Surabaya Trip 2017 (DAY 4) LAST DAY

Travel Date : 14 Nov 2017

THE END.. BYE SURABAYA

Last day di Surabaya kami cuma nak pusing2 bandar je then trus ke airport..

Pak Agus bawa kami ke Tugu Surabaya.. Mulanya aku pelik sebab cuma ada ukiran batu ikan dan buaya je.. Tapi rupa2nya tu la simbolik surabaya.. Dorang sebut dengan bunyi Suroboyo.. boyo = buaya.. Kat sini ramai betul budak2 sekolah.. Tak pasti dorang buat lawatan ke apa.. Takot nak tanya..





Dari Tugu Surabaya, kami singgah beli brownies dulu dekat Amanda Brownies.. Indonesia ni macam xboleh lari dengan browniesnya.. Kat mana2 aku pegi mesti beli brownies bawa balik Malaysia..

Aku beli perasa original (INR40k) dan maple (INR45k).. Duit makin terbang.. Balik Malaysia, bila rasa brownies tu terus rasa macam "Adoi, nape tak beli banyak2.." Sedap sgt..



Lepas beli brownies, Pak Agus bawa ke Tugu Pahlawan.. Masa ni kami dah pisah kereta.. Kak Yana n husband naik dengan Mr. Wong.. Masa kami sampai sini pon ramai budak2.. Ada yang pakai costume.. Comel plak..







Sampoerna Muzium adalah tempat yang Mr. Wong recommend dari hari pertama kami sampai.. Tempat ni display macam mana perkembangan jenama rokok Sampoerna dari awal smp sekarang.. Kak Nobi bagi misi untuk carikan pin Surabaya.. Mujur jumpa kat tempat ni..

Dekat bahagian atas, ada beberapa pekerja yang menunjukkan cara rokok tu digulung.. Tapi kami xboleh amek gambar di bahagian atas.. Boleh cite je la..








Sebelum orang makin ramai dalam muzium tu, kami semua pakat2 nak bertolak dah.. Kali ni Pak Agus bawa ke JMP (Jambatan Merah Plaza).. Macam mall je kat sini.. Aku tak plan nk shopping pon.. Masa dok naik aras by aras tu, nampak la booth buat inai kat tangan.. So aku ckp dengan dorang aku tunggu kat sini je.. sbb nak buat inai..

Masa dok tengok2 design yang ada, budak yang nak lukis tu tanya aku nak x design baru.. Bagitau nak harga berapa je.. Aku setuju dengan cadangan tu..






Design yang berharga INR30k..
Kak Yana pon buat juga inai.. Lepas kak yana buat inai, kami terus turun bawah.. Kat bawah ada jual perfume.. Belikan 1 utk papa..

Lepas jalan2 JMP, jam dah menunjukkan nak masuk waktu zohor.. So kami singgah di tempat terakhir iaitu Masjid Agung Surabaya untuk solat sebelum ke airport..

Dekat Masjid Agung ni, korang boleh naik ke menara kubah dia.. Bayaran INR7000 sorang.. Aku n Kak Sela je yang naik.. Xde ape2 pon kat atas tu.. Tapi sbb nakkan experience, tu yang naik.. 











Masa kami turun, kak  yana ckp kta dah nak kene check in.. So xsinggah makan kat mana2 kami trus direct ke airport.. Mujur sempat..



Lepas check in, say goodbye kat Mr Wong melalui telefon then trus ke imigresen dia.. Keluar dari imigresen terus nampak Burger King.. Aku yang miskin kehabisan duit ni mula la menyendeng Kak Sela.. Sebab dia masih ada duit baki.. Aku ckp kat Kak Sela nak bayar pakai duit Malaysia tapi dia nak belanja plak burger tu.. Terus rasa macam alamak rasa berhutang budi plak.. Thank you kak sela.. I love you all.. hahaha

Masa lepak menunggu boarding, tiba2 dengar pengumuman flight delay.. So aku menghabiskan data yang terakhir untuk menonton video kat youtube smbil mkn burger..

Delay xlama pon, kami terus boarding.. Masa masuk dlm kabin dorang ckp pramugari hari ni yang sama masa kami sampai.. Mesti Pak Irwan ada juga.. Masa dengar pengumuman dlm flight mmg sah suara Pak Irwan.. Tapi kami xde la mcm sblm ni pon.. Nak order mkan tapi makanan yang dikehendaki xde.. 

Touch down KLIA2, kami terus ke train station utk amek ERL.. Mula2 tu mcm xde ape2 yang berlaku.. Bila train smp, kami masuk dan duduk.. Tiba2 berlaku salah faham, ada org ckp ni train ke kL Sentral.. Aku dgn kak sela jd blur2, keluar la kami dr train.. Bincang punya bincang, betul la train yang kami amek.. Sebelum nak ke KL Sentral mmg lalu Putrajaya Sentral dulu.. Tapi kami dah malu nak masuk balik dlm train.. Da la lama giler train tu kat situ.. 

Sudahnya kami naik train yang lain.. Sampai Putrajaya Sentral jadi bodoh balik.. Mesin bayar tiket xrosak tapi kami igt rosak.. Kesian kak sela berjalan ke kaunter utk bayar tiket.. Tiket untuk 4 hari RM20.. Ok la tapi memang masalah betul hari ni..

Aku singgah Balakong dulu sbb nak pass barang yang dibeli kat sana.. Then kami proceed sabak terus.. Singgah Shell Jalan Duta sbb nak solat n tukar driver.. Kali pertama rasa letih gler balik dr oversea.. Dulu masa balik dr Korea lagi lewat dari ni aku steady je.. (Oopps Korea 6 jam flight, dah cukup rehat.. hehehe) So dlm perjalanan aku tidur je.. Kak Sela bawa kete sorang2.. Sory kak.. Kul 1 pagi baru smp rumah..

Lepas mandi terus tido.. Mujur amek sehari lagi cuti.. Boleh la rehat.. See you maybe 2019?? Sebab tahun depan igt nak cuti dari keluar negara.. Nak kumpul duit sbb akan ada version New Zealand 2.0 nanti..

Love and tired,

Kwon eLa
Surabaya, Indonesia

No comments:

Post a Comment