kalau dia baca ni..




Sebelum ke subway, kami singgah beli almond. Ada satu kedai ni jual murah. So kitorang malas dah nk pikir. Beli je. Pastu kami singgah kat lori2 yang parking tepi jalan jual baju I Love Korea pula. Syafiq nak cari baju utk abang ipar dengan ayah dia tak silap aku. Almaklum lah aku tak buat catatan so dah lupa pasal ni.

Habis shopping kami terus balik ke hostel dan berehat. Malam tu kami keluar ke Hongdae Street sbb Syafiq ckp kawan dia nk tengok area Hongdae. So dia nk buat video call sambil jalan2 kat sana. So aku temankanlah dia. Lepas dia abis video call, kitorang trus jalan2 sambil makan bungeopang.

Sekian..

p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.

Love,

Kwon eLa
Hongdae
SOUTH KOREA

No comments:

Post a Comment