4 April 2016
Date of travel : 14 Oktober 2015
~MY HEALING CITY~
Hari ni kami xnak tergesa-gesa sangat.. Lepas masukkan barang dalam kete, kami amek masa untuk sarapan dulu.. Lepas sarapan baru gerak ke lokasi seterusnya..
Bye Slow City Hostel.. We had a very nice stay here..
Slow City Hostel -----> Seogwipo 5-Day Market (No. Tel : 7630965)
Market ni bukan lah dibuka hari-hari.. Tapi ada tarikh-tarikh tertentu yang dia buka.. So kebetulan masa kami kat Seogwipo, market ni buka.. Tu yang kami nak gi sana.. Nak tengok life sebenar orang Jeju kat sini.. Parking free ye kat sini..
Pelancong sangat... |
Kak Luna dah berminat dengan Patchwork ni.. Tapi xley beli.. |
Various kind of kimchi.. |
Sebenarnya aku berminat nak beli SoySouce Crab.. Sebab ni antara yang glamer juga kat jeju.. Tapi takut nak tanya harga kat tauke tu.. huhuhu.. Tujuan kami kat sini sebab nak beli tembikar murah.. Kami beli periuk earthenware pot.. Satu harganya 4000 won..
Tembikar murah-murah.. |
Lepas beli pot terus jalan keluar dari market.. Kak Luna singgah beli stoking pastu kami singgah tengok jujuba @ kurma cina.. Owner tu suh try makan kurma tu.. Kami pon makan la.. Manis.. Aku cakapla kat dia, "hmm.. Massiseoyo" Yang bermaksud sedap dalam bahasa dia.. Pastu dia mula nak berborak ngan aku masa kak luna dok sibuk2 tengok herbs dia.. Dia tanya, "Kim So Hyun arayo?" Laju la aku jawab, "Oh Kim So Hyun jeo arayo".. Seronok dia sebab aku paham bahasa dia.. Disebabkan dia peramah, kak luna beli kurma cina ngan dia dalam 200 gram.. Owner tu ingat aku blaja kat sini sebab tau bahasa korea.. Dia tak tau yang aku tahu banyak tu je.. huhuhu..
Seogwipo 5 Day Market ------> Yakcheongsa Temple (No. Tel : 7385000)
Dari sini, kami ke Yakcheongsa Temple plak.. Sebenarnya temple ni memang dah lama nak pergi.. Sejak dari trip yang first.. Tapi disebabkan susah nak masuk, kalau guna taxi nanti nak balik plak payah, aku tangguhkan sampai ke trip kali ni.. Dah alang-alang bawa kete, senang la nak gerak..
Harumnya bau limau ni.. |
Kat temple ni memang banyak limau jeju.. Berlambak-lambak.. Tapi sume hijau-hijau lagi.. Kalau kuning, mau petik sebiji dua.. hehehe..
Yakcheongsa Temple -----> Oedolgae + Hwanguji (No. Tel : 7603031)
On the way Yakcheongsa Temple, memang aku pasti sangat ada signboard ke Oedolgae, tapi bila cari balik hilang plak signboard tu.. Dah la kami tak cari dulu no fon tempat tu.. Aku nak taip dalam bahasa korea pon aku tak tahu macam mana nak eja..
Dipendekkan cerita, kami pon jumpa la Oedolgae Rock ni.. Ramai orang masa ni.. Tapi tujuan kami bukanlah Oedolgae Rock.. Tapi nak ke Hwanguji Beach.. Parking macam biasa, free je.. Ada orang tolong jaga and bagi petak parking kat kita..
Sebelum ke Hwanguji, dah alang-alang kat Oedolgae, kami singgah la amek gambar sekeping dua dulu.. Kisah Oedolgae Rock ni boleh tengok sendiri kat Wikipedia..
Ikut je laluan ni.. Dia akan berakhir dekat Hwanguji Beach nanti.. |
Kalau korang ikut trail kayu tu insyaAllah dia akan bawa ke Hwanguji Beach.. Tapi dah nak dekat dengan Hwanguji baru ada signboard la.. Apa yang menarik kat Hwanguji Beach tu? Ni sume gara-gara tengok Maps kat Mnet.. Yuri dengan Kanghee pergi tempat ni.. Masa tu tengok kat tv canteknya la tempat tu.. Pergi sendiri tengok memang cantek pon..
Ni la Hwanguji Beach.. Boleh mandi kat kolam semulajadi tu.. Tapi air dia sejuk.. |
Boleh baca? Tu la signboard yang nak bagitau kat bawah tu la Hwanguji Beach.. |
Sebelum ke Cheonjiyeon, kami bergambar dulu kat tebing ni..
Freedom!! |
Let me die here!! |
Oedolgae Rock -----> Cheonjiyeon Waterfall (No. Tel : 7606304/7331528)
Nak ke Cheonjiyeon tidak la mengambil masa yang lama pon.. Tempat parking penuh masa ni, tapi mujurlah masa dok pusing-pusing tu adalah juga satu tempat parking yang available. Parking xpayah bayar.. Tapi nak masuk dalam tu kena bayar la.. Tiket masuk adalah 2000 won..
My second time here.. |
Tempat wajib bergambar.. |
Kami tak lama kat sini.. Sebab kat sini tak banyak aktiviti yang boleh buat.. Hanya sekadar enjoy pemandangan sekitar air terjun ni.. So kami decide untuk keluar dan pergi ke Jeongbang Waterfall plak..
Cheonjiyeon Waterfall -----> Jeongbang Waterfall (No. Tel : 7331530)
Parking still free.. Tiket masuk ke Jeongbang adalah 2000 won.. Keunikkan Jeongbang adalah waterfall dia nak jatuh then terus ke laut..
Penuh dengan tourist.. |
Dah puas lepak-lepak kat sini, kami nak ke Ilchul Land plak.. Kak Luna siap-siap amek wuduk dengan toilet situ then solat masa OTW ke Ilchul Land.. Solat tepi jalan je.. Pastu tukar driver.. hehehe..
Jeongbang Waterfall -----> Ilchul Land (No. Tel : 7842080)
Sesiapa yang minat Running Man mungkin takkan terlepas peluang untuk datang ni.. Begitu juga aku.. Disebabkan kami sampai pon dah petang, so kene cepat-cepat pusing dalam tu.. Xtau besar mana.. Tiket masuk adalah 9000 won..
Kat dalam ni ada macam-macam.. Patung-patung, gua, rumah tradisional, kandang babi, zoo mini (ada anjing, ayam, arnab), taman kaktus, dan lain-lain lagi.. Ape yang perlu korang buat adalah korang follow je line biru.. InsyaAllah tak sesat and akan cover sume tempat..
Selesai pusing satu Ilchul Land, kami decide untuk balik sebab perjalanan kami jauh lagi sebab nak kene balik ke Jeju City plak.. Mungkin next time aku kena buat tidur kat tiga tempat plak.. Jeju City, Seogwipo dan Seongsan..
Lagi sekali kami pening nak cari hotel.. Sebab lupa nak amek no fon.. Even tulis dalam bahasa korea pon xjumpa juga hotel tu.. Last-last aku jalan je ikut laluan airport.. Dalam dok bawa kete, tibe-tibe je, "Eh Terminal bus dia la!" Terus aku ke kiri tak tengok cermin sisi dah.. Tak pasai-pasai kene hon dengan driver lain..
Kesimpulannya, hotel kami SUM Guesthouse tu betul-betul bertentangan dengan Jeju City Bus Terminal..
Check in semula pastu siap-siap nak makan and tranfer file ke pendrive.. Sebab handphone dah start berat dah memory dia..
Borak dengan sorang ni.. Dia chinese.. Tapi dari Taiwan.. Dia datang sini sebab nak keje kat Jeju ni.. Esok dia kena interview.. So dia tengah practice interview.. Apa yang best melancong ni adalah kita boleh cari kawan baru.. Borak-borak dengan dia.. Yang peliknya, bila borak dengan dorang guna English lancar je.. Tapi bila nak kne mengajar dalam bahasa Inggeris, lidah aku keras sikit.. hehehe...
Ok nak tido dah.. Gudnyte..
Love,
Kwon eLa
Jeju City,
SOUTH KOREA
No comments:
Post a Comment