안녕 내 사랑 !!

9 Oktober 2015


I'm Back!!



Shhh... on Khamis 8 Oktober 2015 kami balik awal dari kerja.. Memandangkan perjalanan dari rumah aku nak ke rumah parent aku amek masa 2 jam setengah, so kami merancang untuk balik awal dari sepatutnya..

Sampai rumah mak terus tukar beg sebab rasa macam xmampu plak nak bawa backpack kat belakang badan.. So tukar kepada luggage terus..

Jam 9 malam kami bertolak dari TBS ke KLIA2. Sampai2 terus cari kaunter untuk drop luggage.. Settle drop luggage kami singgah makan di The Loaf dulu sebelum meneruskan perjalanan ke kastam2 yang ada kat Departure tu..



Goodbye Malaysia...

Sebelum naik aku ada juga tanya pasal waktu solat kat seorang penumpang ni.. Katanya Subuh dalam jam 5 pagi.. Dalam flight tu penuh dengan ajumma2 dan ajussi2 yang nak balik Busan semula.. Kesian dorang.. Datang masa jerebu ni.. Kami take off dalam kul 1.30 pagi macam tu.. Dalam perjalanan memang aku xboleh nak tidur sangat sebab masih terbayang MH370, MH17.. 

Dalam kul 4.30 aku terjaga then trus ke bilik air utk amek wudhuk.. Masa tu xramai pon orang lagi. Lepas aku amek wudhuk dan2 la lampu pon terbuka.. Kak Luna pon dah start jaga.. Aku solat duduk je. Mujur orang yang dok sebelah aku tu Cina Malaysia.. So dia paham la juga.

Sebelum nak sampai tu ada pengumuman pasal bawa sayur2an dan daging2.. Aku xpaham sangat.. Tiba2 aku jadi risau sbb kami bawa lauk Adabi yang dalam tin tu dan juga jeruk mangga yang baru je aku buat semalam.. So xpasti nak declare ke x..

Kami sampai Gimhae dalam jam 8 lebih (waktu Malaysia). Cuaca dalam 16 darjah celcius.. Keluar je dr kapal terbang, angin yang bukan lagi sepoi-sepoi bahasa lagi dah.. Sejuk je.. Kami naik bas yang disediakan dan terus ke Imigresen.. 

Masa dalam dok beratur nak cop passport ada juga la jumpa orang Malaysia.. Borak2 ngan dorang.. Dorang pon xpasti samada makanan tin kene declare ke x.. 

Sementara nak tunggu beg, aku ngan kak luna terus ke bahagian nak isi form declaration. Mujur ada staff kat situ.. So tanya dia terus.. Alhamdulillah makanan tin dibenarkan.. Jeruk mangga aku pon selamat juga.. hehehe.. Kesimpulannya, hanya sayur2an segar sahaja dan daging beku kena declare.. Makanan dalam tin xde masalah nak bawa banyak mana pon..

Selesai declare, kami tunggu beg.. Sebelum keluar sila serahkan declaration form pada staff yang memang tengah berdiri dan menunggu untuk kutip declaration form.. Ada ke x nak declare, korang tetap kena declare ye..

Berjaya!!
Kami meneruskan perjalanan ke subwaynya plak.. Sebab tiket bas belum beli lagi.. Lambat2 takut kene stay kat Busan sampai malam la plak.. Subway airport berada bertentangan dengan Domestic Airport.. Jadi untuk yang International Airport, korang keluar dari mana2 gate dan terus bergerak ke kanan korang sebab Domestic Airport di sebelah kanannya..

Untuk Line Airport, xboleh guna daily pass lagi.. Tapi disebabkan kami cuma nak ke Station King Suro Tomb, jadi xperlu buat pertukaran..

COST :
Tiket dari Gimhae Airport Station ------>  King Suro Tomb Station  (1500 won/person)

Sampai King Suro Tomb St., satu lagi malang menimpa.. Mengikut blog yang aku baca, turun dari station ni dan ke kanan.. Masalahnya, there's nothing there!

Dengan tatabahasa yang sedikit, aku mulalah bercakap dengan orang korea.. "Sajangnim, buse teominal eodieyo?".. Magicallynya, aku paham plak apa yang dimaksudkan ajussi tu.. 

Kesimpulannya, lau korang dah ter'turun' kat Station King Suro Tomb, korang kene jalan ke arah kiri dan jalan je terus.. Dalam 1km ada kot.. Sebenarnya, station yang paling hampir (memang depan2 dengan Bus Terminal tu adalah station Bonghwang..
Sampai je bus terminal, kami terus ke kaunter tanpa melihat skrin di hadapan dulu.. Sebenarnya ada je tiket kul 10 lebih tapi dah tercakap kul 11.. Akibatnya, bas kami kul 11.30 pagi.. 1 jam melepak kat terminal tu..



Skrin kat atas kaunter tu la kalau nak check kul bape tiket yang masih available..
COST :
Busan Bus Terminal  --------> Seoul  (33000 won/person)
Banana Milk (1300 won)


Sementara tunggu jam 11.30 kami posing dulu..



Jam 11.30 dah boleh naik bas.. Seat 2+1.. Tapi memang luas.. Puas hati sangat..



Sekitar pemandangan yang boleh disaksikan..

My dream.. Lukisan kita masa kecik2 mesti ada gunung dan sawah padi.. Macam gambar ni kan..
Selepas 2 jam perjalanan, kami singgah pula di Rest Stop.. Hanya untuk 15 minit sahaja.. Kak Luna lupa bawa botol.. Nak beli, beratur panjang.. Last2 kami beli manjoo je..




Rasa manjoo ni lebih kurang je dengan kaya ball.. Then lepas 15 minit, kami teruskan perjalanan lagi 2 jam 15 minit..

COST :  

Manjoo (3000 won / 15 pieces)


Sepanjang perjalanan aku tidor dan sedar... Jam 4 lebih kami tiba di seoul.. Mulakan lagi perjalanan untuk ke H20 Guesthouse di Euljiro 3 Ga.. Keluar Exit 6 then jalan je terus..  Xpayah dah nak tukar2 tren..

Sampai je guesthouse, masuk bila terus terduduk.. Kepenatan yang amat.. Malam tu plan nak ke Myeongdong je.. Sementara ada masa lagi, kami ke 7-Eleven utk beli nasi dan kimchi dan telur..


Lepas makan, aku solat dulu sebelum bersiap2 nak ke Myeongdong.. Guesthouse yang kami stay ni sangatlah strategik.. Berada di tengah 3 Line utama.. Kami boleh pilih je nak Line yang mana.. Tapi kene tahu juga yang setiap Line akan ada exit yang lain2 ye...




Dari masa perjalanan dari Busan ke Seoul lagi aku ada perasan dua perkataan ni iaitu Black Friday.. Tertanya2 juga ape benda tu sbb kat Myeongdong pon berlambak2 poster Black Friday.. Rupa-rupanya Black Friday tu hari diskaun besar-besaran.. 

Disebabkan matawang kita yang jatuh, jadi aku tak teringin sangat nak beli kosmetik ni.. Dapat la masks dalam 20 keping untuk 9500 won jadilah.. Pastu makan tukbogi dan Fish Cake..

COST :  

Tukbogi (3,000 won)
Fish Cake (1,000won)

Settle semua kami pon berangkat nak balik hotel sebab esok nak gi Namiseom.. So kena tidur awal..

P.s : Malam teramat sejuk...

Love,

Kwon eLa
Seoul, South Korea

No comments:

Post a Comment