SEOUL 2018

Date : 29.11.2018

~IT'S TIME TO SAY GOODBYE AGAIN~

Kami bangun awal sbb takot terlepas kete sewa tu.. Pastu nak kena repack semula baju2 yang pakai masa tidur.. Barang-barang mandian.. Banyak keje tu..

Finally, it's time to check out.. Kevin pon tak bangun lagi.. Kami just tinggalkan mesej dan kunci kat atas meja dia.. Bye2 Star Hostel..

SEOUL 2018

Date : 28.11.2018

~HAPPY BIRTHDAY, LIL' BROTHER~

On 28th Nov 2018, someone turns 28!!! Wow, AGAIN!!! lucky number 8 appears.. BTW, happy birthday lil' brother.. May Allah ease everything.. Pls kumpul duit byk2 and let's go travel again.. Terima kasih sebab bersabar dengan perangai I yang memang unpredictable.. May Allah bless you and your family.. Done wishing him happy birthday..

Sebenarnya, semalam dah wish siap2.. Sbb nak tidur awal.. Xde makna aku nak tunggu sampai jam 12 utk wish dia.. hahaha.. Hari ni kami perlu bertolak awal ke Nami Island.. Memandangkan perjalanan dia jauh, so aku dah pesan dengan dorang siap2 supaya cari tempat duduk dalam train tu nanti..

Happy birthday Sir Ahmad

SEOUL 2018

Date : 27.11.2018

~I SEOUL U~

Last datang sini masa trip kali pertama.. Dengan kak luna kami xsempat cover sini sbb cuma ada 3 hari je di Seoul sblm terbang ke Jeju. Plan asal nak ke KBS dulu tapi bila aku pikir balik baik dtg ke Hangang Park dulu.. Orang xramai.. So boleh conquer utk bergambar tanpa ditunafoto oleh orang lain.. Kptsn yang sgt bagus, eLa!!


Thanks photographer.. Nampak I Seoul U dari jauh.. 

SEOUL 2018

Date : 26.11.2018

~SLOW DOWN AND ENJOY LIFE~

Memandangkan semalam dah jalan kaki balik ke hostel, so pagi ni kami bercadang untuk berjalan kaki lagi sekali.. Plannya utk cover area Bukchon, Insadong, City Hall dan seterusnya ke Namdaemun.

So hari ni mungkin hari yang paling banyak berjalan utk kami.. 

Bergambar dulu depan hostel..

SEOUL 2018

Date : 25.11.2018

~LOVE, THE CONTINUE~

Segar gila lepas bangun dari tidur.. Cukup tidur dan cukup rehat.. Dah ready utk trip yang seterusnya.. Keluar hotel cuaca sejuk sgt.. Menggigil la juga.. Hari ni siap2 pakai longjohn takut kesejukan.

First destination, kami nak ke Olympic Park dulu.. Ada dua stops untuk ke sini.. Satu, melalui Line 5 turun di Olympic Park Station (Exit 3) dan dua, melalui Line 8 turun di Mongchontoseong Station (Exit 1). Pendapat aku, turun di Mongchontoseong lebih dekat sbb terus ke World Peace Gate.. Tapi kalu nak berjalan-jalan sambil tengok pemandangan, korang turun la dekat Olympic Park Station.

Aku tak menyesal turun dekat Olympic Park Station.. At least kami dpt tengok pemandangan padang yang masih dipenuhi salji..

Masa kami sampai, kami pelik sbb ramai budak2 ke arah Indoor Stadium dan beratur.. Rupanya ada event. Artistnya Highlight (nama lama Beast).. Fan meeting la kot.. Kami sibuk nak bergambar je..

SEOUL 2018

Date : 24.11.2018

~MENGEJAR SALJU YANG PERTAMA~

Plan asal memang nak enjoy last autumn je.. Tapi tak sangka dalam dok mencari info psl autumn tu kami akan berjumpa dengan post yang mengatakan peluang untuk bertemu salji di hujung-hujung autumn sgt tinggi.. Berbekalkan beberapa info, kami sangat berharap dan berdoa untuk diberikan peluang utk merasa salji sepanjang berada di sana. Disebabkan itu juga tajuk entry ini adalah untuk mengejar salju yang pertama.. Yang pertama dalam hidup kami.. Yang pertama turun di Seoul bagi tahun 2018/2019.

Beriyani kambing yang sedap tapi xmampu dihabiskan..

SEOUL 2018

Date : 23.11.2018

~SEOUL AKU KEMBALI~

Last trip of 2018.. Plan yang mana asalnya tahun ni tak ke mana-mana, end up ke Korea jugak aku.. Asalnya plan nak ke Korea ni datang dari luahan perasaan atau lebih kepada keinginan seseorang nak ke sana tapi xde kawan yang boleh teman (Eh ke aku silap.. Nnt betulkan kat ruangan komen ye).. So aku yang memang ada duit lebihan (hasil dari tak ke mana-mana sangat tahun ni) terus bersetuju untuk follow dan jadi tour guide yang tak bertauliah.. Tapi tour guide ni memang amateur gila sampai boleh sesat.. Tu kita cite kemudian.. Jaja cite dah 2 kali pegi tapi masih sesat.. Sis malu.. huhuhu..

KK - KUNDASANG 2018 (DAY 4)

Date : 21.11.2018 (Ahad)

Bye-bye Sabah!!

Untuk pagi ni kami masih nak ke pasar untuk beli barang yang dikirim. Kereta kami tak amek lagi. Lepas beli barang baru amek kereta dan keluar dari situ.

KK - KUNDASANG 2018 (DAY 3)

Date : 22.11.2018 (Sabtu)

Bye Kundasang, Hi Lobster!!

Lepas check out dan dapatkan semula deposit, kitorang terus ke Pasar Kundasang.. Kami nak cari buah esotik yang kemungkinan xde kat KK. Bodohnya aku pi beli rambutan yang bakal membawa bencana pada aku selama 2 minggu.. Batuk berterusan sampai kena pi klinik.. Biasa aku level2 yang sakit xde lah sampai nak ke klinik or hospital.. 


Lepas pusing-pusing dan beli apa yang patut kami meneruskan perjalanan ke KK. Singgah sekejap di Kinabalu Park sebab nak tgk dalam tu macam mana.. Mana tau suatu hari nanti ada rezeki aku nak panjat Gunung Kinabalu plak.. hehehe.. 

Tiket masuk RM3 seorang.. Bayar di pintu depan.. Then jalan je la ke mana yg korang nak.. Macam kami xde la nak masuk smp ke dalam.. Kitorang stop dekat trek-trek tertentu untuk amek gambar kenangan then blah dari situ..

KK - KUNDASANG 2018 (DAY 2)

Date : 21.09.2018 (Jumaat)

Hola Hola!!

Setelah puas tidur semalaman, akhirnya aku berjaya mengurangkan panas badan aku.. Kami cukup berharap hari ni tidak hujan seperti semalam. Plus aku harap dapat tengok Gunung Kinabalu (tanpa diselubungi awan) masa dekat Dairy Farm nanti.

Sebelum kami ke Desa Dairy Farm, kami singgah tepi jalan untuk amek pemandangan gunung-ganang.. Indahnya..

KK - KUNDASANG 2018 (DAY 1)

Date : 20.09.2018 (Khamis)

Welcome to Sabah, eLa!!

Memandangkan flight kami awal pagi so aku decide utk menumpang kasih tidur di rumah mak mentua kak ayu.. Kalu nak drive dari Sabak Bernam ke KLIA2 rasanya memang tak tido malam la aku.

Kami gerak dari Sungai Buloh dalam jam 3 pagi. Sampai Putrajaya Sentral dalam jam 4 pagi.. Parking masih banyak kosong.. Dan yang paling kagum, kami scan kad kredit je.. Xde tiket parking keluar.. So nanti keluar dari Putrajaya Sentral tinggal scan semula kad kredit, fee trus dikreditkan ke kad kredit.. Hassle free sgt.. KLIA Transit start dlm jam 5 pagi.. So sementara tunggu kaunter buka kami lepak dulu.. Mata masih mengantuk.. huhuhu..

eLa x Raya

12 Jun 2018

Lagi 3 hari Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya AidilFitri. Pagi tadi OTW ke ofis tiba2 datang perasaan nak menulis pasal perihal aku dan raya. Dulu2 kawan-kawan aku slalu tanya kenapa xsuka raya? Raya kan best, boleh jumpa saudara mara, makan kuih raya, makan rendang ketupat, pakai baju raya cantik2.. Oh Yeah, tu korang tapi bukan aku.. I'm not enjoying it. Pastu datang suara2 lain, "Tak baik.. Raya kan untuk kita bermaafan, berseronok2 sebab dah sebulan puasa". Aku tak nafikan semua statement yang dorang bagi.. Betul apa yang dorang cakap, tapi aku betul2 xboleh nak raikan Hari Raya dengan happynya...

Throwback sikit ye, 2 Feb 1997 - My beloved Abah meninggal dunia.. Seminggu lagi nak raya.. Dan pada hari tu, kami sepatutnya shopping raya.. Ko bayangkan ada orang kejut ko pagi2 bagitahu Abah dah takde.. Ko happy ke ko sedih.. Ada orang kate life must goes on.. Betul la tu.. Klu x, xde la aku kat sini, menulis entry ni.. Dan pada tahun yang sama aku tak beraya pun.. I Miss Abah so much..

Selama 21 tahun ni, aku cuma menyambut raya ala kadar.. 8 Januari 2000, Raya jatuh pada hari jadi aku.. How happy i am nak sambut besday yang jatuh pada raya pertama.. Tapi harapan aku punah.. Sebab no body is celebrating my besday.. Most of them cuma nak beraya je.. Sedih sangat masa tu.. Masa tu aku cuma 13 tahun.. Dan aku beraya di tempat yang orang xberapa kenal aku. 

Luang Prabang, Laos 2018 (DAY 4)

Travel Date : 16.5.2018 (Rabu)

Last Day kat Luang Prabang.. Dah mula rasa rindu dengan tempat ni.. Flight kami jam 3 petang nanti.. Semalam masa kami merayap tertegur la sorng driver tuk tuk ni.. Kami minta dia yang bawakan ke airport.. dia bagi harga 40k per trip.. Maknanya nanti bahagi 2 je kami.. Tempat 11.30 pagi dia da sampat.. First time naik tuk tuk kat Laos.. hehehe..

Bye bye Soutikone1 Guesthouse..


Luang Prabang, Laos 2018 (DAY 3)

Travel Date : 15.5.2018 (Selasa)

Hari ni kena bangun awal sebab nak tengok Morning Alms Ceremony.. Sbb sami2 akan kuar antara jam 5.30 pagi sampai 6.30 pagi.. Masa kami sampai tu sami xramai yang kuar.. Dalam masa yang sama orang yang nak bagi sedekah pon xramai..


Luang Prabang, Laos 2018 (DAY 2)

Travel Date : 14.5.2018 (Isnin)

Kami amek trip ke Kuangsi jam 9 pagi.. Aku dah bangun kul 5.30 sbb nak solat Subuh then tido balik.. Kul 7 baru bangun dan bersiap untuk sarapan.. Bukan ape, nnt nak main air, so takut lapar plak..

Smlm aku dah cek jalan nak ke Wat That Restaurant tu.. Dengan bantuan GPS yg aku dah siap2 download berjaya la jugak kami jumpa.. Jarak dlam 1KM je dari hotel kami.. Masa kami sampai, kami masih ragu2 betul ke ni.. Pastu ada sorg kakak ni bagi salam.. So paham lah kami, kakak ni mungkin wife abang Edi.. Mujur dia boleh ckp melayu sikit.. Senang nak communicate.. Kami order Laos Noodle Soup (15k) dengan Teh O Ais (8k).. Murah la sikit compare dengan Chennai..

Lepas order kami trus pi bergambar.. Buat kenangan sis.. Honestly, lama kami menunggu makanan tapi tak jugak siap2.. Jam masa tu nak masuk ke kul 8 dah.. Kami nak kene balik bilik dulu sblm ke Kuangsi.. Dalam 8 lebih baru makanan siap.. Trus makan.. Aku makan tu siap gigit skali cili sbb nak cepat.. Yang Kak Nobi plak pi tambah cili dalam soup aku.. Sbb dia igt aku nak tambah pedas.. Adooiii Kak Ton lupa ke smlm seharian saya sakit perut.. Perut tengah sensitif ni.. hehehe..

Personally, aku suka masakan dia.. Soup dia jernih.. Rasa ringan je.. Dan sedap.. So sgt sesuai dgn aku yang seharian sakit perut ni.. 

Luang Prabang, Laos 2018 (DAY 1)

Travel Date : 13.5.2018 (Ahad)

Preview:
Luang Prabang memang dah jadi destinasi yang aku idam2kan from the past few years. Tempat dia tidaklah semoden bandar Seoul, Auckland or Wellington yang aku pernah pergi tapi more to aku nak rasa suasana kampung dia tu. My mom said kalu pergi Laos rasa mcm balik kampung sbb kampung kami yang dekat Udon Thani tu lebih kurang je dengan Laos.

So masa hari kami terpaksa mendengar taklimat pasal sebenarnya.com (aku tak igt plak tarikhnya), aku yang tengah kebosanan ni tengoklah website AirAsia. Try letak tarikh lepas PRU-14 pastu tengok harga murah (Murahlah bagi aku.. Keh3..) trus aku decide nak pegi.. Lepas beli tiket then trus book hotel.. Settle semuanya.. Done preview..

Surabaya Trip 2017 (DAY 4) LAST DAY

Travel Date : 14 Nov 2017

THE END.. BYE SURABAYA

Last day di Surabaya kami cuma nak pusing2 bandar je then trus ke airport..

Pak Agus bawa kami ke Tugu Surabaya.. Mulanya aku pelik sebab cuma ada ukiran batu ikan dan buaya je.. Tapi rupa2nya tu la simbolik surabaya.. Dorang sebut dengan bunyi Suroboyo.. boyo = buaya.. Kat sini ramai betul budak2 sekolah.. Tak pasti dorang buat lawatan ke apa.. Takot nak tanya..

Surabaya Trip 2017 (DAY 3)

Travel Date : 13 Nov 2017

AMAZING VIEW, AMAZING EXPERIENCES

Rentetan dari kisah semalam.. Kami terjaga dlm jam 3 Pagi sebab Pak Eddy (Guide untuk Bromo) ketuk tingkap kereta. Dengan mamainya kami pon bangun dan bersiap untuk naik jip plak.. Fuh pengalaman pertama naik jip rasa trilling sgt.. Rasa nak beli sebjik je guna dlm area poli ni..

First destination kami adalah Bukit Kingkong.. Dekat sini kami akan lepak untuk menyaksikan sunrise dan view Gunung Bromo dari atas bukit. Masa kami sampai dekat view area Bukit Kingkong, ngam ngam dah masuk waktu solat Subuh.. Kami gebang je solat tepi jalan tu.. Suhu masa tu sejuk gila.. Kak Yana n husband sampai sewa baju sejuk.. Untuk pengetahuan, view area ni ada byk tempat.. Korang boleh pilih nak duduk menunggu kat mana2.. Kecuali kalau nak hike tinggi lagi kena ada guide.. Biasa dorang akan amek INR10000.. Boleh je diskaun.. Bukan apa, kalau xde guide takot sesat plak otw nak ke atas tu..

Sementara nak tunggu sunset tu, masa tu la bertafakur dan bersyukur dengan semua nikmat yang Allah dah bagi dekat aku.. Insaf plak..

Belakang yang berasap tu la Gunung Bromo.. Gunung berapi yang masih aktif..