Travel Date : 14.5.2018 (Isnin)
Kami amek trip ke Kuangsi jam 9 pagi.. Aku dah bangun kul 5.30 sbb nak solat Subuh then tido balik.. Kul 7 baru bangun dan bersiap untuk sarapan.. Bukan ape, nnt nak main air, so takut lapar plak..
Smlm aku dah cek jalan nak ke Wat That Restaurant tu.. Dengan bantuan GPS yg aku dah siap2 download berjaya la jugak kami jumpa.. Jarak dlam 1KM je dari hotel kami.. Masa kami sampai, kami masih ragu2 betul ke ni.. Pastu ada sorg kakak ni bagi salam.. So paham lah kami, kakak ni mungkin wife abang Edi.. Mujur dia boleh ckp melayu sikit.. Senang nak communicate.. Kami order Laos Noodle Soup (15k) dengan Teh O Ais (8k).. Murah la sikit compare dengan Chennai..
Lepas order kami trus pi bergambar.. Buat kenangan sis.. Honestly, lama kami menunggu makanan tapi tak jugak siap2.. Jam masa tu nak masuk ke kul 8 dah.. Kami nak kene balik bilik dulu sblm ke Kuangsi.. Dalam 8 lebih baru makanan siap.. Trus makan.. Aku makan tu siap gigit skali cili sbb nak cepat.. Yang Kak Nobi plak pi tambah cili dalam soup aku.. Sbb dia igt aku nak tambah pedas.. Adooiii Kak Ton lupa ke smlm seharian saya sakit perut.. Perut tengah sensitif ni.. hehehe..
Personally, aku suka masakan dia.. Soup dia jernih.. Rasa ringan je.. Dan sedap.. So sgt sesuai dgn aku yang seharian sakit perut ni..
Ni la soup nyer.. |
Lepas makan, kami cepat balik hotel semula.. Siap2 barang nak ke Kuangsi.. Kul 9 orang yang nak bawa kami sampai.. Kami naik van.. Dalam tu ada 2 orang india.. Mula2 igt dia org India, or dari negara lain.. Pastu dorg tegur kami.. Aku ckp la, aku mmg da dgr dorg borak asik sebut "lah" mesti orang Malaysia ni..
Kata dorg, dorang da seminggu kat LP.. Ari rabu ni balik.. Eh sama la flight kita.. Dorang dah 2 kali pegi Kuangsi.. Aku tny lah dorng betul ke kaler air dia biru.. Dorang ckp aah.. Mcm mana gmbr dlm google tu, mcm tu la airnya.. Lagi la aku excited..
Perjalanan amek masa 45 minit.. Campur dengan urusan amek penumpang lain.. kami berkenalan dgn sorg middle-aged woman ni.. Nama dia Chris.. Dia orang Switzerland.. Dia travel solo je.. Katanya lepas LP dia nak ke selatan Thai plak.. Dia nak gi ada satu pulau ni.. Tapi aku lupa nama pulau tu..
Urusan tiket diuruskan oleh driver van kami.. Kami bayar 20k sorang utk tiket masuk.. Chris join kami jalan2 kat situ.. Kak Nobi jadi tukang amek gambar dia..
Masuk je gate Kuangsi tu korang akan tengok tempat simpanan Beruang.. Ni lebih kepada pusat pemulihan sbb kalu dibiarkan di hutan mungkin akan pupus sbb dibunuh oleh penduduk tempatan.. Jalan ke depan lagi barulah nampak air biru tu.. Xsabar nak terjun je ni..
Kak Nobi n Chris |
Di penghujung sungai tu adalah main waterfalls dia.. Sangat indah.. Speechless aku tgk.. Xsangka, tempat ni kecik je tapi ada tempat yang cantik mcm ni.. keh3..
Lepas menikmati semua keindahan tu, bermulalah projek mandi kolam dia.. Sejuk dan berpasir.. I mean, ada tempat yang berbatu2 dlm air tu tp kat tengah2 tu berpasir.. So selesa la walaupun xpakai kasut air.. Orang lain sume berbikini, aku je yang full suit.. Air dia agak dlm utk ketinggian aku.. So aku play safe main kat tempat yang xdalam je..
Aku kuar awal dari kolam tu sbb aku xbawa baju spare.. So kena amek masa utk keringkan baju aku ni.. Aku mmg purposely duduk kat tempat panas.. Mmg sunburn..
OTW keluar baru aku amek kesempatan nak pegi tgk bear yang ada.. Tadi awal2 masuk excited nk tgk sungai dia je dulu..
Kuar dari Kuangsi, ada byk kedai2 mkn kat situ.. Aku beli mangga (10k) dengan air mineral (5k) then berjemur sementara tunggu van. Bila nampak 2 orang Indian tu baru kitrang ke arah van.. Mujur baju dah kering sikit..
Sepanjang perjalanan tidur je.. Penat main air.. kami sampai hotel kul 1 lebih.. Terus mandi n solat pastu siap2 nak lunch.. Kami decide nak lunch dekat Chennai je..
Aku order Nasi Goreng Ayam (25k), Dosai (30k), dan Iced Coffee (12k).. Dosai dia memang terbaik.. Sangat sedap.. Kenyang makan dosai so aku bungkus je Nasi Goreng Ayam tu.. mlm nnt boleh mkn..
Lepas makan, destinasi kami nak ke Bamboo Bridge.. Ada 2 bamboo bridge yang ada.. Harga tiket yang berbeza.. Tapi aku dah ckp dgn kak nobi, aku nak pegi bamboo bridge yang mana aku jumpa dulu..
Untuk pengetahuan, bamboo bridge ni hanya ada pada musim biasa.. Bila dtg musim hujan, bridge ni akan dihanyutkan oleh arus yang deras.. Nanti penduduk tempatan akan bina balik bila musim hujan dah tamat..
Disebabkan yang ni yang aku jumpa dulu, so kami amek je yang ni.. Harga tiket 10k.. Aku tak pasti klu dia charge orng asing je, ke orang tempatan pon kene jgak..
Elok2 kak ton.. |
Lepas kami rentas jambatan ni, kami tgk ada la beberapa local yg tngh kutip pucuk2 liar.. Ada sorng pondan ni xpasai2 pegang baju aku.. Agaknya dia berkenan baju ni colourful sgt kot.. Sis husnuzon..
Utk orang biasa2, bridge ni xde keistimewaan pon KOT.. Tapi bagi aku, menarik dah ni.. Aku ni siap pikir mcm mana orng2 kampung tu bina.. Sambung2kan buluh2 tu.. Fuhhh... Discovery Channel tolong la cover kisah ni.. Aku nak tau sgt ni..
Lepas trip ke bamboo bridge kami nak ke Mount Phousi plak.. OTW ke Mount Phousi banyak Wat di kiri kanan korang.. Aku sampai tak lalu dah nak bergambar.. Dengan panasnya.. peluhnya.. Dahaga giler.. Klu pegi musim panas, suhu boleh cecah smp 40 darjah celcius..
Untuk naik ke Mount Phousi ada byk jalan.. Kami pilih utk naik melalui tangga depan Royal Palace dia tu.. Memang itu jalan utamanya pon.. Sebelum naik aku beli ice-blended.. yang lime/lemon punya.. Harga 10k tapi menyesal gler beli.. Sbb bukan hilang dahaga pon.. Makin letih ada lah... keh2.. Patut beli air mineral je..
Kata orang, naik tangga Mount Phousi xsebanyak naik dekat Batu Caves.. Aku berhusnuzon, klu Bromo pon aku boleh panjat, takkan ni aku xmampu.. Tiket masuk ke Mount Phousi adalah 20k seorang.
Sampai kat atas orang da ramai sbb masing2 nak tgk sunset.. Kami bergambar dekat satu puncak ni.. Klu pandai amek gambar nampak cantik la.. Tapi aku kan xpandai amek gambar, so xberapa lawalah.. Sori la kak nobi.. huhuhu..
Kitorang xnak pon tgk sunset tu.. So kitorang turun awal.. Masa turun tu, bincang dgn kak nobi pasal esok xnak gi Pak Ou Cave.. So kami decide esok pagi nak daki Mount Phousi balik.. Nak dtg awal2 pagi barulah xberebut dengan orang..
Tangga Mount Phousi tu betul2 kat Night Market.. So lepas turun dari Mount Phousi kami berjalan ke Night Market then trus ke Saffron Cafe sbb nak lepak tgk sunset kat situ..
Aku as usual beli iced latte la (12k) pastu kak nobi ajak share beli carrot cake (25k)..
Lepas lepak Saffron kami pon balik la hotel.. What a long day.. Penat sgt.. Kami xnak dinner sbb dah ada mknn utk mlm..
Malam tu aku bermesej dgn kak yana, aku nak tambah berat luggage tapi xberjaya.. Mujur ada kak yana, dpt la juga beli.. Thank you kak yana..
Love,
Kwon eLa
Luang Prabang, Laos
No comments:
Post a Comment