4 April 2016
Date of travel : 13 Oktober 2015
~EXPLORING JEJU~
Pagi-pagi lagi dah krisis aku dengan kak luna.. Disebabkan badan dah mula letih so aku start tak banyak cakap.. Mungkin disebabkan miscommunication, kak luna tak tau yang kami tak akan stay kat SUM Guesthouse so dia xbawa la baju-baju nak tukar untuk malam ni dengan esok.. Aku plak ingat kak luna dah tau.. Sorry kak.. =(
Ok.. Settle kak luna packing barang-barang dia, kami trus cari taxi untuk ke Jeju Auto House.. Kat sini kami ada masalah sebab driver taxi xtau nama "Jeju Auto House".. Walaupon banyak kali aku sebut "Rent Car" tapi dia xtau arah mana nak pergi.. Rupa-rupanya banyak tempat yang sediakan perkhidmatan sewa keta.. Sampai satu tahap aku cakap aku nak ke Airport sebab kat airport ada bas transit yang boleh bawa kami ke Jeju Auto House.. Tapi Ajussi Driver tu still nak juga tolong carikan Jeju Auto House.. Bila aku sebut "Lotte Rent Car" baru dia paham ke mana arah yang kami nak pergi.. Sob 3x..