Date of travel : 31 Januari 2020
Bermula tarikh ini, aku akan menulis dengan apa yang ada dalam ingatan aku je. Jadi info mungkin sedikit berkurangan memandangkan aku rely on memories aku semata2 ni. Untuk hari ni, kami akan ke Everland. Lokasi Everland ni sedikit jauh dari Seoul. So susah sket utk aku plan dalam trip2 yang sebelum ni. Cuma kali ni je berjaya di realisasikan impian tu.
Kami consider 2 option utk ke Everland. Pertama, amek pakej yang beserta bas terus dari Seoul atau plan kedua, amek je subway sampai ke station terdekat dengan Everland. Bincang punya bincang, amek bus dari Seoul mmg memudahkan tapi akan ada kekangan masa yang mana kalau kami nk balik awal, dah tak boleh sbb bus akan pick up ikut masa yang ditetapkan. Manakala kalau amek subway, memang akn bertukar2 line tapi at least kita boleh kawal masa kita sndiri. Come on! Naik subway dalam Seoul sndiri pon akan byk2 tukar line jugak. Apa de hal setakat nk ke Everland..
So awal pagi tu dalam jam 7 pagi, kami menuju ke Everland dgn route berikut:
Masa sampai kat Giheung, kita akan amek train yang sama macam Monorail kalau kat KL. Train dia kecik sikit. Masa kat Giheung jugak, berlari kami nak kejar train tkot terlepas. Nanti kena tunggu yang lain plak. Kami sampai kat Jeondae.Everland dalam jam 9 pagi. Dari kejauhan dah nampak shuttle bus utk ke Everland sedang menunggu. Info untuk yang first time pegi, sampai kt station Jeondae.Everland ni bukan kira dah sampai Everland tau. Korang masih kene amek shuttle bus tapi shuttle bus dia sgt kerap. Jangan takot kalau tertinggal bus. Tgu je bus yang lain tu.
Sambung balik cerita, smpai je station ni, kami decide nk ke toilet dulu. Aku siap dulu so aku tunggu la Syafiq kat luar. MasyaAllah sangat sejuk. Baju sejuk aku tu nipis je. Last2 aku tunggu kat dalam toilet sampai Syafiq siap.