Travel Date : 13.5.2018 (Ahad)
Preview:
Luang Prabang memang dah jadi destinasi yang aku idam2kan from the past few years. Tempat dia tidaklah semoden bandar Seoul, Auckland or Wellington yang aku pernah pergi tapi more to aku nak rasa suasana kampung dia tu. My mom said kalu pergi Laos rasa mcm balik kampung sbb kampung kami yang dekat Udon Thani tu lebih kurang je dengan Laos.
So masa hari kami terpaksa mendengar taklimat pasal sebenarnya.com (aku tak igt plak tarikhnya), aku yang tengah kebosanan ni tengoklah website AirAsia. Try letak tarikh lepas PRU-14 pastu tengok harga murah (Murahlah bagi aku.. Keh3..) trus aku decide nak pegi.. Lepas beli tiket then trus book hotel.. Settle semuanya.. Done preview..
Ok, pada hari kejadian, Flight kami tengahari.. Kak Nobi nak tumpang sbb aku mmg nak parking dekat Putrajaya.. So pick up dia kat rumah then trus ke Putrajaya Sentral.. Hujan renyai.. Aku plak sakit perut seharian sbb terlebih amek susu lembu semalamnya.. Mat Due pinjam kete aku sepanjang aku kat Laos.. So kete xmasuk lah parking.. Ni yang aku nak marah.. Nanti hari terakhir aku akan cite..
Kitorang sampai KLIA2 dlm kul 9 lebih.. Sebab awal lagi so kami pegi cari kedai makan.. Kitorang decide utk mkn kat Paparich je.. Abis jugaklah RM23 aku.. Lepas makan trus ke tempat nak drop luggage.. Perkara malang berlaku.. Kami beli tiket 20kg je.. Tapi beg aku terlebih berat.. Terpaksa keluarkan barang.. Lepas keluar barang, aku baru teringat yang aku tak lock pon beg aku.. Masa teringat tu aku da lepas imigresen dah pon.. Terus rasa bad mood tapi xseriuslah.. Cuma berharap takde lah orang letak dadah ke dalam beg aku tu..
Gate kitorang dekat je.. So xpayah nak berlari2 anak utk ke gate kami.. Masa dok menunggu banyak kali juga aku ke toilet.. Dah jadi aku menunggu kat toilet plak bukannya kat waiting area.. Serik nak minum susu lembu dah lepas ni..
Berjaya naik flight.. Debar plak.. Sebelah aku orang asing.. Badan besar.. Agak tak selesa sebenarnya.. Dengan perut yang sakit.. Sabar ela, sabar..
Lepas makan, kak nobi pegi toilet pastu trus tak dtg2 ke seat dia. Rupa2nya dia dah dok blkg.. Trus kami tukar seat jugak.. Selesa sikit..
Kul 3 lebih (waktu LP) kami sampai Luang Prabang. Untuk pengetahuan, LP lewat sejam dari Malaysia.. Airport dia kecik je.. Dan xbanyak flight yang landing situ.. Urusan Imigresen yang lambat sket.. Beg dah kuar dari perut flight kami semasa kami masih sedang menunggu urusan imigresen.. Semua tu berlaku depan mata je sbb imigresen dia depan tempat nak collect luggage..
Settle urusan Imigresen trus aku dapatkan beg aku.. Check everything sbb takot jadi ape2.. I xmau dok dlm lokap Laos..!!! Disebabkan airport dia pon kecik so lepas amek beg trus kuar.. Xde pon cek kastam semula macam Indonesia..
Depan pintu Arrival tu, ada kaunter untuk tukar duit. Sblah kaunter tukar duit adalah kaunter untuk dapatkan taxi.. Utk duit, aku tukar USD100 je.. Dapatlah dalam 800000kip something2 la.. Bukan genap 800k tu.. Lepas tukar duit aku cek dulu harga untuk wrap.. Sbb nak simpan siap2 duit.. Wrapping service dalam 50k..
Lepas kak nobi tukar duit trus ke kaunter taxi.. untk sewa taxi dia special sikit.. Dia letak harga 50k utk 3 persons.. So klau U sorang pon kene byr 50k, dtg bertiga pon 50k.. Disebabkan kami berdua so boleh la share dengan genapnya 25k sorang..
Jarak antara airport dengan pusat bandar xjauh.. Dalam 7km macam tu.. Sampai dekat hotel kami tak boleh check in lagi.. Pekerja hotel tu plak memang xtau langsung speaking.. Aku dah jadi macam ayam ngan itik dah.. Dengan sakit perutnya.. Trus rasa nak angin.. Aku nmpak dia tampal sticker password wifi.. So aku taiplah dalm english translate ke laos.. Dia dah start paham tapi bila dia ckp utk membalas pertanyaan kami, aku dah start xpaham.. Kak nobi plak amek fon aku utk bagi dia suh dia taip bahasa dia utk translate ke english.. Aku ckp lah yang mcm mn dia nak taip sbb handphone aku xde tulisan laos..
Aku kuar hotel, pegi ke hotel sebelah.. Tanya budak yang jaga receptionist tu dia boleh ckp english ke x.. Mujur bdk tu boleh speaking.. So aku pon minta la tolong bdk tu utk bgtau pekerja dia yang kami nak check in.. Rupa2nya, dia slma ni nak bgtau kami yang boss dia xde sekarang kat hotel.. Tapi bilik kami tu mmg ada cuma dia xtau bilik yang mana sebab boss dia xtulis kt buku tu.. Lega la kami lepas dengar macm tu.. Bukan apa, bilik tu dah abis bayar.. Jadi nak marah la klu tiba2 xde nama aku kat situ.. Pekeje tu suh jln2 dlu.. Dlm kul 4 lebih dtg balik sbb boss dia da ada masa tu..
So kami tinggalkan beg then jlan2 sekitar Sungai Mekong.. Perut aku xyah ckp la mmg tgh sakit.. So hilang mood sket kat situ. Aku jumpa Saffron Cafe.. So decide utk beli coffee dia then guna tandas dia.. Aku order Iced Latte, harga 20k secawan.
Dlm kul 4 lebih, kami kembali ke hotel.. Boss dia da ada.. Mujur amek bilik aras GF.. Xyah naik tangga.. Bilik betul2 depan pintu.. Masa check in, aku trus tanya pakej untuk ke Kuangsi Waterfalls esok.. Dia ada pakej tu.. Harga 40k seorang.. Mujur masih di bawah bajet.. So esok xpayah sewa motor..
Masuk hotel trus rasa wow... Sbb rasa betul2 balik kampung.. Bilik dia di kelilingi kayu.. Ada beranda plak kat luar tu.. Pemandangan kebun kecik dorang.. Tenangnya..
Lepas solat, baru kami kuar balik.. Sbnrnya kami plan nak mkn kat Wat That Guesthouse sbb tu satu2nya kedai orang Malaysia kat LP ni.. Tapi cari xjumpa.. Dan satu lagi kalu korng tgk gmbr arrival kami ada gmbar yang ada rintik2 hujan kan, sbnrnya mmg hujan renyai2 tapi lepas kami kuar hotel tu, trus cuaca elok.. Bagus jugak sbb klu x kne pakai baju hujan..
Masa dok merayap xtentu hala tu, kami jumpa kedai yang jual postcard.. So kami decide utk hantar postcard ke diri sendiri kat Malaysia tu.. Cost dalam 10k.. 2000kip utk postcard, 8000kip utk setem.. Xtau bile akan sampai.. Sehingga tarikh aku taip entry ni, aku masih belum menerima postcard aku tu..
Depan sikit dari kedai postcard ni adalah pasar malam dia yang glamer tu.. So kami pon mulakan misi mencari something utk diri sendiri.. Nak riki2 harga je dulu.. Malam terakhir baru nak abiskan duit..
Masuk je ke area dia, depan2 skali dah jual coconut pancake.. So ape lagi, singgah beli la kita.. Sbb mmg nak try makan ni pon.. Harga dia 5000kip.. Rasa dia familiar dengan kuih cara.. Cuma xde gula dan dia letak santan kelapa.. Maaf lah xde gambar pancake tu.. Sbb aku mkn cepat2 sampai lupa nak amek gambar..
Lepas merayap kat pasar malam tu, kami dah start lapar dan suasana pon da start nak gelap.. Kak nobi suggest kami try je mkn kat Chennai Restaurant tu..
Aku order Prawn Fried Rice (30k), Nan Cheese (20k), Laos Coffee (12k) dan kongsi kuah dal dengan kak nobi so sorang byar 10k.. Rasa mcm org kaya plak bila tgk perbelanjaan mkn mlm aku.. hehehe..
Prawn Fried Rice (30k) |
Nan Cheese (20k) |
Lepas mkn kami trus balik ke hotel.. Yang specialnya kat LP ni, kedai tutup awal.. So mlm tu mmg xde activity nak buat melainkan lepak kat bilik.. Kat sini jugak, tourist da diberi peringatn utk tidak mabuk2 di kawasan terbuka.. Bagus peraturan tu..
Kitorang lepak kat tingkat atas.. Ada coffee tapi kene bancuh sendiri.. Lepas berfantasi sendiri, aku pon beransur ke bilik sbb nak mandi n solat..
Sekian malam pertama kami di Luang Prabang..
Love,
Kwon eLa
Luang Prabang, Laos
No comments:
Post a Comment