KK - KUNDASANG 2018 (DAY 3)

Date : 22.11.2018 (Sabtu)

Bye Kundasang, Hi Lobster!!

Lepas check out dan dapatkan semula deposit, kitorang terus ke Pasar Kundasang.. Kami nak cari buah esotik yang kemungkinan xde kat KK. Bodohnya aku pi beli rambutan yang bakal membawa bencana pada aku selama 2 minggu.. Batuk berterusan sampai kena pi klinik.. Biasa aku level2 yang sakit xde lah sampai nak ke klinik or hospital.. 


Lepas pusing-pusing dan beli apa yang patut kami meneruskan perjalanan ke KK. Singgah sekejap di Kinabalu Park sebab nak tgk dalam tu macam mana.. Mana tau suatu hari nanti ada rezeki aku nak panjat Gunung Kinabalu plak.. hehehe.. 

Tiket masuk RM3 seorang.. Bayar di pintu depan.. Then jalan je la ke mana yg korang nak.. Macam kami xde la nak masuk smp ke dalam.. Kitorang stop dekat trek-trek tertentu untuk amek gambar kenangan then blah dari situ..





Lepas Kinabalu Park, kami berhajat nak ke Pekan Nabalu.. Tapi miscommunication dengan Kak Aishah.. Dia xtau kami nak singgah Pekan Nabalu so dia laju je drive.. Nak patah balik mcm payah je.. So kami skip je.. Nest destination is Jambatan Gantung Tamparuli.

Mcm xde apa-apa kat sini kan.. Tapi kami singgah je untuk kenal tempat orang.. Bukan kena bayar pon.. dan juga akhirnya Kak Ayu menemui buah yang dicari-cari kat sini.. Harga murah je.. RM3 sebijik kalau tak silap..





Dari Jambatan Gantung Tamparuli dan tak jauh nak ke Rumah Terbalik.. Tapi kami tak masuk sebab mahal dan tak berbaloi.. Boleh amek gambar di luar sahaja.. Dalam rumah prohibited.. So baik xpayah masuk..


Rumah Terbalik dah tak jauh dengan KK.. Kami mulanya ingat nak parking dekat hotel then pegi makan area pasar filipin tapi xde parking.. So last-last kami parking je dulu dekat pasar besar.. Pegi makan then baru ke area hotel semula.. 

Lunch aku hari ni yang paling menyihatkan dan murah. Tapi habis RM10 juga la.. hehehe..







Masa lepak2 menikmati laut sabah, dtg sorang lelaki ni offer kami RM100 untuk 3 orang ke Pulau Gaya.. Bincang punya bincang terus kami on. sbb nak ke Pulau Manukan xde bajet.. 








Lepas jalan-jalan kat Pulau Gaya, kami terus amek kereta.. Takot kene saman sbb tiket kami letak 2 jam je.. Amek kereta dan jalan lagi ke sekitar hotel.. Masih tiada parking.. Last2 kami parking dekat dlm mall sebelah.. Boleh overnight parking.. Esok dah check out baru amek kereta..

Petang, kami jln kaki ke Pasar Filipin.. Masa ni dah mula meriah.. Orang da start berniaga.. Kami xnak makan seafood dekat sini.. Nak makan dekat area pasar besar..






Lepas order boleh duduk dekat meja yang disediakan.. Total hangus malam ni RM150.. Tapi ni memang dlm bajet aku..

Lobster Masak Butter (RM112 - tapi bahagi dua dengan kak ayu)
Prawn Tiger Masak Sambal (36 untuk 2 ekor.. Tapi ni yang terbaik)
Kerapu Bakar (RM15 seekor)







Lepas makan kami ke pasar filipin untuk beli ikan bilis dan seangkatannya.. Lepas tu ke pasar malam untuk beli brooch..

Done for tonight..


Love

Kwon eLa
Kota Kinabalu, Sabah

No comments:

Post a Comment