Ho Chi Minh 2nd Trip - Day 2

7 Julai 2015

Mekong Trip Start!!

Hari Kedua kami (12 Mei 2015) Jam 7 kami dah turun ke Restoran Basiroh untuk sarapan dan tunggu bas datang amek.. Basiroh guna khidmat An Travel.. Untuk makan tengahari kami dah kena bawa bekal terus.. Makan kat Mekong nanti..

Trip kali ni berbeza dari yang kami guna dlu.. Dah lebih menarik sikit la.. 





Sebelum sampai di Sungai Mekong, kami stop sekejap di Mekong Rest Stop.. Dekat sini betul2 rest.. Indah je pemandangan Rest Stop sini..







Lepas rehat dalam 20 minit, kami terus gerak ke Sungai Mekong..




Perjalanan nak ke stop yang pertama ambil masa dalam 5 ke 10 minit.. First stop kami adalah Bee Farm.. Lebah2 yang ada kat sini hanya diberi makan bunga longan sahaja.. Jadi madunya ada rasa longan sikit-sikit.. Di sini juga kami dihidangkan air limau kasturi campur madu dan beberapa snek ringkas..





Lepas makan, boleh jalan-jalan di sekitar situ.. Ada juga orang jual pakaian tradisional dan barangan tradisional..





Usai berjalan-jalan di sini, kami ke hentian yang kedua iaitu makan buah-buahan tempatan dan menikmati lagu yang dinyanyikan oleh orang tempatan. It's my favorite time!!





Usai berseronok di sini, pengembaraan diteruskan lagi.. Kali ni kami akan naik sampan untuk ke bot..










Ni guide kami untuk Trip Mekong kali ni..


Hentian seterusnya adalah ke pulau untuk menikmati makan tengahari.. Yeay!!!










Masa dekat sini, aku nak orderlah air kelapa.. Tapi terkejut bila orang tu sebut 100k.. Mungkin dia silap sebut kot..

Hentian seterusnya adalah Hentian Pemprosesas Gula-Gula berasaskan Kelapa..






Arak Ular Tedung..
Dari kilang ni kami berjalan-jalan sekitar kampung menaiki kuda pula..





Begitulah serba sedikit (ye ke sikit?) trip kami kali ni.. Bagi aku ianya agak menarik juga compare dengan yang sebelum ni...

Sampai je depan kedai Basiroh kami masuk untuk bertanya mengenai Puppet Show.. Mujur Hajah Basiroh amik jugak.. Tapi bukan lah trip.. Lebih kepada dia tolong uruskan and hantar sampai depan teater..

So malamnyer kami bergerak la ke teater.. Teater tu dalam 10 ~ 15 minit berjalan je.. Memang dekat je.. nnt akan ada pemandangan pokok2 cantik tersusun sepanjang jalan.. Pokok2 tu nanti aku upload utk hari ke-3..








Pekerja Basiroh yang tolong bawa kami ke sini buat offer, dia nak tolong tunjukkan Post Office HCM yang glamer tu dengan Hard Rock cafe skali.. Ape lagi, kami on je.. heheh..










Sekian malam kami... Mahu beradu dulu sebab esok nak ke Chu Chi Tunnel plak.. Bye bye..

Love,

Kwon eLa
Ho Chi Minh City
VIETNAM

No comments:

Post a Comment