KOREA 2015 - DAY 8

7 April 2016

Date of travel : 16 Oktober 2015

~BYE-BYE JEJU~

Hari ni hari terakhir kat Jeju.. Hari-hari terakhir di Korea akan dihabiskan di Busan sahaja.. Flight ke Busan kami pilih untuk guna Jeju Air.. 

SUM Guesthouse ----> Jeju International Airport
(Taxi : 3600 won)





Kak Luna last bergambar dengan Halasan..

Sepatutnya flight kami jam 8.50, tapi xtau pasai ape delay dekat 30 minit. Kami ni takot jadual untuk hari ni lari je.. Sebab masa kat Busan ni limited, and aku sendiri xpasti kelajuan nak ke satu-satu tempat tu macam mana.. Maklum lah ni first time sampai kat Busan.. Dalam 9.20 pagi kami dibenarkan naik ke bas untuk ke airplane kami.. Plane parking jauh.. Sama macam Gimpo jugak..






Welcome to Busan!! Once again..

Gimhae International Airport ---> Sasang
(Tix : 1300 won per person)

Line Airport xde Daily Pass.. So kena bayar per trip.. Sampai kat Sasang kami beli Daily Pass.. Harga dalam 4500 won.. Kat kaunter tiket ni memang ada orang-orang yang boleh bantu.. Orang-orang ni adalah orang yang belajar English dan salah satu tugasan mereka membantu warga asing macam kami untuk beli tiket..

Sasang St ---> Somyeon ---> Jagalchi (Daily Pass)

So dari Sasang, kami buat pertukaran dekat Somyeon then terus ke Jagalchi.. Subway kat Busan ni macam slow sikit.. Sebab lama nak sampai ke satu satu tempat.. Tak macam Subway Seoul rasa mcam sekejap je.. Dalam Subway dia memang ramai gler.. Tua muda suma ada.. Sume dok pandang kami macam pelik je.. hehehe..

Sampai Jagalchi, kami terus ke hotel untuk drop luggage.. Destinasi pertama kami adalah Taejongdae.. Naik bas.. Daily Pass yang kami beli hanya untuk Subway je.. 

Jagalchi ---> Taejongdae
(Bus No. 8 : 1300 won per trip)

Port yang ada dekat Busan..

Nak ke Taejongdae ni senang je.. Sebab dia station yang terakhir bas tu.. Sampai Taejongdae, korang mendaki bukit dia sikit untuk beli tiket Danubi Train (2000 won).. Boleh je kalau xnak naik Danubi, tapi mendaki la.. Kalau duduk lama kat Busan mungkin aku akan buat macam tu..

Sampai je kat station yang terakhir, korang jalan je terus ke atas sana...



Dah beli tiket nanti beratur kat sini..
Kaunter tiket tu dekat bangunan sebelah kanan..

Kami dapat tiket kul 2.30 petang.. So lama juga menunggu.. Walaupun Danubi Train asik dok datang tapi still kena ikut masa yang telah dijadualkan ye..

Dekat Taejongdae ni ada beberapa station plak.. Boleh turun naik Danubi tu.. Kami decide untuk cover dua tempat je.. iaitu Yeongdo Lighthouse dan Observatory.. Sebab masa tak berapa mencukupi untuk cover banyak tempat.. Mungkin akan datang aku akan amek masa 1 hari khas untuk Taejongdae sahaja..

First kami turun dulu dekat Observatory.. Kata orang-orang sana, kalau hari cerah, cuaca elok, kita boleh nampak sampai ke salah satu pulau dekat Jepun.. Dekat sini juga ada pameran Choi Ji Woo.. Koleksi gambar-gambar di dekat Busan..











Untuk ke Yeongdo Lighthouse, kami decide untuk jalan kaki je.. Nak tunggu Danubi macam lambat je.. Xjauh pon antara Yeongdo Lighthouse dengan Obsevatory tu..













Banyak betul tangga dekat sini.. Naik ke atas, tunggu Danubi.. Malam ni kami nak ke Gwangalli Bridge pula..

Taejongdae ---> Nampodong
(Bus : 1300 won per trip)

Kami turun dekat Nampodong sebab nak amek train ke Gwangalli Beach..

Nampodong St. ---> Somyeon St. ---> Gwangan St.
(Daily Pass)

On the way ke Gwangali Beach, singgah kat Ediya Coffee sebab nak beli air.. Cakap itik dan ayam sangat, budak kaunter tu tersalah letak order aku untuk dua jenis air.. Xpasai-pasai terbang 7000 won aku.. huhuhu..








On the way nak ke train station kami ikut jalan laen sebab konon-konon nak kenal tempat. Jadinya makin jauh plak nak ke subway.. Masa dok jalan-jalan tu, jumpa la satu kedai ni yang jual kuih ikan (Bungeoppang).. 3 keping 1000 won.. sedapnya..


Gwangan St. ---> Somyeon St. ---> Jagalchi St.
(Daily Pass)

Masa sampai kat sini, macam pelik sangat sebab banyak kedai makan yang buka.. Masa sampai tengahari tadi xde plak macam tu.. Rupa-rupanya jalan nak ke hotel kami tu la yang dipanggil BIFF (Busan International Film Festival).. Meriah sangat..

Pinjam gambar dari blog lain..
Lepas letak beg, siap-siap kami terus keluar sebab nak cari makanan.. Kami jumpa satu gerai ni, orang Indonesia yang berniaga.. Dia student dekat sini.. Partime berniaga.. Jual Mee Goreng.. Support orang kita.. Kami pon beli la dekat sini.. Harga satu tu 5000 won..



Jalan-jalan lagi jumpa plak Hotteok yang glamer.. Lee Seunggi penah beli kat sini masa dalam rancangan KBS "Two Days One Night".. Beratur la kami sebab nak makan.. Kak Luna suka sangat dengan Hotteok ni.. 





Makan dekat bilik, mandi pastu ready untuk tido.. Goodnyte everyone..

Love,

Kwon eLa
Jagalchi, Busan,
SOUTH KOREA































No comments:

Post a Comment