Kwon Maru (Part One)

3 Ogos 2015

~My Love, Kwon Maru~

Tanggal 5 Februari 2015, aku menemani Kak Luna ke Petshop. Sebelum ni memang aku dah pasang niat untuk bela kucing, tapi xpernah kesampaian. Tapi hari tu, bila Petshop offer nak bagi baby kitten, trus aku setuju.. Aku belikan botol susu, susu kambing untuk baby kitten tu, memandangkan ada orang jmpa kucing ni tak beribu, jadi perlukan bantuan botol susu untuk bagi dia minum.. Aku anggarkan umurnya dalam beberapa hari sebab baby kitten ni dah buka mata tapi masih belum nampak apa2 lagi..

So dalam kete, Kak Luna tanya nak bagi nama apa.. "Maru..", aku jawab.. So, jadilah Kwon Maru.. Sama macam tuan dia juga, Kwon eLa..








Habis kaki dan tangan Teddy bear aku kena kerat sebab nak bagi kat Maru ni..

Seminggu aku amek Maru, aku agak 'Culture Shock' sebab first time nursing baby kitten yang dah xde ibu.. Kadang2 Maru akan bangun dalam 3 ke 4 pagi sebab nak menyusu. Dan kadang2 Maru sendiri susah nak tido dan selalu Miow Miow je.. Masa ni aku dah start nak give up tapi hati kecil aku masih tahan aku dari bagi Maru kat orang lain..

Seminggu lepas aku amek Maru, aku perlu ke Thailand atas urusan keluarga, jadi aku serahkan Maru pada Kak Luna sementara Kak Luna belum balik kampung.. Nanti bila Kak Luna balik kampung, dia akan hantar Maru ke Petshop.. Kira aku amek Maru kat situ je nanti..

Seminggu lepas aku bercuti, aku ke Petshop untuk amek Maru.. Malangnya, Maru dijangkiti fungus dari kucing lain yang menumpang ibu kucing yang ada kat situ.. Maru pun dibaginya kat ibu kucing yang sama tu juga.. So berjangkitlah.. Asalnya aku xtau tapi lama2 fungus tu membesar dan berjangkit pula ke tempat lain.. Last2 aku bawa dia ke Vet trus utk amek ubat.

Maru xboleh tido dalam persekitaran terbuka.. Jadi aku kena buatkan satu ruang tertutup beserta teddy bear.. Maru sangat sukakan Teddy bear.. Hanya Teddy bear yang boleh senyapkan Maru.. 

Hidung dia kena teruk sebab ikut menyusu dengan si Ibu yang sama dengan kucing yang ada kurap tu..
Belah pipi pula yang kena selang beberapa hari kemudian..
Allah uji aku lagi.. Belum pun reda yang aku kena bangun pagi2 untuk susukan Maru, kali ni kena pula fungus.. Agak marah juga dengan Petshop.. Disebabkan Maru belum pun cukup sebulan masa Kak Luna hantar boarding ke Petshop, jadi Maru xde vaksin yang boleh lindungi dia..

Aku terima dia seadanya.. Sehingga bila aku berkursus, aku masih bawa Maru senyap2 supaya aku boleh jaga dia sendiri dan sapukan ubat..

Dalam tempoh sebulan amek Maru, setiap kali naik kereta Maru akan Miow2 sampai dia penat, lepas tu dia tido.. Sekarang ni, Maru dah xmacam tu.. Dia pula jadi gian nak naik kereta.. Asal kereta aku buka pintu, dia akan masuk kereta..

bersambung.. (Part Two)

Love,

Kwon eLa
Sabak Bernam 
MALAYSIA

No comments:

Post a Comment