SOUTH KOREA 2020 : DAY 10

Date of travel : 31 Januari 2020

ANOTHER WISHLIST, EVERLAND!!

Bermula tarikh ini, aku akan menulis dengan apa yang ada dalam ingatan aku je. Jadi info mungkin sedikit berkurangan memandangkan aku rely on memories aku semata2 ni. Untuk hari ni, kami akan ke Everland. Lokasi Everland ni sedikit jauh dari Seoul. So susah sket utk aku plan dalam trip2 yang sebelum ni. Cuma kali ni je berjaya di realisasikan impian tu.

Kami consider 2 option utk ke Everland. Pertama, amek pakej yang beserta bas terus dari Seoul atau plan kedua, amek je subway sampai ke station terdekat dengan Everland. Bincang punya bincang, amek bus dari Seoul mmg memudahkan tapi akan ada kekangan masa yang mana kalau kami nk balik awal, dah tak boleh sbb bus akan pick up ikut masa yang ditetapkan. Manakala kalau amek subway, memang akn bertukar2 line tapi at least kita boleh kawal masa kita sndiri. Come on! Naik subway dalam Seoul sndiri pon akan byk2 tukar line jugak. Apa de hal setakat nk ke Everland..

So awal pagi tu dalam jam 7 pagi, kami menuju ke Everland dgn route berikut:

Hongik University --> Sindorim --> Suwon --> Giheung --> Jeondae.Everland

Masa sampai kat Giheung, kita akan amek train yang sama macam Monorail kalau kat KL. Train dia kecik sikit. Masa kat Giheung jugak, berlari kami nak kejar train tkot terlepas. Nanti kena tunggu yang lain plak. Kami sampai kat Jeondae.Everland dalam jam 9 pagi. Dari kejauhan dah nampak shuttle bus utk ke Everland sedang menunggu. Info untuk yang first time pegi, sampai kt station Jeondae.Everland ni bukan kira dah sampai Everland tau. Korang masih kene amek shuttle bus tapi shuttle bus dia sgt kerap. Jangan takot kalau tertinggal bus. Tgu je bus yang lain tu.

Sambung balik cerita, smpai je station ni, kami decide nk ke toilet dulu. Aku siap dulu so aku tunggu la Syafiq kat luar. MasyaAllah sangat sejuk. Baju sejuk aku tu nipis je. Last2 aku tunggu kat dalam toilet sampai Syafiq siap.



Masa kitorang smpai kat bas, ngam2 bas pon dah nak gerak. Kami sampai kat Everland dalam jam 9.30 pagi. Kami beli tiket dekat Klook. Macam biasa kami beli masa promo Buy 1 Free 1. Jimat duit. Korang x perlu tukar physical ticket. Tunjuk je QR Code masa nk scan masuk nnt. Masa kami smp tu, Everland belum buka. Dia buka jam 10 pagi. So kami beratur beramai2 dengan pelancong2 yang lain.




Tepat jam 10 dengan sedikit Welcoming Dance, kami pon dibenarkan masuk. Aku ajak Syafiq ke locker utk letak barang. Xkuasa nk bawa barang byk2. Utk meneroka Everland, pastikan korang dapatkan peta dia tau. Nanti sesat plak kat dalam tu sbb Everland ni besar dan lagi besar dari Genting Highland.





First permainan kitorang No.53 Hurricane. Game ni tak boleh amek gambar sbb nnt handphone korang boleh tercampak. Kami tak beratur panjang sgt. Mungkin sbb datang ari Jumaat. Berdepan dengan Game No.53 ada Burger Cafe America. Apa yang aku baca dalam Have Halal Will Travel, makanan tu bukanlah 100% halal tapi dalam tu takde la jual pork or alcohol. Cafe ni buka jam 12 tengahari tau. So plan your lunch properly.

Lepas main game No.53, aku dah start pening lalat dah. Sebab dia pusing2 sambil turun naik. Perut plak kosong. Kitorang head down ke bawah guna Sky Cruise. Mulanya nak naik Sky Way tapi belum buka. 


Sampai kat bawah jumpa la plak game No.151 Royal Jubilee Carousel. Rindu nk main macam kat Lotte World. Kesian Syafiq sbb aku ajak main benda kebudak2an ni. Hahaha. Redha je la dia dok depan layan kuda dia.

Game No.151. Sir Syafiq melayan perasaan sbb tak rela. Hahaha.



Dan seterusnya, kitorang main lagi game kanak2. Aku tak berani nak amek yang dewasa punya sbb aku gayat. Syafiq ada ajak tapi aku ckp kalau dia nk main, dia pegi la. Aku tunggu kat bawah. Selfish kan aku. Dia asik layan game aku je. Tapi aku tak nak layan dia punya.. Hahaha. Sorry la. Nanti U pegi la dengan member2 U yang hardcore main kat Genting ye.







Dalam tengahari, kami naik balik ke atas utk makan kat Burger Cafe. Oh ya, aku da terbeli baju kat dalam tu. Banyak sgt kedai jual barang2 Everland. Tersangkut satu. Terus pakai plak tu.

Ok, kat Burger Cafe, kami amek burger yang seafood je. Dalam tu dorang tak letak sos. So picit sos sndiri. Sebelum makan aku dah memang habit check dulu kandungan. Walaupun dalam bahasa Korea, still boleh tau jugak isi kandungan dia. Syafiq memang serah tugas tu pada aku. Dia akan menunggu sehinggalah aku cakap boleh makan or tak boleh. So hasil semakan aku, sos yang dorang bekalkan ada kandungan babi (돼지). Kami terpaksa makan burger kosong tanpa sos cili. Xde gmbar burger sbb kami lapar sgt dah.


Lepas makan ktorang sambung plak ke area Zoo Topia. Kami singgah dulu ke Butterfly Garden sbb kat situ ada Panda World. Aku ingatkan Panda World tu cume monumen or patung je, rupa2nya memang Panda betul. First time tengok. Excited la kami. Tapi malangnya panda2 tu tengah tidur. Dua kali kami pegi, dua kali tu juga kecewa sbb dorang tengah tidur.







Tidur ye kome ni. Ni yang betina.
Yang ni jantan. Pon sama tengah tidur.










Entah macam mana, kitorang end up dua kali naik bas safari. Dia akan bawa korang ke kawasan haiwan liar. Ada dua tempat, dan masing2 bawa ke kawasan haiwan yang berbeza. Kami join dua2 tu.


Sir Syafiq ckp badak tu adalah simbolik dia yang dah gemuk. Sama kan dorang ni.




Ais utk beruang2 kat situ. Tak tau ais tiruan or salji betul..

Sekian Zoo Topia dari kami. Untuk ke atas, kami naik Human Sky. Nak naik benda alah ni mencabar sedikit. Korang kena berdiri kat garisan atau kotak yang disediakan, then tgu smpai seat tu langgar korang yang mana korang akan jatuh ke belakang dan selamat duduk atas seat tu. Ok tak explanation aku.


Yahoo.. Kami nk balik Malaysia dah..
Mr. White Chocolate & Miss Dark Chocolate..

Lepas sampai atas, kami decide nk balik dah. Lapar kot. Makan burger mana kenyang. Thank you Syafiq for accompanied me to this place. Without you, it might not come true.

Kami gerak balik dalam jam 3 petang lebih-lebih macam tu. Sampai Seoul, kami decide utk ke Itaewon terus untuk dinner kami.

2. Itaewon Kitchen

Masa kami ke Manis Kitchen, kami dah nmpak kedai ni. Dia tulis menu dalam Bahasa Malaysia. So kitorang singgah ke sini. Aku order Lamb Briyani dan Syafiq Chicken Briyani. Harga lebih kurang KRW10000 ke KRW13000.


Lepas makan, kami jalan2 dulu sekitar Itaewon. Sebelum ni datang Itaewon utk makan dan solat je. Tak pernah jalan2 area tu. So kali ni kami realisasikan tujuan tersebut.




Sekian..

p/s : Cerita ini diceritakan dari sudut sebelah pihak sahaja. Mungkin Syafiq punya pandangan yang berbeza.

Love,

Kwon eLa
Everland
SOUTH KOREA

No comments:

Post a Comment