Date : 20.09.2018 (Khamis)
Welcome to Sabah, eLa!!
Memandangkan flight kami awal pagi so aku decide utk menumpang kasih tidur di rumah mak mentua kak ayu.. Kalu nak drive dari Sabak Bernam ke KLIA2 rasanya memang tak tido malam la aku.
Kami gerak dari Sungai Buloh dalam jam 3 pagi. Sampai Putrajaya Sentral dalam jam 4 pagi.. Parking masih banyak kosong.. Dan yang paling kagum, kami scan kad kredit je.. Xde tiket parking keluar.. So nanti keluar dari Putrajaya Sentral tinggal scan semula kad kredit, fee trus dikreditkan ke kad kredit.. Hassle free sgt.. KLIA Transit start dlm jam 5 pagi.. So sementara tunggu kaunter buka kami lepak dulu.. Mata masih mengantuk.. huhuhu..
Kul 5 lebih kami bertolak dari Putrajaya Sentral. Bayaran dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 RM9.40. Perjalanan tak lama pun, sebelum jam 6 kami dah sampai sana. Urusan pertama yang kami buat adalah keluarkan boarding pass (kami beli di Traveloka so xley nak print boarding pass awal2). Kemudian baggage drop kat kaunter. Gate kami yang paling hujung.. Jenuh berjalan.
Flight tak delay. 7.30 pagi dah gerak ke awan biru.. Selamat menikmati penerbangan pertama Kak Ayu!! Kami tak beli makanan so dalam flight tidur je.. Ganti balik masa tidur yang tak cukup tu.. Cukup 2 jam lebih kami sampai ke Kota Kinabalu..
Specialnya Sabah ni adalah, kita akan ada visa.. Tapi tak rumit pon. Dia bagi resit visa dan simpan elok2 jangan hilangkan.. Nanti jadi orang Sabah plak tak boleh balik semenanjung. Sambil menunggu baggage keluar dari perut kapal terbang, aku call kereta sewa nak bagitau yang kami dah sampai.. Terkedu aku bila dia ckp xde booking atas nama aku.. Then aku bagi booking number, baru jumpa..
Kami tunggu di Pintu 4. Bila kereta sampai, excited sebab kereta baru (Perodua Bezza). Tak silap aku book utk Myvi.. Tapi dapat Bezza pon ok dah.. Setel payment kami trus cari restoran untuk melantak.
Kami pilih The Warung sbb dia ada dlm suggestion google map. Aku amek Nasi Ayam Penyet.. Portion dia besar.. Dah la tengah diet.. Last2 tak abis pon makan.
Nasi Ayam Penyet. RM12 |
Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Kundasang.. Kak Aishah yang drive.. Kami isi minyak penuh then trus gerak ke sana. Sepanjang perjalanan hujan lebat.. So xley drive laju2. Kami sampai Kundasang dalam tengahari. Masuk bilik dulu untuk solat dan rehat.. Seriusly ngantuk giler.. Masa ni aku dah start tak sedap badan.. Macam nak demam (or mungkin memang dah demam pon)..
Kami rehat dulu sebab kalu keluar pon xboleh sbab hujan.. Di bawah adalah hotel kami.. Kami book di Mile 36 Lodge. Tepi jalan Kundasang-KK.. Pemandangan Gunung Kinabalu. Semalaman RM114.55..
Lepas hujan reda, kami pon decide lah nak keluar. First destination nak ke ladang strawberi. Tapi bila sampai sana, strawberry dah abis.. So amek gambar kat luar je..
Dari ladang strawberry tu, kami ke Puteri Nabalu.. Excited giler nampak Gunung Kinabalu depan mata.. Yuhuuuu ela is here.. Kami masuk restoran dia untuk beli kek dan coklat (tapi cair sebelum sampai ke tuannya.. huhuhu).. Xsampai setengah jam kat sini, hujan pon mulai turun.. Lagipun dah nak maghrib.. So kami balik ke hotel untuk berehat..
Sampai je hotel, aku terus pengsan sampai ke esoknya.. Badan panas dan tekak rasa sakit.. What the heck.. Baru 1st day dah demam..
Love
Kwon eLa
Kundasang, Sabah
No comments:
Post a Comment