4 April 2016
Date of travel : 13 Oktober 2015
~EXPLORING JEJU~
Pagi-pagi lagi dah krisis aku dengan kak luna.. Disebabkan badan dah mula letih so aku start tak banyak cakap.. Mungkin disebabkan miscommunication, kak luna tak tau yang kami tak akan stay kat SUM Guesthouse so dia xbawa la baju-baju nak tukar untuk malam ni dengan esok.. Aku plak ingat kak luna dah tau.. Sorry kak.. =(
Ok.. Settle kak luna packing barang-barang dia, kami trus cari taxi untuk ke Jeju Auto House.. Kat sini kami ada masalah sebab driver taxi xtau nama "Jeju Auto House".. Walaupon banyak kali aku sebut "Rent Car" tapi dia xtau arah mana nak pergi.. Rupa-rupanya banyak tempat yang sediakan perkhidmatan sewa keta.. Sampai satu tahap aku cakap aku nak ke Airport sebab kat airport ada bas transit yang boleh bawa kami ke Jeju Auto House.. Tapi Ajussi Driver tu still nak juga tolong carikan Jeju Auto House.. Bila aku sebut "Lotte Rent Car" baru dia paham ke mana arah yang kami nak pergi.. Sob 3x..
Sum Guesthouse ----> Jeju Auto House
(Taxi : 6200 won)
Kalau xsesat lagi murah sebenarnya.. Masuk je dalam ofis dia terus ke kaunter dan bagi maklumat booking yang dah buat sebelum ni.. Bayar guna kad kredit kak Luna.. Untuk 3 hari kat Jeju jumlah yang kami kena bayar dalam RM420.20.. Tu sebab kami ada amek insurans sekali.. Kalau tak amek lagi murah la..
Kia Morning lebih murah dan seronok bila drive sebab kecik.. Nak parking senang.. Lagi satu kalau korang amek package sekali dengan insurans, korang xpayah lagi nak kene check kete sebab semua dah cover dalam insurans.. Tapi kalau korang xamek, better korang amek gambar sebab takut kalau ada calar or rosak, korang xde bukti plak nak kate tu bukan kerja korang..
First time memandu sebelah kiri memang mencabar tapi mula2 je rasa macam tu.. Pastu dah biada dah.. Asal korang ingat yang jalan kita adalah sebelah kanan.. Pastu jalan raya kat Jeju ni mencabar sangat.. Terutama kat traffic light.. Xtau nak masuk lorong yang mana.. So, kita ikut je la keta yang sebelum ni lalu belah mana..
Lepas selekoh tu, kira korang dah sampai dekat Mount Sanbangsan.. |
Destinasi pertama kami adalah Yeongmori Coast (No. Tel : 7942940). Yeongmori Coast ni bertentangan dengan Mount Sanbangsan. Kami parking dekat Mount Sanbangsan.. Free parking ok.. Then trus gerak ke Yeongmori Coast.. Tapi disebabkan ombak besar so dia buka kul 12 tengahari.. Disebabkan masih awal kami decide untuk ke Sanbang Temple dulu..
Belakang tu la yang dinamakan Mount Sanbangsan.. |
Smoke House.. |
Nak masuk ke Sanbang Temple korang kene bayar 1000 won then mendaki la sampai ke atas sana.. Kat atas tu ada temple..
View yang tersangat cantik.. Kat hujung tu la yang dipanggil Yeongmori Coast.. |
Temple yang ada kat atas tu.. |
Selesai lepak kat atas tu kami decide untuk turun memandangkan jam pon dah hampir ke jam 12 tengahari.. Tapi serious cakap pemandangan kat atas tengok ke bawah memang awesome giler..
Sedap sangat aiskrim limau jeju ni.. Harga 4000 won.. |
Sampai kat kaunter tiket Yeongmori Coast dah boleh beli tiket dah.. Fee masuk dalam 1000 won.. Lepas tu enjoy la puas.. Kamera handphone aku plak dah nak K.O.. Lupa nak charge.. Mujur ada handphone kak luna..
10000 won per hidangan.. |
Di sekitar Yeongmori ada tempat yang dipanggil "Hamel".. Ada replika kapal besar kat situ.. Boleh la kalau nak bergambar..
Suka sangat gambar ni.. hehehe... |
Dekat sini aku dah borong Oren 1000 won, Biskut Jeju 10,000 won (ada 3 kotak), Air Mineral 1000 won, dan perbelanjaan lain yang telah disebut kat atas tu..
Yeongmori Coast -----> Teddy Bear Museum (No. Tel : 7387600)
Penat di Yeongmori Coast, kami menuju plak ke Teddy Bear Museum area Seogwipo.. Selain Teddy Bear Museum, ada banyak lagi attraction lain sekitar situ.. Kira parking kat satu tempat pastu korang jalan kaki je nak ke mana-mana.. Kami parking kat Teddy Bear Museum je.. Free parking..
Cost nak masuk ke Teddy Bear Museum adalah sebanyak 9,500 won.. Naik 1,000 won berbanding dulu..
Di sebelah bangunan Teddy Bear Museum adalah Choco Land.. So jalan kaki je ke situ..
Kami xmasuk pon Choco Land.. Sekadar bergambar kat depan dia je.. Dari Choco Land kami ke Kpop Play.. Ni attraction baru sebenarnya.. Xde bajet untuk Kpop Play.. So skip..
Berdepan dengan bangunan Kpop Play adalah Ripley's Believe It Or Not.. Dulu masa datang dengan Faezah kami sekadar bergambar je dengan bangunan dia yang unik tu.. Kali ni aku nak try masuk plak..Tiket masuk adalah 10,000 won..
Kat dalam tu ada macam benda unik yang ada kalanya xmasuk dek akal..
Keluar je dari Ripley's terus ke Starbuck.. Sebab sebelah je dengan Ripley's tu.. Habis 6600 won kat situ.. Xingat beli perisa ape.. Kak Luna cakap dia nak masuk Yeomiji Botanical Garden.. So kami bawa siap2 kereta sebab xpayah nak berjalan jauh sangat nanti.
Kami datang pon dah lewat, kami cuma bayar 6000 won je fee masuk.. Biasanya 9000 won.. Jimat lagi.. Dipendekkan cerita, dekat Yeomiji ni ada beberapa section. Antaranya kaktus, tropika, bunga, dan sebagainya.. Disebabkan dah lewat anda dah nak hampir senja, kami cepat-cepat la pusing dalam tu.. Memang tak menghayati betul-betul pemandangan yang ada..
Nampak tak gunung kat belakang tu? Tu la Mount Halasan.. |
Selesai berjalan-jalan dekat Yeomiji, kami pon bergerak ke Seogwipo lama untuk ke Hostel kami.. Kalau nak bawa kete kat Jeju ni, korang kene make sure korang ada no fon tempat yang korang nak pergi.. Atau kalau memang dah takde, please learn how to write in hangul..
Tu la perasaan kami masa tu. Bila taip nama hotel dalam English memang xjumpa dah.. Dengan handphone xde internetnye.. Last2 aku terpikir untuk taip dalam bahasa korea "스로 시티" baru la jumpa pilihan-pilihan tempat yang ada..
Kami parking betul-betul depan hotel.. Mujur owner hotel xkisah.. Owner tu plak memang boleh speaking baik punya.. Senang nak bercakap..
Lepas mandi, kami jalan-jalan sekitar hotel.. Nak cari nasi and makanan.. Memang betul hotel yang kami duduk tu memang pusat makanan.. Bersepah restoran kat situ.. Tapi NON-HALAL la yer...
Ok bye..
Love,
Kwon eLa
Seogwipo, Jeju Island
SOUTH KOREA
No comments:
Post a Comment