My Last Night Dream??

7 April 2017

MIMPI? IMPIAN?


Image result for mimpi












Okay.. Nak cerita pasal mimpi aku malam tadi.. Biasanya kalau kita bermimpi kita xboleh control apa yang kita mimpi kan.. Same goes to me.. Tapi mimpi aku tu terlalu dramatik plak aku rasa.. Seram dan Romantik.. hahaha..

NEXT YEAR PLAN 2017!!

YEAHHH!!

I'm flying to Australia and New Zealand!!!!!

New Zealand

Australia

Bila aku mengkaji pasal dua negara ni, baru la aku tahu yang bendera mereka hampir sama.. Semua pernah berada di bawah pemerintahan British..

So far perbelanjaan aku :

Flight to Melbourne : RM543 (termasuk makan and 20kg luggage)

Hotel di Melbourne : RM90/night (3 Mlm aku di Melbourne - RM270)

Sewa kereta di Melbourne : $87 (Dollar)

Flight to Auckland : RM626.52

Flight Wellington to Auckland : RM200 (Xpasti harga tapi bawah RM200 la)

Flight Auckland to KL : $465.59 (Transit di Singapore) RM1411.58

Sewa Kereta and hotel : RM1550/person

Yang dekat Auckland tu sebenarnya aku agak ralat.. Sebab bayar mahal just untuk dapatkan itinerary, sewa kereta dan hotel.. Tapi sebab dah xboleh nak pikir dah pasal ni so bia la..


Love and Hate

Kwon eLa
Soon Melbourne and Auckland

BUKITTINGGI, PADANG (INDONESIA) 2016 (DAY 4)

Day 4 : 15.05.2016

BYE-BYE BUKITTINGGI

Hotel ---> Panorama Sungai Landai

Hari ni hari terakhir di Bukittinggi.. Perjalanan kami nanti akan lebih kepada nak turun ke Padang semula.. Singgah2 macam tu.. So tempat yang pertama yang kami pergi adalah Panorama Sungai Landai.. Sungai Landai ni nama tempat.. bukanlah ada sungai pon.. Biasa orang datang sini untuk amek gambar pemandangan kampung yang kat bawah tu..


BUKITTINGGI, PADANG (INDONESIA) 2016 (DAY 3)

Day 3 : 14.05.2016

~JALAN-JALAN~

Hari ketiga di bumi Padang, kami plan nak ke Lobang Jepang dulu.. Memandangkan ini hari terakhir kami di Bukittinggi, so boleh la kami ke Jam Gadang.. Awal2 pagi kami check out dulu.. Bye2 Hotel Garuda..

Ni sebenarnya gambar hari kedua kami.. hehehe..
Hotel ---> Lobang Jepang (plus Ngarai Sianok)
(Fee Masuk : 8000)

BUKITTINGGI, PADANG (INDONESIA) 2016 (DAY 2)

Day 2 : 13.05.2016

~I LOVE THIS PLACE!!~

Pagi ni kami plan nak ke Danau Singkarak dulu.. Tempat ni aku tak cover masa 1st trip dulu.. Dari cerita orang tempat ni sama je dengan Tasik Maninjau.. Ape2 pon tu kate orang.. Kne gi dulu baru boleh percaya..

Hotel ---> Bika Talago
(3000/pcs)

Sebelum nak ke Danau Singkarak, kami singgah Bika Talago dulu.. Nak bagi dorang rasa bika tu.. Harga bagi 1 bika adalah RPI 3000.

BUKITTINGGI, PADANG (INDONESIA) 2016 (DAY 1)

DAY 1 : 12.05.2016

I'M BACK, BUKITTINGGI!!

Ni trip kali kedua aku di bumi Padang ni.. Masa trip pertama pegi dengan rombongan, so tempat yang kami pergi tu limited.. Trip kali ni pegi dengan Kak Yana n husband, Kak Sela plus aku bawa Sabiela sorang.. Kitorang amek driver yang kami book dari Kak Lina.. Harga untuk 4 hari di sana adalah Rupiah 760K. Xperlu bagi tips pada driver.

So hari pertama, aku dan kak sela bertolak dari Sabak Bernam dalam jam 1 pagi.. Sampai KL trus pick up Sabila then trus ke TBS. Kami cadang park di TBS then naik bas je ke KLIA2.. Kak Yana pon nak buat macam tu juga.. So kitorang beli siap2 tiket utk dia..

(TBS ~ KLIA = RM10/person)

Sampai KLIA2, trus beratur nak drop bag.. Ramai sangat manusia.. Xtau ape fngsi print luggage tag siap2 kat rumah sedangkan bila nak drop luggage, tetap kena beratur panjang.. Kitorang terpaksa gilir2 nak pegi solat subuh sebab takot nak tinggalkan line..

Berjaya boarding!!

LANGKAWI - ONE DAY TRIP

Date of trip : 7 Mei 2016

~LANGKAWI 2016~

Ok.. Memang dah lama tak menulis disebabkan terlalu busy.. Ni pon sebab cuti sem, so budak2 memang xde.. Boleh la curi masa untuk menulis..

Trip kali ni memang planned untuk 1 hari je.. Saje2 nak naik kapal terbang.. So yang pergi geng-geng exam plus adik aku n husben kak yana..

Kami gerak awal pagi.. Sewa kete (RM120/day).. Dalam jam 9 pagi da sampai Langkawi.. Tapi yang geramnya, orang yang sewa kete xsampai lagi.. Kami xcuak pasal bayaran sbb mmg belum habis bayar.. Cuma kami risau kalau dia datang lambat nanti xsempat nak cover tempat2 tertentu..

Jam 9 lebih dia sampai.. Bayar penuh then truskan perjalanan ke Langkawi Cable Car.. Tiket kami dah beli awal2 kat online.. Malas nak beratur beli tiket..

KOREA 2015 - DAY 10 (LAST DAY)

6 April 2016

Date of Travel : 18 Oktober 2015

~BYE-BYE SOUTH KOREA~

Hari ni kami cuma ada masa sampai tengahari je.. So masa yang ada kami decide untuk ke Gamcheon Culture Village.. So dari hotel kami cuma amek bas je nak ke sana.. Mujur jugak hotel yang kami stay ni agak strategik.. Nak ke mana-mana attraction tu dekat.. If jauh pon, kurang-kurangnya dekat dengan pengangkutan awam.. 

Kami amek bas 'town bus'. Bas tu kecik je.. Macam bas mini.. Tapi fee dia still sama..

Jagalchi ---> Gamcheon Culture Village
(Bus : 1300 won)

KOREA 2015 - DAY 9

6 April 2016

Date of Travel : 17 Oktober 2015

~Jalan.Jalan.Jalan~

Perjalanan hari ni kami nak cover Gukje Market, Busan Tower, Yongdusan Park, dan sebagainya.. Pagi-pagi xnak amek train lagi sebab Gukje Market, masa baca kat blog macam dekat je.. Last-last dok pusing kat Jagalchi Market sebab xjumpa jalan.. Last-last kami amek gambar peta, baru la jumpa jalan ke situ..

KOREA 2015 - DAY 8

7 April 2016

Date of travel : 16 Oktober 2015

~BYE-BYE JEJU~

Hari ni hari terakhir kat Jeju.. Hari-hari terakhir di Korea akan dihabiskan di Busan sahaja.. Flight ke Busan kami pilih untuk guna Jeju Air.. 

SUM Guesthouse ----> Jeju International Airport
(Taxi : 3600 won)



Korea 2015 - DAY 7

5 April 2016

Date of travel : 15 Oktober 2015

~I Love You~

Tajuk tak agak-agak kan.. hehehe.. Ok perjalanan kami kali ni nak ke Seongsan Ilchulbong Peak.. Pagi ni xde la nak rush sangat.. Kami siap sarapan dulu sebelum keluar..

SUM Guesthouse ----> Seongsan Ilchulbong Peak (No fon : 7830959)


Masa kami sampai parking dah tak banyak.. Tapi still masih dapat parking yang ok.. Parking free je.. Tapi nak masuk dalam tu kena bayar 2000won.. Pastu bole hike sampai atas..

Korea 2015 - DAY 6

4 April 2016

Date of travel : 14 Oktober 2015

~MY HEALING CITY~

Hari ni kami xnak tergesa-gesa sangat.. Lepas masukkan barang dalam kete, kami amek masa untuk sarapan dulu.. Lepas sarapan baru gerak ke lokasi seterusnya..



Bye Slow City Hostel.. We had a very nice stay here..



Slow City Hostel  -----> Seogwipo 5-Day Market (No. Tel : 7630965)

Korea 2015 - DAY 5

4 April 2016

Date of travel : 13 Oktober 2015

~EXPLORING JEJU~

Pagi-pagi lagi dah krisis aku dengan kak luna.. Disebabkan badan dah mula letih so aku start tak banyak cakap.. Mungkin disebabkan miscommunication, kak luna tak tau yang kami tak akan stay kat SUM Guesthouse so dia xbawa la baju-baju nak tukar untuk malam ni dengan esok.. Aku plak ingat kak luna dah tau.. Sorry kak.. =(

Ok.. Settle kak luna packing barang-barang dia, kami trus cari taxi untuk ke Jeju Auto House.. Kat sini kami ada masalah sebab driver taxi xtau nama "Jeju Auto House".. Walaupon banyak kali aku sebut "Rent Car" tapi dia xtau arah mana nak pergi.. Rupa-rupanya banyak tempat yang sediakan perkhidmatan sewa keta.. Sampai satu tahap aku cakap aku nak ke Airport sebab kat airport ada bas transit yang boleh bawa kami ke Jeju Auto House.. Tapi Ajussi Driver tu still nak juga tolong carikan Jeju Auto House.. Bila aku sebut "Lotte Rent Car" baru dia paham ke mana arah yang kami nak pergi.. Sob 3x.. 

Korea 2015 - DAY 4

1 April 2016

Date of travel : 12 Oktober 2015

~BYE-BYE SEOUL~

Hari ni kami akan bertolak ke Jeju Island.. So masa untuk berada di Seoul hanya sampai tengahari je.. Untuk sesi pagi, kami decide untuk ke Namdaemun dulu sebab nak beli souvenir. 

Euljiro 4 Ga St. -----------> Hoehyeon St. Exit 5

Masa kami jalan-jalan banyak kedai dah buka.. Kami nak cari e-Lengdang sebab nak beli brooch. Kalau nak kami cerita e-Lengdang ni kat mana, susah sikit la.. Sebab kitorang jalan by instinct je.. Kalau jumpa, jumpa la.. 

Aku recommend kedai ni.. Sebab murah sangat.. Satu bangunan dgn e-Lengdang..

Korea 2015 - DAY 3

4 March 2016

Date of travel : 11 Oktober 2015

Day 3.. Kami mulakan langkah kami di hari ketiga di bumi Korea ke Bukchon Hanok Village. Pada penggemar drama korea, village ni memang glamer.. ada beberapa drama yang pernah shooting di sini, antaranya Winter Sonata, Personal Taste, dan lain-lain lagi..

Euljiro 4 Ga ----------> Anguk Station (Line 3, Exit 2)

Masa sampai sana, hujan mulai turun.. Tapi tak lebat.. Macam nak tak nak turun gitu..

Di Station Anguk, akan ada gambar ukiran seperti di belakang aku tu.. Unik kan?

Korea 2015 - DAY 2

3 March 2016

~I Miss You ~

Berbulan jugak blog tak sempat dikemaskini.. Banyak sangat kerja.. Aku takot sangat kalau aku tangguhkan lagi blog ni, aku akan mula melupakan perkara kecil-kecil yang menarik hati..

Sambungan kepada Trip Korea Kedua aku ni, on 9 Oktober 2015, kami memulakan perjalanan ke Nami Island. Dalam jam 7 pagi kami keluar dari hotel.. Sejuknya di luar tu macam aircond dalam rumah aku je.. Suka sangat-sangat..


Ni Station Wangsimni untuk amek tren ke Sangbong. Dari Sangbong baru boleh amek tren ke Gapyeong yang bakal mengambil masa korang lebih dari sejam.. So pastikan dapat tempat duduk masa dalam tren tu.

Dalam jam 9 pagi, akhirnya kami tiba di Gapyeong. Sakan Kak Luna bergambar dengan budak Korea. Aku malas nak bergambar sbb macam dah ada je gambar depan Gapyeong St. Tapi last2 aku rasa menyesal.. Tu gambar tahun 2013, Ela! Ni tahun 2015... Penyesalan yang tak sudah.. Takpe.. 2017 aku amek lagi gambar kat situ..

안녕 내 사랑 !!

9 Oktober 2015


I'm Back!!



Shhh... on Khamis 8 Oktober 2015 kami balik awal dari kerja.. Memandangkan perjalanan dari rumah aku nak ke rumah parent aku amek masa 2 jam setengah, so kami merancang untuk balik awal dari sepatutnya..

Sampai rumah mak terus tukar beg sebab rasa macam xmampu plak nak bawa backpack kat belakang badan.. So tukar kepada luggage terus..

Jam 9 malam kami bertolak dari TBS ke KLIA2. Sampai2 terus cari kaunter untuk drop luggage.. Settle drop luggage kami singgah makan di The Loaf dulu sebelum meneruskan perjalanan ke kastam2 yang ada kat Departure tu..

Ho Chi Minh 2nd Trip - Day 3

1 September 2015

Bang! Bang! Bang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

Lama aku biarkan Trip HCMC aku terbiar kat dalam draf.. Baru ada kesempatan nak menulis..

For our 3rd day, we have decided to continue our journey to Chuchi Tunnel.. Eh tercakap omputih plak..

Macam biasa kami sarapan dulu kat Basiroh sambil tunggu bas.. Bila bas datang, kami la orang pertama yang ada dalam tu.. Pick up sorang2 kat hotel masing-masing.. Trip kali ni xramai pon yang join.. 9 orang je.. Kami je orang Melayu yang ada kat situ..



Perjalanan dimulakan.. Sebelum sampai ke Chuchi Tunnel kami singgah dulu di Handicapped Handcrafts.. Kebanyakkan barang ni dorang yang buat and mahal.. Mungkin sebenarnya berbaloi memandangkan mereka-mereka ini orang2 istimewa.. 

Kwon Maru (Last Part)

3 Ogos 2015


~Maru Budak Yang Baik~




Maru budak yang baik,
Walaupun xde ibu, Maru masih membesar dengan sihat..

Maru budak yang baik,
Tuan dia banyak travel tapi Maru sangat behave dalam kereta.. Ikut je ke mana tuan dia pergi..

Kwon Maru (Part Two)

3 Ogos 2015


~Nae Sarang, Kwon Maru~


sambungan..


Masa first aku amek Maru dari Petshop lepas boarding tu, Maru dah boleh nampak.. Aku masukkan dia dalam sangkar dan sediakan kaki dan tangan Teddy bear aku yang kena kerat tu.. Pasir pon aku masukkan, tapi Maru sangat sukakan pasir tu.. Siap golek2 dalam tu..