Narathiwat, Thailand - Part 1

Date of trip : 14 Februari 2015 (Sabtu)

Rindu~~

Aku yang sebenarnya ada darah kacukan Melayu-Siam.. Tidak seperti yang lain, kacukan Melayu-Siam biasanya cantik2 dan cerah.. Tapi aku dilahirkan dengan mewarisi kulit nenek aku yang agak gelap.. Jadi kadang2 aku agak keberatan bile nak ckp yang aku ada darah kacukan Melayu-Siam sebab xnak orang berkata di belakang nanti.. huhuhu..

Ok trip kali ni bukanlah seperti trip2 aku yang lain.. Kira ni macam balik kampung je.. Yes, it is.. Aku still ada kampung lagi di Thailand.. Nenek aku belah mak still tinggal di sana.. And kami masih ada tanah pusaka di sana..


Last aku balik kampung rasanya macam 17 years ago.. Sebab2 aku xnak balik Siam adalah kerana pemberontakan yang berlaku dan sedang berlaku di sana.. So aku decide utk tidak balik selama 17 tahun.. Tapi entah kenapa bila my mum bagitau yang dia nak balik kampung, aku trus tanya tarikhnya bila.. Maklum la kerja aku ni bukan boleh cuti suka2.. Kne tengok tarikh jugak.. Kalau kene cuti sem budak2 boleh la aku apply cuti..

So, on 13 Feb 2015, balik dari kerja memang trus drive ke rumah.. Maru aku tinggalkan pada Kak Luna.. Agak keberatan jugak sbb Maru kecik lagi, takot menyusahkan Kak Luna.. huhuhu.. Sampai Balakong, aku trus tido.. Bangun dalam kul 2 sebab nak bertolak dalam kul 4.. Plus nak amek orang lagi..

Kereta aku memang muat2 barang.. Harga minyak tengah turun so jimat la juga trip kali ni.. Kul 4 dah bertolak ke Tol Gombak.. Ni first time aku drive balik pantai timur sorang2 aku.. Papa agak risau jugak.. Sbb dia xikot..

Aku sampai di Rantau Panjang dalam kul 10 lebih.. Isi minyak penuh2, buat insurans kete, tukar duit dan sebagainya..

Aku lupa scan passport.. Men sedap je aku lalu kat imigresen.. Hampeh btol.. Terpaksa la naek motor sewa untuk ke imigresen Malaysia semula.. Melayang RM14.. huhuhu..

Process utk bawa kete ke Thailand agak mudah bagi aku..


Dan yang lebih memudahkan adalah sbb sepupu my mom pon ikut skali.. My mom harap pandai cakap siam tapi all those processes memang dia fail la.. Sepupu dia cekap sket bab2 ni..

Kami settle semua urusan dalam kul 12 tengahari.. Terus ke Golok untuk makan tengahari sblm bertolak ke Narathiwat..

Sila abaikan muka yang keletihan.. huhuhu..
It's been so long...
Pemandangan askar dengan senapangnyer memang jadi kebiasaan di sini..
Lepas selesai semua urusan di Sungai Golok, kami pun memulakan perjalanan kami ke Rueso, Narathiwat.. Pemanduan dekat sini sama je dengan Malaysia.. Yang lecehnyer sebab banyak sangat sekatan jalanraya..

Sejam lebih juga perjalanan nak sampai sini.. Lega bile dah selamat sampai..

Petang tu, aku mengambil kesempatan untuk membantu jiran depan rumah kami.. Dorang ada kenduri kahwin.. Yang ni paling aku suka.. Sikap gotong-royong masih ada..

Laluan masuk ke rumah kami..
Persediaan kenduri esok..







Masih ada rumah yang menggunakan ruangan ini untuk mencuci pinggan mangkuk.. Ini umpama sinki mereka la..

Kampung kami masih lagi mundur dari pelbagai aspek.. Tapi internet dorang memang superb.. Budak2 di sini memang tak ketinggalan dengan arus pemodenan dari segi rangkaian.. 

Walaupun rumah, jalan dan persekitaran masih ala2 kekampungan, dorang ni yang mana kaya sume ada kete besar2.. Terasa kecil pula my boboy (kete ku)..

Malamnyer, kami masih di rumah yang akan kenduri esok untuk makan2.. Memang tuan rumah akan sediakan makanan untuk yang membantu..

Dan aku mengambil masa untuk menghayati bulan dan bintang.. Malam di sini sunggu 'malam'.. Tak seperti di bandar..



Love,

Kwon eLa
Narathiwat, Thailand

3 comments: