Travel Date : 15.5.2018 (Selasa)
Hari ni kena bangun awal sebab nak tengok Morning Alms Ceremony.. Sbb sami2 akan kuar antara jam 5.30 pagi sampai 6.30 pagi.. Masa kami sampai tu sami xramai yang kuar.. Dalam masa yang sama orang yang nak bagi sedekah pon xramai..
Plan asal lepas gi Morning Alms kami nak ke Morning Market, tapi lepas aku study map tu, macam better kami balik bilik dulu then baru kuar ke Morning Market sebab Morning Market tu dekat je dengan Royal Palace.
Lepas bersiap baru keluar.. Nak ke Morning Market ni senang je.. Dan dibuka setiap hari.. Berbeza dengan Night Market, Night Market tu more to jual kain2 dan survenir.. Morning Market tu di lorong bersebelahan dengan Royal Palace.. Kebanyakan jual sayur-sayuran dan ikan.
Aku terbeli bekas untuk simpan nasi dan serbuk cili.. Esok plan nak datang lagi sebab nak beli cendawan bawa balik Malaysia..
Dorang jual ular king cobra, kelawar dengan biawak.. |
Aku ada beli honey comb bakar.. Tak sedap langsung.. Not suggested.. Then aku beli madu jugak.. Tak tau ori ke tak..
Untuk Royal Palace, asalnya kami nak dtg petang.. Tapi sbb awal lagi klu nak daki Mount Phousi, so sementara nak tunggu jam 8 pagi, kami masuklah dulu kat Royal Palace untuk amek gambar masa takde orang ni..
Dekat kul 8 kami mulakan pendakian.. Laluan masuk yang sama macam semalam.. So kat atas tu nanti ada kaunter tiket.. Bayar 20k..
Untuk pendakian hari ni tak rasa penat sangat sbb masih pagi dan kami belum berjalan2 kat tempat lain lagi.. So memang smooth je naik atas tu..
Sampai kat atas, orang tak ramai lagi.. So kami conquer bukit puncak yang ada kat situ.. Boleh amek gambar puas2..
Turun dari Mount Phousi kami plan nak ke Luang Prabang Library. Ingatkan jauh dari tangga Mount Phousi tapi rupa2nya dia berhadapan dengan Royal Palace je..
Masuk kat dalam tu kami spend 20k sorang untk belikan buku kpd kanak2 Laos.. Buku yang kami beli tu nanti kena masukkan dalam sampul yang dia dah sediakan.. So nanti dorng distribute ke kawasan2 pedalaman.
Sebak tengok library ni.. Sebab dorang bukan negara maju so buku tersangatlah sikit.. Library kat kampung aku ada lebih banyak buku dari dorang.. huhuhu..
Kami tak lama pon kat Library tu sbb xnak buat bising.. Kuar dari library aku ajak kak nobi ke Joma Cafe sbb nak rasa coffee kat situ.. kata org Joma Cafe satu2nya cafe luar negara yang ada kat Laos..
Masuk je Joma Cafe, bukan order coffee pon tapi pi order smoothies.. Tapi mmg betul sedap.. Lama kami lepak kat Joma Cafe sambil main wifi dia..
Bila dah tengahari, perut pon berbunyi, kami pon gerak nak mencari kedai makan.. kami ke kedai abang Edi sbb tu yang paling dekat dan murah..
Kali ni kami dapt berborak dengan abang Edi.. Abg Edi ckp Laos ni negara yang ssah nak terima produk luar.. Kebanyakan produk dia adalah produk asli dri rakyat dia.. McD, KFC, fastfoods tu sume mmg xley masuk. Satu2nya produk luar negara yang ada adalah Joma Cafe..
Satu lagi, kata abg Edi rumah2 kat Laos wajib ada elemen kayu.. Tu memang peraturan dia.. Sbb tu rumah2 kat situ banyak yang dibina guna kayu..
Lepas makan kami balik hotel.. Sempat tidu dlu.. Kul 2 lebih baru keluar balik sbb nak ke Royal Palace.. Kat Luang Prabang ni, tempat attraction tak banyak dan dia tak jauh2.. So pusing2 korang akan jumpa tempat yang sama balik..
Lepas jalan2 mula rasa dahaga.. Aku ajak kak nobi ke Joma Cafe balik.. Kali ni nk try Laos Coffee n Apple Pie dia.. Fuh mmg sedap...
Dari Joma nak ke Night Market dah dekat.. So kami shopping siap2 trus.. Memandangkan malam ni adalah malam terakhir kami so bolehlah kami menghabiskan duit2 yang ada..
Sebelum balik bilik, kami dinner dulu kat Chennai.. On the way ke Chennai aku beli Papaya Salad dia (15k) dengan Coconut Pancake.. Dekat Chennai plak aku order Chicken Chilli (35k) dengan nasi (8k)..
Malam tu aku agak stress sbnrnya sbb nak tau bile Laos start puasa.. Mengikut kata abg edi, Laos ikut Thailand.. Mknanya klu Thailand puasa, so dorang pon puasa la.. Jenuh aku dok cari video atau status kat FB yg bagitau bile puasa..
Last2 mujur jugak jumpa.. Confirmed!!! Puasa ari khamis.. So esok boleh makan lagi..
Love,
Kwon eLa
Luang Prabang, Laos
No comments:
Post a Comment