Date of travel : 24 Januari 2020
JOM JALAN-JALAN!!
Aku sedar awal. Tengok fon, dapat mesej Syafiq bagitau dia tak boleh tidur sebab roomate dia berdengkur. Ala kesiannya.. Aku mesej dia tanya keadaan dia. Kalau letih, boleh je keluar lewat sikit sebab kami nak pusing-pusing area dekat-dekat je ari ni. Lepas bincang, kami setuju utk keluar kul 9. Boleh la dia rehat sikit walaupun bunyi dengkur tu masih ada. Aku tau sebab aku gi bilik dia. Dengar dari luar bunyi dengkur tu.. Maknanya siapa yang dok dalam lagi la tak tahan. Hahaha..
Kul 9, kami keluar. Plan ari ni nk gi Ehwa University dulu. Sbb trip sebelum ni tak sempat nak cover. Plus aku nak cari bangunan yang ada pokok menjalar kat dinding.
1. Hongdae --> Ehwa University
Disebabkan masih awal, so banyak kedai yang masih tutup. Kami singgah Convenience Store untuk beli Banana Uyu then trus proceed ke Ehwa University. Masa kami sampai, University ni masih dibuka untuk orang awam. Sebelum kami balik Malaysia, Syafiq dapat tau yang University ni dah ditutup. Orang awam dah tak boleh masuk sebab Corona Virus. Mujur kami plan awal. Klu tak terlepas la nak melawat.
Ni jalan yang berhadapan dengan gate University. Kereta tak banyak so boleh la amek gambar. |
'Kawan' kami.. hehehe.. TQ awak tolong amekkan gambar kami. |
To be honest, ni trip yang mana paling jauh aku masuk selongkar Ehwa ni. Trip sebelum ni kami just pergi bahagian depan-depan je. Tapi kali ni, kami masuk sampai ke dalam. Sebab tu hari ni jadi Hari Jalan kami. Banyak sangat berjalan.
Lepas puas pusing-pusing sampai dah tak tau nk gi mana, kami decide untuk keluar dan jalan-jalan kat sekitar luar Ehwa pula. Banyak kedai baju, beg, kosmetik dan macam-macam ada dijual kat sini. Selera orang muda la. Tapi kejap lagi kami nk gi pasar selera orang tau. Tunggu sat na..
2. Ehwa University --> Dongmyo Market
Besok kami plan nak gi tempat bersalji. So mmg dari Malaysia lagi kami dah plan nk gi market ni. Market ni terkenal dengan baju-baju sejuk secondhand yang murah-murah. So kami nasihatkan korang-korang yg nk gi musim sejuk, tapi tak mampu nk beli baju sejuk yang mahal-mahal tu, hari pertama korang better gi kat sini dulu. Sangat murah dan kalau bernasib baik macam Syafiq dapat jumpa banyak yang ok2 dan nampak baru. Aku yang pompuan ni susah sikit la. Tu pasal nanti korang akan perasan aku pakai baju sejuk yang sama je. Tapi Syafiq ada juga tukar-tukar.
Masa ni White Chocolate tengah tak sedar diri. Baju yang dia pegang tu harga baru KRW5000. |
At last, aku tergoda jugak. Beli sehelai utk diri sendiri. |
Geram tengok harga epal selonggok KRW3000. |
3. Dongmyo Market --> Dongdaemun
Lepas banyak sangat bershopping, perut kami mulalah berbunyi. Tempat makan paling dekat yang kami boleh pegi adalah Dongdaemun Market. Dan paling gila adalah, kami decide nak berjalan kaki. Mujur lah jumpa kedai tu. Tapi kedai yang kami makan tahun lepas x buka. So kami pegi mana yang ada je.
Macam biasa Syafiq akan order sotong sambal dan aku order ikan panjang tu. Lagi seketul ikan, ajumma tu bagi free. Lega sgt dapat makan dan rehatkan kaki. Senak perut makan banyak sgt.
Lepas makan dan keluar utk ke subway, kami ternampak lautan rumput macam kat Haneul Park. Aku tak pernah pegi lagi sebelum ni. Tak tahu kenapa macam tak glamer sgt. Macam tak banyak blog cite pasal tempat ni.
4. Dongdaemun Market --> Dongdaemun Seonggwak Park
Dongdaemun Seonggwak Park ni berdepan je dengan Dongdaemun Gate tu. Jalan kaki sikit je lagi untuk naik ke atas. Masa kami sampai, ngam-ngam dah nak petang. Memang best la.
Belakanng aku tu dikenali sbg Heunginjimun atau Dongdaemun Gate |
Dari jauh dah nampak Dongdaemun Design Plaza |
5. Dongdaemun Market --> Myeongdong
Lepas dah jalan-jalan kat atas ni, kami pon nak gerak balik dah. Tapi bila pikir-pikir, masih awal lagi nak balik. So kitorang pon check map nak tengok Myeongdong berapa KM dari sini. Bila check, dalam 3 KM ke bawah. Aku lari 5KM pon 1 jam. So aku berjaya convince Syafiq untuk berjalan lagi. Nak tak nak dekat sejam jgak kami berjalan. Poor him.
So first yang kami buat bila sampai Myeongdong adalah nak melawat Myeongdong Cathedral. Ni first time pegi. Aku pon tak tau lokasi dia sebelum ni. Entah bape kali sampai Myeongdong tapi x penah sampai sini.
Sejuk weh dok luar lama-lama. Kami cari balik Kampungku. Ni lepas Syafiq study betul-betul lokasi dia. OTW ke Kampungku, singgah beli aiskrim panjang ni dlu..
KRW2000 sebatang tu. |
Aku kagum giler tengok Syafiq makan. Sekelip mata aiskrim tu hilang dari tangan dia. Aku punya ni smpai masuk kedai tak abis lagi.
Ok ni nak cite perkara malang yang kami kena untuk malam ni plak. Semalam cari Kampungku tersesat sampai City Hall. Kali ni Kampungku depan mata, tapi silap jugak masuk kedai. Sebab kedai yang kami masuk ni kaler sama macam Kampungku. Ada customer muslim plak tu dalam kedai. Aku ni yakin igt tu la Kampungku walaupun Syafiq macam nk ke depan lagi.
Betul kami salah kedai. Tapi masih kedai muslim cuma kedai ni more kepada masakan chinese yang halal. Disebabkan dah salah masuk, kami pon malu nk keluar balik, so order je la ape yang ada. Kedai ni sebenarnya sebelah je dengan Kampungku.. huhuhu..
Muka kecewa salah masuk kedai. |
Ni ape yang White Chocolate order. KRW6000 |
Ni plak ape yang aku order. KRW7000 |
Sebenarnya kami masih kenyang dan kami juga tak mau banyak sangat membazir duit utk hari ni. So makanan tu kami share je. Nasi goreng tu Syafiq makan separuh, aku makan separuh dan mandu plak aku paksa dia makan walaupun dia kata tak kena taste dia.
6. Myeongdong --> Hongdae
Disebabkan masih awal, kami berjalan-jalan ke Hongdae Street sekejap. Tgk street performance sambil makan bungeopang.
Kami balik awal dari Hongdae Street, sbb esok nak kena bangun awal tak boleh lambat sbb esok ikut pakej. Yeahhhh nak main salji.. Good nite..
Sekian..
Sekian..
p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.
Love,
Kwon eLa
Hongdae
SOUTH KOREA
No comments:
Post a Comment