Ho Chi Minh 2nd Trip - Day 1

1 Jun 2015

Greetings~~

On 11th May 2015, kami bertiga mengembara ke bumi Vietnam sekali lagi..

Tiga Dara Pingitan mahu ke Ho Chi Minh..

On our first trip, kami xsempat nak berjalan2 sekitar HCMC disebabkan kekangan masa. Flight kami jam 7.10 pagi (waktu Msia) dijangka sampai di HCMC jam 8 lebih (waktu Vietnam). Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih.

Aku lebih sukakan airport HCMC compare dengan bandung.. Sbb ia lebih besar dan selesa.. Pengalaman kena tipu masa first trip tu buatkan kami lebih berhati-hati untuk memilih taxi. Kami decided untuk amek taxi airport (dalam 200k) sebab bila calculate balik sebenarnya harga lebih kurang je dgn kalau amek Vinasun.

Pilih teksi ni supaya tak kena tipu..
Antara mall yang ada di HCMC

Sampai je depan hotel kami trus check in. Tapi boleh masuk bilik dari jam 2 onwards. So kami ke Basiroh dulu untuk sarapan dan juga tempah trip ke Mekong River esoknya.

Basiroh sediakan 2 jenis trip ke Mekong:

1. Mekong Trip + Sarapan Nasi Lemak + Makan Tengahari = RM75 (Boleh juga pakai duit VND)
2. Mekong Trip + Sarapan Kuih + Makan Tengahari = RM70

Lepas makan kami terus berjalan2 ke Benh Thanh Market, Saigon Square dan Taka Market..

Ni dekat Taka Plaza.. Peniaga ni pakai baju nampak baju dalam.. Saja amek gambar.. hehehe..

Lepas shopping hilangkan dahaga dengan air kelapa ni.. Sejuk je..

Di Taka Market, kami asalnya nak ke Rohani tapi disebabkan Rohani dah tutup kat situ, so kami ke kedai Rohani yang berdekatan dengan Benh Thanh Market.

Sekarang ni tgh glamer tudung Neelofa.. Aku beli juga beberapa pasang..

Selesai je di Rohani, kami decide untuk balik ke hotel untuk berehat.

Jam 4 kami keluar lagi.. Kak Luna tertinggal belt yang dia beli di Taka Market. So kami ke Taka semula dan berjalan-jalan di sekitarnya.

Kami makan kat Restoran Aisyah.. Dekat je ngan Basiroh tu.. Sedap sangat masakan dia..

Bangunan unik yang menarik minat Kak Norbi.. Pasai pe aku xperasan bangunan ni dlu ek?



Jalan raya ni akan bertukar rupa kepada pasar malam di malam hari nanti..






Disebabkan semalam aku tak tidur semalaman, aku memang dah mula letih sangat2. So aku tinggalkan dorang berdua, tapi aku naik bilik dah tidur.. Jumpa esok pagi..




Love,

Kwon eLa
Ho Chi Minh City
VIETNAM

No comments:

Post a Comment