Kwon Maru (Part Two)

3 Ogos 2015


~Nae Sarang, Kwon Maru~


sambungan..


Masa first aku amek Maru dari Petshop lepas boarding tu, Maru dah boleh nampak.. Aku masukkan dia dalam sangkar dan sediakan kaki dan tangan Teddy bear aku yang kena kerat tu.. Pasir pon aku masukkan, tapi Maru sangat sukakan pasir tu.. Siap golek2 dalam tu.. 








Dalam tempoh sehingga Maru 2 bulan lebih, Maru masih lagi xboleh makan dan minum sendiri.. Dia hanya bergantung kepada botol susu yang aku sediakan semata-mata.. Bila aku tanya kawan2 yang mana ada kucing, dorang cakap biasanya kucing umur 2 bulan dah pandai nak makan dan minum sendiri.. Tapi disebabkan Maru ni xde sape yang boleh tunjukkan cara untuk makan dan minum, aku jadi buntu la juga.. Takkan aku pula nak kena demo kat dia kan.. 






Usaha aku berbaloi bila aku try bagi dia makan wet food untuk practice dan letak wet food tu sendiri kat mulut dia.. Mula2 tu Maru macam refuse nak makan, tapi lama2 dia da mula biasa.. Maru pandai makan je tapi xpandai minum sendiri.. Lepas makan biasanya aku akan bagi susu botol pula.. Lama2 aku tukar, dari makan ke practice minum plak dengan cara pancing makanan dia dalam air susu yang aku letak dalam mangkuk.. Mula2 tu Maru cuma cari yang dry food tu je tapi lama2 dia mula menjilat.. Penyeksaan aku utk bangun awal2 pagi terubat.. Terima kasih Maru..

Aku pernah adopt kucing lain utuk Maru.. 2 kali aku amekkan kucing lain utk Maru supaya dia boleh berkawan dengan kawan sejenis dia.. Tapi 2 kali tu xpenah lekat dengan Maru.. Sebab Maru terlalu garang.. Even kucing yang lagi besar dari dia pun dia berapa kali serang nak bergurau ni kan pula yang kecil..






Sekarang Maru dah besar. Dah pandai panjat tingkat, grill rumah, dan sebagainya.. Tak lama lagi Maru akan pandai cari betina pulak.. Sebelum dia kejar betina, baik aku kejar doktor dulu utk kasikan si Maru ni..



First time Maru demam.. Tidur aje dia...


Nak larikan diri dari rumah tapi xtau cam ne nak terjun dari tingkap.. Last2 kena tangkap juga dgn tuan dia..


Kak, kita ngantuk la.. K bye...
bersambung..


UPDATE:

Sabtu ni Maru nak kena 'kasi'.. Hilang permata kejantanan dia..



Love

Kwon eLa
Sabak Bernam
MALAYSIA

No comments:

Post a Comment