SEOUL 2018

Date : 25.11.2018

~LOVE, THE CONTINUE~

Segar gila lepas bangun dari tidur.. Cukup tidur dan cukup rehat.. Dah ready utk trip yang seterusnya.. Keluar hotel cuaca sejuk sgt.. Menggigil la juga.. Hari ni siap2 pakai longjohn takut kesejukan.

First destination, kami nak ke Olympic Park dulu.. Ada dua stops untuk ke sini.. Satu, melalui Line 5 turun di Olympic Park Station (Exit 3) dan dua, melalui Line 8 turun di Mongchontoseong Station (Exit 1). Pendapat aku, turun di Mongchontoseong lebih dekat sbb terus ke World Peace Gate.. Tapi kalu nak berjalan-jalan sambil tengok pemandangan, korang turun la dekat Olympic Park Station.

Aku tak menyesal turun dekat Olympic Park Station.. At least kami dpt tengok pemandangan padang yang masih dipenuhi salji..

Masa kami sampai, kami pelik sbb ramai budak2 ke arah Indoor Stadium dan beratur.. Rupanya ada event. Artistnya Highlight (nama lama Beast).. Fan meeting la kot.. Kami sibuk nak bergambar je..






Me : Bila i lompat baru u snap tau..
Him : Yes mem..
Hasilnya..
 
LUCKY 081828


Jika saya dibandingkan dengan bunga, mungkin sy akan tenggelam dalam kecantikan bunga itu.. Tetapi jika dibandingkan dengan ranting kayu ni, InsyaAllah sy akan lebih menyerlah.. 

Perbezaan 1 : Aku + Syafiq =Serius, Kak Norbi =  Senyum
 
Perbezaan 2 : Aku + Kak Norbi = Muncung, Syafiq = Senyum
 
Perbezaan 2 : Aku + Kak Norbi = Senyum, Syafiq = Muncung
 

Lepas bergambar berdekatan taman Indoor Stadium, kami berjalan lagi. Masa tu la kami nampak padang yang masih dipenuhi salji.. Rasa ketar-ketar kaki nak pi pijak.. Geram sangat..


I brought 2 cameramen for this trip..

Padang yang masih dipenuhi salji.. 


Sape ni yg sempat buat snowman.. Kami tumpang bergambar je..

Oppa.. I Love You..




Lepas amek gambar di atas baru kami fokus balik tujuan kami ke sini.. Iaitu nak cari World Peace Gate.. Kami tgk dari Direction Map yang ada.. Jarak dari Olympic Park Station ke World Peace Gate lebih kurang 1KM aku rasa..





Ok done.. Jumpa World Peace Gate.. Running man pernah shooting kat sini dlu.. Tapi yang bodohnya kami, amek gambar belakang World Peace Gate.. huhuhu.. Tapi sebenarnya rupa dia sama je.. Dari depan or belakang.. kat tengah2 World Peace Gate ada obor yang akan sentiasa menyala sehingga Olympic seterusnya..





Hai awak.. Awak kan yang duduk bilik sebelah i masa kita sama2 admitted kat Hospital Sakit Jiwa tu.. Pastu terjerit2 marahkan nurse.. Awak kan?????
 Dari World Peace Gate, kami terus ke Starfield Library.. Nak cari Starfield Library ni sangat mudah.. Follow je orang ramai-ramai.. Memang dorang ke arah tu.. Kami lepak kejap dekat Starfield.. Rehatkan kaki sbb banyak berjalan kat Olympic Park tadi..


Dari Starfield Library, kami plan nak ke Gangnam.. Tapi disebabkan kesuntukan masa, kami skip Gangnam. Kami balik bilik dulu utk solat dan makan then trus plan ke Namsan Tower.

Di Namsan Tower, aku nak dorang rasa dua2 waktu.. Siang dan malam.. Sbb tu kami agak rushing.. Dari Myeongdong kami berjalan kaki ke Namsan Tower. Mendaki bukit.. Agak penat la jugak..

Sampai cable car trus beli tiket return.. Beratur panjang.. TApi xde la lama sangat.. InsyaAllah sempat nak sampai atas sebelum gelap.. hehehe..


Ape persamaan sy dan Lee Minho?? Kami sebaya.. hehehe.. Ofcos sy nmpk tua sbb sy xde duit nak pegi buat facial..


Sampai atas, masih teruja sbb salji masih banyak.. Mungkin sbb area atas bukit so salji lambat cair.. Dpt la bergambar utk hari yang kedua dengan salji.. hehehe.. Thank you Allah..

Hye kids.. Mom has already fulfilled one of my dream at the age of 31th.. - Mom, 2018

Kalu tak ramai orang dah lama pecah salji ni aku lanyak.. Geram rasa nak terjun atas salji..




Kami guna teknik panaroma sebab tu tower tu nampak senget..
 Kami redeem tiket yang kami beli dari klook.. Lebih murah.. Kalau beli on the spot, harga dlam RM37 (ikut tukaran aku masa ni) tapi di klook cuma RM21 sahaja.. Nak redeem kene pegi dekat machine berdekatan kaunter.. Nnti akan keluar tiket yang betul utk naik kat atas..

Sebelum naik lift, kami bergambar dulu.. Memang aku plan nak beli gambar ni.. Sbb duit xbanyak digunakan lagi.. hehehe.. Aku dan Syafiq amek gambar berlatarbelakang salji.. Kak Nobi amek yang berlatarbelakang malam.. Tapi gambar yang sama je.. Background je lain.. Beli banyak harga makin rendah dan akan dapat softcopy jugak..

Beli gambar ni dengan harga 9k won..


Kami beli postcard kat atas tu.. harga dalam 2000 ~ 3000 won. Ada setem juga tapi kalu nak pos kene tambah satu lagi setem harga dalam 1000 won. Xsilap la.. Aku tak ingat sangat sbb lupa nak tulis dlam diary.. Tapi total semua xlebih 4000 won. So kami plan utk hantar kepada rakan di sebelah kiri masing-masing.. Aku akan hantar ke Syafiq, meanwhile aku akan menerima dari Kak Nobi.. Macam tu la lebih kurang yang kami buat...

Dah safely arrived kat Malaysia..




Dari Namsan Tower, kami nak dinner di Busan Jib area Myeongdong.. Sbb tengahari tadi makan biasa2 je.. Nak cari Busan jib ni satu hal plak.. Tapi mujur la jumpa.. Mujur xramai orang.. Aku amek set Sondubu Jigae (10k won).. Sangat sedap.. Tapi Syafiq terambil telur aku masa dia nak try sup aku di saat aku simpan telur tu utk hirupan terakhir aku.. huhuhu..



Lepas makan, kami jalan2 sikit kat Myeongdong.. Sbb semalam kan aku tak larat nak menengok.. So hari ni kami nak cek harga.. nanti malam terakhir baru shopping betul2..

Dari Myeongdong, kami terus ke Dongdaemun History & Culture Park utk tgk Garden of Roses.. Kalu kat Malaysia ari tu kami kena bayar.. Yang ni free of charge sahaja..


Kesian cameraman.. Bila fokus kat muka aku, yang kat atas plak gelap.. Bila fokus yang atas, aku plak yang cerah melampau.. But i love this pic.. So much..


Abang.. i nak roses.. 365 roses..

Eh orang Melayu kat Seoul la..



I must admit yang dia lebih tinggi dari aku.. Sob.. Sob.. Sob..


Aku bagi cadangan dekat dorang, why not kita jalan kaki balik hostel.. Memandangkan hostel pun mcm dekat je dengan tempat ni.. Dorang bersetuju.. Tapi aku kesian dekat Syafiq sbb dia pakai kasut yang salah.. So dia jalan dah macam orang tua.. Tapi dia setuju bila aku bagi cadangan tu.. Aku pesan juga, kalu tak mampu bagitau sbb kita lama lagi kat sini.. Aku penah sakit kaki mcm dia masa first time pegi sini.. Menangis jugak la sbb sakit sangat..

Kami ikut Maps je.. Mujur jumpa.. Itupun kami ikut Cheonggyecheon Stream.. Hasil dari berjalan kaki ni, kami tau yang hostel kami memang betul dekat dengan Kwangjang Market.. Nanti boleh jalan kaki je..

Aku cuba nak buat gmbar macam masa kat Padang dlu.. Or kat Jeju.. Tapi tak berjaya dan aku malas nak cuba banyak kali.. sbb sejuk...



Gambar kat atas ni adalah antara pokok perhiasan yang dorang tanam.. Aku nampak macam kobis.. Tapi korang rasa kobis ke memang pokok dia macam tu??

Love,

Kwon eLa
Seoul, South Korea

No comments:

Post a Comment