KOREA 2015 - DAY 9

6 April 2016

Date of Travel : 17 Oktober 2015

~Jalan.Jalan.Jalan~

Perjalanan hari ni kami nak cover Gukje Market, Busan Tower, Yongdusan Park, dan sebagainya.. Pagi-pagi xnak amek train lagi sebab Gukje Market, masa baca kat blog macam dekat je.. Last-last dok pusing kat Jagalchi Market sebab xjumpa jalan.. Last-last kami amek gambar peta, baru la jumpa jalan ke situ..

KOREA 2015 - DAY 8

7 April 2016

Date of travel : 16 Oktober 2015

~BYE-BYE JEJU~

Hari ni hari terakhir kat Jeju.. Hari-hari terakhir di Korea akan dihabiskan di Busan sahaja.. Flight ke Busan kami pilih untuk guna Jeju Air.. 

SUM Guesthouse ----> Jeju International Airport
(Taxi : 3600 won)



Korea 2015 - DAY 7

5 April 2016

Date of travel : 15 Oktober 2015

~I Love You~

Tajuk tak agak-agak kan.. hehehe.. Ok perjalanan kami kali ni nak ke Seongsan Ilchulbong Peak.. Pagi ni xde la nak rush sangat.. Kami siap sarapan dulu sebelum keluar..

SUM Guesthouse ----> Seongsan Ilchulbong Peak (No fon : 7830959)


Masa kami sampai parking dah tak banyak.. Tapi still masih dapat parking yang ok.. Parking free je.. Tapi nak masuk dalam tu kena bayar 2000won.. Pastu bole hike sampai atas..

Korea 2015 - DAY 6

4 April 2016

Date of travel : 14 Oktober 2015

~MY HEALING CITY~

Hari ni kami xnak tergesa-gesa sangat.. Lepas masukkan barang dalam kete, kami amek masa untuk sarapan dulu.. Lepas sarapan baru gerak ke lokasi seterusnya..



Bye Slow City Hostel.. We had a very nice stay here..



Slow City Hostel  -----> Seogwipo 5-Day Market (No. Tel : 7630965)

Korea 2015 - DAY 5

4 April 2016

Date of travel : 13 Oktober 2015

~EXPLORING JEJU~

Pagi-pagi lagi dah krisis aku dengan kak luna.. Disebabkan badan dah mula letih so aku start tak banyak cakap.. Mungkin disebabkan miscommunication, kak luna tak tau yang kami tak akan stay kat SUM Guesthouse so dia xbawa la baju-baju nak tukar untuk malam ni dengan esok.. Aku plak ingat kak luna dah tau.. Sorry kak.. =(

Ok.. Settle kak luna packing barang-barang dia, kami trus cari taxi untuk ke Jeju Auto House.. Kat sini kami ada masalah sebab driver taxi xtau nama "Jeju Auto House".. Walaupon banyak kali aku sebut "Rent Car" tapi dia xtau arah mana nak pergi.. Rupa-rupanya banyak tempat yang sediakan perkhidmatan sewa keta.. Sampai satu tahap aku cakap aku nak ke Airport sebab kat airport ada bas transit yang boleh bawa kami ke Jeju Auto House.. Tapi Ajussi Driver tu still nak juga tolong carikan Jeju Auto House.. Bila aku sebut "Lotte Rent Car" baru dia paham ke mana arah yang kami nak pergi.. Sob 3x.. 

Korea 2015 - DAY 4

1 April 2016

Date of travel : 12 Oktober 2015

~BYE-BYE SEOUL~

Hari ni kami akan bertolak ke Jeju Island.. So masa untuk berada di Seoul hanya sampai tengahari je.. Untuk sesi pagi, kami decide untuk ke Namdaemun dulu sebab nak beli souvenir. 

Euljiro 4 Ga St. -----------> Hoehyeon St. Exit 5

Masa kami jalan-jalan banyak kedai dah buka.. Kami nak cari e-Lengdang sebab nak beli brooch. Kalau nak kami cerita e-Lengdang ni kat mana, susah sikit la.. Sebab kitorang jalan by instinct je.. Kalau jumpa, jumpa la.. 

Aku recommend kedai ni.. Sebab murah sangat.. Satu bangunan dgn e-Lengdang..

Korea 2015 - DAY 3

4 March 2016

Date of travel : 11 Oktober 2015

Day 3.. Kami mulakan langkah kami di hari ketiga di bumi Korea ke Bukchon Hanok Village. Pada penggemar drama korea, village ni memang glamer.. ada beberapa drama yang pernah shooting di sini, antaranya Winter Sonata, Personal Taste, dan lain-lain lagi..

Euljiro 4 Ga ----------> Anguk Station (Line 3, Exit 2)

Masa sampai sana, hujan mulai turun.. Tapi tak lebat.. Macam nak tak nak turun gitu..

Di Station Anguk, akan ada gambar ukiran seperti di belakang aku tu.. Unik kan?

Korea 2015 - DAY 2

3 March 2016

~I Miss You ~

Berbulan jugak blog tak sempat dikemaskini.. Banyak sangat kerja.. Aku takot sangat kalau aku tangguhkan lagi blog ni, aku akan mula melupakan perkara kecil-kecil yang menarik hati..

Sambungan kepada Trip Korea Kedua aku ni, on 9 Oktober 2015, kami memulakan perjalanan ke Nami Island. Dalam jam 7 pagi kami keluar dari hotel.. Sejuknya di luar tu macam aircond dalam rumah aku je.. Suka sangat-sangat..


Ni Station Wangsimni untuk amek tren ke Sangbong. Dari Sangbong baru boleh amek tren ke Gapyeong yang bakal mengambil masa korang lebih dari sejam.. So pastikan dapat tempat duduk masa dalam tren tu.

Dalam jam 9 pagi, akhirnya kami tiba di Gapyeong. Sakan Kak Luna bergambar dengan budak Korea. Aku malas nak bergambar sbb macam dah ada je gambar depan Gapyeong St. Tapi last2 aku rasa menyesal.. Tu gambar tahun 2013, Ela! Ni tahun 2015... Penyesalan yang tak sudah.. Takpe.. 2017 aku amek lagi gambar kat situ..

안녕 내 사랑 !!

9 Oktober 2015


I'm Back!!



Shhh... on Khamis 8 Oktober 2015 kami balik awal dari kerja.. Memandangkan perjalanan dari rumah aku nak ke rumah parent aku amek masa 2 jam setengah, so kami merancang untuk balik awal dari sepatutnya..

Sampai rumah mak terus tukar beg sebab rasa macam xmampu plak nak bawa backpack kat belakang badan.. So tukar kepada luggage terus..

Jam 9 malam kami bertolak dari TBS ke KLIA2. Sampai2 terus cari kaunter untuk drop luggage.. Settle drop luggage kami singgah makan di The Loaf dulu sebelum meneruskan perjalanan ke kastam2 yang ada kat Departure tu..

Ho Chi Minh 2nd Trip - Day 3

1 September 2015

Bang! Bang! Bang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

Lama aku biarkan Trip HCMC aku terbiar kat dalam draf.. Baru ada kesempatan nak menulis..

For our 3rd day, we have decided to continue our journey to Chuchi Tunnel.. Eh tercakap omputih plak..

Macam biasa kami sarapan dulu kat Basiroh sambil tunggu bas.. Bila bas datang, kami la orang pertama yang ada dalam tu.. Pick up sorang2 kat hotel masing-masing.. Trip kali ni xramai pon yang join.. 9 orang je.. Kami je orang Melayu yang ada kat situ..



Perjalanan dimulakan.. Sebelum sampai ke Chuchi Tunnel kami singgah dulu di Handicapped Handcrafts.. Kebanyakkan barang ni dorang yang buat and mahal.. Mungkin sebenarnya berbaloi memandangkan mereka-mereka ini orang2 istimewa.. 

Kwon Maru (Last Part)

3 Ogos 2015


~Maru Budak Yang Baik~




Maru budak yang baik,
Walaupun xde ibu, Maru masih membesar dengan sihat..

Maru budak yang baik,
Tuan dia banyak travel tapi Maru sangat behave dalam kereta.. Ikut je ke mana tuan dia pergi..

Kwon Maru (Part Two)

3 Ogos 2015


~Nae Sarang, Kwon Maru~


sambungan..


Masa first aku amek Maru dari Petshop lepas boarding tu, Maru dah boleh nampak.. Aku masukkan dia dalam sangkar dan sediakan kaki dan tangan Teddy bear aku yang kena kerat tu.. Pasir pon aku masukkan, tapi Maru sangat sukakan pasir tu.. Siap golek2 dalam tu.. 


Kwon Maru (Part One)

3 Ogos 2015

~My Love, Kwon Maru~

Tanggal 5 Februari 2015, aku menemani Kak Luna ke Petshop. Sebelum ni memang aku dah pasang niat untuk bela kucing, tapi xpernah kesampaian. Tapi hari tu, bila Petshop offer nak bagi baby kitten, trus aku setuju.. Aku belikan botol susu, susu kambing untuk baby kitten tu, memandangkan ada orang jmpa kucing ni tak beribu, jadi perlukan bantuan botol susu untuk bagi dia minum.. Aku anggarkan umurnya dalam beberapa hari sebab baby kitten ni dah buka mata tapi masih belum nampak apa2 lagi..

So dalam kete, Kak Luna tanya nak bagi nama apa.. "Maru..", aku jawab.. So, jadilah Kwon Maru.. Sama macam tuan dia juga, Kwon eLa..

Ho Chi Minh 2nd Trip - Day 2

7 Julai 2015

Mekong Trip Start!!

Hari Kedua kami (12 Mei 2015) Jam 7 kami dah turun ke Restoran Basiroh untuk sarapan dan tunggu bas datang amek.. Basiroh guna khidmat An Travel.. Untuk makan tengahari kami dah kena bawa bekal terus.. Makan kat Mekong nanti..

Trip kali ni berbeza dari yang kami guna dlu.. Dah lebih menarik sikit la.. 





Sebelum sampai di Sungai Mekong, kami stop sekejap di Mekong Rest Stop.. Dekat sini betul2 rest.. Indah je pemandangan Rest Stop sini..

Ho Chi Minh 2nd Trip - Day 1

1 Jun 2015

Greetings~~

On 11th May 2015, kami bertiga mengembara ke bumi Vietnam sekali lagi..

Tiga Dara Pingitan mahu ke Ho Chi Minh..

On our first trip, kami xsempat nak berjalan2 sekitar HCMC disebabkan kekangan masa. Flight kami jam 7.10 pagi (waktu Msia) dijangka sampai di HCMC jam 8 lebih (waktu Vietnam). Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih.

Drama Review : School 2015 Who Are You?

7 Julai 2015

School 2015 Who Are You?

Hi everyone.. Aku baru je lepas tengok drama ni.. Since drama School 2013, memang aku ternanti-nantikan drama ni lagi.. Bagi aku, dua-dua drama ni BEST SANGAT!!


Plus, adek Nam Joo Hyuk yang kacak dan comel.. Macam kata Kim Mingyo, "face like a city boy, speak like a country boy".. Owh my Busan Boy....


Tiap kali tengok gambar di atas ni, jantung aku dup.. dap.. dup.. dap.. hahahaha.. Bulan-bulan pose, dengan 10 malam terakhirnya, aku gi tengok gambar di atas ni..


Love,

Kwon eLa
Sabak Bernam,
MALAYSIA

Hati Kecilku Mula Berkata...

6 Mei 2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,



While listening to Big Bang's new song - Loser, tiba2 hati kecil aku terdetik, bestnyer lau dapat tinggal di Jeju-do.. What the heck???

Tiba-tiba je..

Ok, actually aku frust sbb Fahrin Ahmad yang aku minat for more than 10 years bakal menamatkan zaman bujang dia.. Hahaha, alasan semata-mata..

G-Dragon's:

"Honestly, I’ve never fit in with the world
I was always alone
It’s been a long time since I’ve forgotten about love
I can’t listen to hopeful love songs anymore
You and me both
We’re just sad clowns, tamed and scripted
I’ve come too far
I’M COMING HOME
I wanna go back
To when I was young"

Yes!! Aku nak balik ke zaman kanak2 aku, tapi zaman itu penuh dengan kesedihan dan kesusahan.. Aku nak balik ke zaman belajar, tapi otak aku dah xmampu untuk terima ilmu lagi.. Dan kalau aku kekal pada zaman ini, i'm just a LOSER..

Hanya hati kecil sahaja yang berkata.. Hati besar berkata, I'm flying next week!!!


Loser,

Kwon eLa

Narathiwat, Thailand - Part 3

Date of trip : 16 + 17 Februari 2015 (Isnin + Selasa)

Yala..Yala..Yala..

Bila sebut tentang Yala (locals would called it as "Jala"), ramai yang tahu.. Yala, Hatyai, Pattani, Takbai..

My mum had planned this long after i agreed to follow her to her hometown.. Katanyer rindu nak balik semula ke tempat yang dia pernah belajar dulu.. 

Masa nak ke Yala, sorang dari ahli kampung nak ikut.. Memang padat gler dalam kete.. Dah la aku sayang dengan kete ni.. Habis lunyai.. Sume badan XXXL...

Dewasa 3, Kanak-kanak 2.. Sume sumbat kat belakang..
Perjalanan ke Yala amek masa dalam sejam lebih, i guest.. Xingat dah.. Sebb ceritera pasal Narathiwat ni dah tertanggung hampir 2 bulan.. Bulan depan nak cite pasal gi Ho Chi Minh plak..

Narathiwat, Thailand - Part 2

Date of trip : 15 Februari 2015 (Ahad)

~Kenduri Kahwin~

Pagi2 lagi kami ke kedai dulu untuk sarapan.. Di sini, makanan yang slalu dimakan adalah nasi kerabu dan nasi minyak.. Aku bukanlah penggemar nasi kerabu.. So mostly aku akan minta nasi minyak.. Hmmm dapnyer...

Selepas makan, yang tua2 akan ke rumah kenduri untuk tolong ape yang patut.. Disebabkan aku ni penyegan, pemalu dan sebagainya, aku decide untuk lepak depan rumah je la sambil tengok orang datang dan pergi kat kenduri tu.. 

Pelamin yang simple.. Hanya untuk kegunaan bergambar.. Xde renjis-renjis bagai..

Narathiwat, Thailand - Part 1

Date of trip : 14 Februari 2015 (Sabtu)

Rindu~~

Aku yang sebenarnya ada darah kacukan Melayu-Siam.. Tidak seperti yang lain, kacukan Melayu-Siam biasanya cantik2 dan cerah.. Tapi aku dilahirkan dengan mewarisi kulit nenek aku yang agak gelap.. Jadi kadang2 aku agak keberatan bile nak ckp yang aku ada darah kacukan Melayu-Siam sebab xnak orang berkata di belakang nanti.. huhuhu..

Ok trip kali ni bukanlah seperti trip2 aku yang lain.. Kira ni macam balik kampung je.. Yes, it is.. Aku still ada kampung lagi di Thailand.. Nenek aku belah mak still tinggal di sana.. And kami masih ada tanah pusaka di sana..