Day 3 : 14.05.2016
~JALAN-JALAN~
Hari ketiga di bumi Padang, kami plan nak ke Lobang Jepang dulu.. Memandangkan ini hari terakhir kami di Bukittinggi, so boleh la kami ke Jam Gadang.. Awal2 pagi kami check out dulu.. Bye2 Hotel Garuda..
Ni sebenarnya gambar hari kedua kami.. hehehe.. |
Hotel ---> Lobang Jepang (plus Ngarai Sianok)
Hujan renyai-renyai masa kami sampai, driver kami suggest untuk kami bayar tour guide.. Tapi disebabkan aku pernah pergi sebelum ni, so kami decide xperlu tour guide.. Jalan sendiri je.. then aku cerita.. Bila masuk Lobang Jepang, korang akan automatically nya pergi ke Ngarai Sianok jugak..
Lobang Jepang ---> Jam Gadang
Dari Lobang Jepang kami terus ke Jam Gadang memandangkan memang kedua-dua tempat ni berdekatan sangat.. Sampai di sini, berpecahlah kami kepada dua kumpulan.. Kak Yana and husben.. Kumpulan lagi satu kami bertiga.. Di Jam Gadang ni, ada satu je benda yang aku suka beli, iaitu Buah Salak.. Besar dan sedap.. Juga murah!
Jam Gadang ---> Pondok Baselo
Jam 12, Pak Ady datang.. So kami lunch dulu sebelum ke Lokasi seterusnya.. Makan di sini agak murah bagi kami yang sentiasa makan bersama-sama and kongsi bayar.. Sorang bayar dalam 50K xsilap.. Dalam ni design dia memang sangat menarik.. Kami amek yang belah aircond sebab kurang lalat.. hehehe..
Pondok Baselo ---> Rumah Sulam Hj Rosma
Lepas makan kami singgah ke Rumah Sulam Hj Rosma.. Kata orang xsah kalau xsinggah sini.. Tapi bagi aku kain dia mahal.. Mungkin kualiti dia pon cantik sebab tu harga di macam tu..
Hj Rosma ---> Air Terjun Lembah Harau
Kami singgah sekejap je di Rumah Sulam Hj Rosma.. Disebabkan xde nak beli ape2 kami proceed ke next location iaitu Air Terjun Lembah Harau.. First time datang dulu tempat ni tak cover.. Best sangat tempat ni.. Ulang!!
Air Terjun Lembah Harau ---> Keluk 9
Dari Lembah Harau kami ke Keluk 9.. Keluk ni tak sama dengan jalan keluk 44 yang biasa kita dengar. Dulu2 orang Padang guna jalan lama which is lebih kecik and berbahaya.. Kemudian Pemerintah dia buat highway.. Highway ni ada 9 lekuk..
That's the end of our day.. Malam singgah di sekitar Jam Gadang untuk beli makanan.. Aku teringin nak makan KFC dia.. So kami singgah beli KFC.. Rupa-rupanya KFC kat sini lebih mahal dan kecik dari Malaysia.. Saya bersyukur dilahirkan di Malaysia..
(KFC = 67,000 / perset)
Love,
Kwon eLa
Bukittinggi, Indonesia
No comments:
Post a Comment