Date : 21.09.2018 (Jumaat)
Hola Hola!!
Setelah puas tidur semalaman, akhirnya aku berjaya mengurangkan panas badan aku.. Kami cukup berharap hari ni tidak hujan seperti semalam. Plus aku harap dapat tengok Gunung Kinabalu (tanpa diselubungi awan) masa dekat Dairy Farm nanti.
Sebelum kami ke Desa Dairy Farm, kami singgah tepi jalan untuk amek pemandangan gunung-ganang.. Indahnya..
Then trus ke Desa Dairy Farm. Tiket masuk RM4.70 per person. Bayar masa otw masuk ke sana.. Masa kami sampai tu masih awal.. So sempat kami bergambar kat luar dulu.. Mujur Gunung Kinabalu tidak ditutupi awan..
First yang kami buat bile masuk Dairy Farm adalah bersarapan.. Sbb tak dan nak sarapan tadi.. Sedapnya air coklat dia.. Gelato tu pon sedap tapi portion besar.. nyesal beli sorang satu.. Patut share je tadi.. Ada pizza tapi aku tak beli.. Lepas kuar dari tempat makan tu baru beli pizza dan sosej.
Chocolate Milk (RM4.20/500ml)
Gelato Vanilla (RM5.20)
Pizza (RM4.40/2pieces)
Sosej (RM2.80/pcs)
Fridge Magnet (RM5)
Keluar dari banguan (tempat makan), tengok Gunung Kinabalu dah mula ditutupi awan.. Mujur kami cepat.. Kami jalan2 dulu di kawasan sekitar.. Kak Ayu nak bagi makan rumput dan susu kat lembu.. Sape yang ada anak patut try benda ni..
Susu (RM1.40)
Rumput (RM0.90)
Dua-dua kos ni Kak Ayu yang bayar.. Aku menumpang je.. hahaha..
Balik dari Desa Dairy Farm, kami plan nak ke Kiram's Village.. Tapi tak jumpa jalan masuknya.. So kami singgah kat Pasar Kundasang utk tengok2 buah yang ada.. Kak Ayu memang nak cari buah tarap. Aku plak nakkan chicken wing je..
Chicken Wing (RM1.50/pcs)
Bontot ayam (RM1/pcs)
Buah potong (RM5/3pcs)
Dari Pasar Kundasang kami terus ke Ranau untuk ke Poring Hotspring. Bayaran masuk RM3 seorang. Ada air panas, tapi kami tak merancang utk mandi pon.. So kami jalan-jalan lagi sampai jumpa Canopy Walk.. Trus decide nak masuk Canopy Walk tapi bayaran lain la..
Bayaran masuk = RM3
Kamera = RM5
Lepas buat bayaran boleh terus masuk.. Takde guide pon.. Pandai-pandai sendiri.. Kami hiking dekat 10 minit (or lebih) baru sampai kat port dia.. Ada 4 point.. Setiap kali nak melintas tak leh lebih dari 6 orang.. So kami terpaksa menunggu..
Selesai Canopy Walk, kami nak ke Gua Kelawar.. Otw ke sana, ada anjing.. Dah setel anjing, Kak Aishah nampak ular la pula.. Sudahnya kami patah balik ke hotspring.. Lagipun dah tengahari.. Kami dah mula lapar dan panas...
Sampai kat Pekan Kundasang, kami singgah beli makanan kat Restoran Hidayah.. Aku beli nasi goreng belacan, telur mata, teh ais dengan total RM8.. Masa tunggu makanan siap masak, hujan selebat-lebatnya.. Sangkut plak kami kat situ.. Bila hujan makin renyai kami terus berlari ke kereta, aku plak ke kedai chicken wing utk beli lagi chicken wing.. Sampai hotel, makan dan rehat sampai hujan reda..
Petang keluar utk ke Kundasang War Memorial. Bayaran RM3 seorang.. Ada 4 taman kat sini.. Australia Park, English Park, Borneo dan apatah satu lagi tu.. Masa ni hujan dah mula renyai-renyai tapi kami gagahkan jua untuk menghabiskan tour kami..
Balik dari War Memorial, baru nampak kedai chicken wing yang glamour tu.. Terbeli lagi.. Sudahnya makan tak abis.. hahaha..
Sampai hotel, singgah receptionist dlu sbb pagi tadi kami mandi dengan air sejuk.. So tak sanggup lagi nak mandi dengan air sejuk.. Lepas diterangkan rupa-rupanya kami salah buka pili air.. Sbb tu sejuk..
Love
Kwon eLa
Kundasang, Sabah
No comments:
Post a Comment