Korea 2015 - DAY 2

3 March 2016

~I Miss You ~

Berbulan jugak blog tak sempat dikemaskini.. Banyak sangat kerja.. Aku takot sangat kalau aku tangguhkan lagi blog ni, aku akan mula melupakan perkara kecil-kecil yang menarik hati..

Sambungan kepada Trip Korea Kedua aku ni, on 9 Oktober 2015, kami memulakan perjalanan ke Nami Island. Dalam jam 7 pagi kami keluar dari hotel.. Sejuknya di luar tu macam aircond dalam rumah aku je.. Suka sangat-sangat..


Ni Station Wangsimni untuk amek tren ke Sangbong. Dari Sangbong baru boleh amek tren ke Gapyeong yang bakal mengambil masa korang lebih dari sejam.. So pastikan dapat tempat duduk masa dalam tren tu.

Dalam jam 9 pagi, akhirnya kami tiba di Gapyeong. Sakan Kak Luna bergambar dengan budak Korea. Aku malas nak bergambar sbb macam dah ada je gambar depan Gapyeong St. Tapi last2 aku rasa menyesal.. Tu gambar tahun 2013, Ela! Ni tahun 2015... Penyesalan yang tak sudah.. Takpe.. 2017 aku amek lagi gambar kat situ..



Gambar sangat tak cerah sebab pakai Hp cap Samsung je.. Kalau ada DSLR mesti lagi cantik.. Or mungkin jugak sebab masa tu memang macam mendung.. Entah ke mana hilangnya matahari je.. Ke sebab Autumn memang macam tu kot..

Untuk ke Nami Island ada macam-macam cara.. Nak jalan kaki pon boleh sebab xde la jauh sangat.. Dalam kurang lebih 10 km.. atau nak jimat pakai bas.. Tapi sebab kami nak cepat so aku decide untuk kami naik teksi je.. Dari pembacaan aku sebelum ni pon, xde la mahal kalau nak naik teksi.

Gapyeong Station ----------> Nami Island
(Taxi : 5800 won)

Tiket Fee to Nami Island : 8000 won

Kami dapatkan tiket dulu lepas tu beratur ke feri.. Sebenarnya, tiba-tiba aku rasa berdebar.. Langit gelap semacam je.. Eh, macam nak hujan. Padahal aku dah check weather forecast sebelum datang sini.. Elok je patutnya cuaca kat Seoul..

Ela is here..
Rindu pemandangan ni..


Sampai je ke island, kami memulakan aktiviti bergambar dan berjalan-jalan di sekitar Nami Island.








Masa nak amek gambar kat rail ni, aku kena marah dengan ajussi guard kat situ.. Sebab katanya tu laluan tren.. Dia takot kami kena langgar kot.. Tapi salah aku jugak.. Blame me..

Aku ajak Kak Luna nek basikal atas udara.. Jalan kat atas tu sambil pusing Nami Island.. Alaa pusing area kecik je.. 

Fee : 3000 won / person



Ok, kesilapan terBESAR hari ni adalah aku pakai skirt on a rainy day!!! Abis je naik basikal ni, hujan pun mula la turun selebat-lebatnya.. Sampai bercakap pun kuar asap kat mulut.. Punya la sejuk..


Bila hujan mula slow, kami bergerak untuk beli baju hujan (1000 won/sepasang). Pastu bergerak menuju ke pokok-pokok yang significant dengan drama Winter Sonata.. Masa OTW nak ke sana, terlalu depan kedai yang jual pau kacang panas.. Aku pon beratur la.. Masa ni line xpanjang lagi.. Beratur dalam hujan gerimis.. Dalam 15 minit nak tunggu pau tu panas dan masak.. Harga sebiji 1000 won..




Aku beli satu je.. Kak Luna pon satu.. Tapi xsangka sedap sangat.. Tengok line panjang giler.. Xmampu nak beratur balik semula.. I Miss You Jjimbang!!

Ni la tempatnya.. Tengoklah tanah yang lembab dan baju yang hmmmm....
Cantek kan.. Kenapa aku tak amek gambar kat sini!!
Ni la baju hujannya.. Kak Luna terus down.. Sebab bergambar dengan baju hujan menampakkan kami gemoookk.. Memandangkan masa pon dah hampir ke tengahari, kami decide untuk pergi ke feri. Banyak lagi tempat yang nak discover hari ni.. Sbb masa kat Seoul ni very limited..

Masa tunggu bas, ada la 2 orang mamat Malaysia dok pandang2 kami.. Oh jodoh dah sampai ke.. Hahahaha... Kami mundar mandir sebab macam lama sangat tunggu teksi tapi xsampai2 pon.. Aku ke depan tanya ajumma tapi dia xpaham pronounciation aku utk "taxi" dalam bahasa korea.. Patutnya aku sebut "Tashhhii". Ada bunyi "Shhhh" kat situ..

Last-last kami decide ke bas stop semula, OTW ke sana, 2 orang mamat Malaysia ni dah menuju ke arah kami.. Oh my god.. Rupa-rupanya dorang pon macam kami jugak.. Tunggu bas dah lama sebelum kami lagi.. So dia igt ada tempat lain yang boleh tunggu bas bila dia nampak kami ke depan. Seronok plak jumpa orang Malaysia kat sini.

Bila bas smpai, kami dengan gebangnya naik bas.. Nasib baik tu bas yang betul.. Baik ajussi driver bas, siap bagitau yang kami kene turun kat mana and tuju ke mana lepas tu.. I Miss You too Ajussi..

Jodoh pertemuan dengan 2 orang mamat Malaysia tu berakhir di Station Wangsimni.. Kami menuju ke Ehwa University, dorang pula ke Dongdaemun Art Center.. Hingga berjumpa lagi ye..

Kami sampai di Ehwa dalam jam 4.. OTW ke University tu ada banyak kedai.. Aku singgah beli baju sejuk.. Kesejukkan sangat.. Dan tu la baju yang menghiasi gambar aku sepanjang di Korea kali ni..

Dari sini nak ke Ehwa akan nampak pemandangan macam ni..
Pokok yang sama.. Year 2013..
Pokok yang sama.. Year 2015..



Asalnya, selain nak berjalan2 dekat sekitar Ehwa Univ. , Kak Luna nak borong beg.. Last aku datang dulu seronok aku membeli belah beg dekat sini.. Tapi datang kali ni xbanyak yang berubah.. Design yang sama je.. Faktor penurunan nilai wang jugak boleh diambil kira kenapa kami xmembeli sangat..

Dalam kul 5 lebih kami bertolak balik ke hotel semula.. Aku dah rimas sangat dah dengan skirt ni..

Malamnya, kami decide nak je Jamsil sebab nak ke Lotte Mall. Kak Luna nak beli periuk Earthenware Pot. Dulu ada Daiso kat sini.. Sampai je sana, berbekalkan ingatan ingat-ingat lupa yang aku ada, kami pon mula la mencari.. Puas pusing tapi tak jumpa juga.. Even Lotte World pon aku tak jmpa.. 

Last2, kami balik dengan perasaan yang hampa...

Cer tengok stoking.. Tu maksudnya memang betol2 sejuk kat luar sana..
Sampai hotel, men internet jap pastu zzzZZzzzz....

P/s : Hari ni xde kesimpulan untuk perbelanjaan sebab kami touch and go je..


Love,

Kwon eLa
Myeongdong, SOUTH KOREA




No comments:

Post a Comment