Melbourne, Australia 2017 (Day 1)

Travel Date : 28 April 2017

It's Time To Go SOLO!!

Ni first time sebenarnya untuk aku travel secara solo.. Totally solo!! Sebulan sebelum pergi tu memang berdebar sangat memikirkan apa yang akan berlaku dekat sana nanti.. dengan cite yang aku dengar pasal imigresen dia.. anjingnya.. 

Alhamdulillah proses kat KLIA2 berjalan lancar.. Lepas drop baggage aku trus masuk imigresen.. Then stop by dekat satu kiosk ni untuk sarapan.. Last minum teh ais.. See you in 13 days oh my iced tea..

Dlm flight aku amek seat yg dua je.. n sebelah aku italian.. lelaki (oh my gosh..!! dlm hati gelak setan).. Paling menyesalnya adalah seat aku berdekatan dengan keluarga yang bawa budak2.. bisingnyer la.. Dgn ada yang xreti dok kat seat dia.. Dtg utk borak ng kawan dia yang dok kat depan seat aku.. kalau kejap xpe, tapi ni berjam2 ko kat situ.. Selagi xkuar signal suh pakai seatbelt memang xberganjak la dia.. Aku ngan lelaki sebelah aku ni dok pandang krik krik je kat dorang.. pastu kami geleng kepala.. Aku sambung tido, lelaki italian tu membaca.. Sampai masa makan aku bangun..

Ready to go.. I'll see you again in 9 hours..
Bukti travel solo.. Snap gambar secara swafoto..


Pemandangan indah dari atas di bumi Australia.. Ni dah dekat nak sampai dah.. Ada satu pemandangan tu ada gurun.. and cantek sangat.. berwarna warni.. tapi xtau pegi mana gambar tu.. padahal aku ada snap..


Welcome to Melbourne!!


Lepas touch down (around 8.30 p.m waktu Australia), kami semua terus beratur ke imigresen.. Masa ni pening sangat.. Ada petugas ni tanya aku dari mana.. Aku jawab la Malaysia.. Pastu dia suh aku guna kiosk je untuk scan passport.. Padahal kiosk tu terang2 ckp untuk Australia, New Zealand and US xsilap.. Aku ni pon bendul.. Sebab bukan tempat sendiri.. Sorang2 plak tu.. Bila pegi kat kiosk tu, of kos la xboleh nak baca passport Malaysia.. Xpasai2 kena bratur.. Kalau aku bratur tadi kan dah dapat line depan2.. Tapi bukan aku sorng je ye.. Ramai yang kena.. Takot korang ingt aku bodoh plak.. hehehe..

Masa kat kaunter imigresen, dia xtanya banyak pon.. How long do you intend to stay in Victoria? It's Victoria ye kawan2.. Melbourne is just a city in Victoria.. Pastu aku xigt dah soalan dia yang lain.. Dia xcop ye passport korang.. Sebab korang dah ada visa so no need cop lagi.. Tapi Alhamdulillah la memang smooth je urusan aku.. 

Settle urusan imigren, urusan yang paling aku takot plak menyusul.. KASTAM!! Masa ni la nk declare segala jenis makanan Brahim's yang aku bawa.. Dan masa ni jugak la anjing2nya berkeliaran.. Beratur memang panjang gle.. Tapi mujur dapat wifi percuma..

Sampai kat kaunter kastam dia tanya aku bawa apa.. Aku ckp la processed food like chicken, lamb.. Then dia anto aku ke kaunter utk check.. Mujur la aku dah asingkan ke beg galas.. So xpayah la aku nak kene buka plastik yang aku dah wrap kat baggage aku tu.. Lepas dia check makanan aku tu trus dia bagi OK.. Means aku dibenarkan bawa makanan tu ke Australia.. Yeahhhh!! Lepas satu bala.. 

Keluar dari kastam tu trus aku cari kaunter untuk beli tiket Skybus.. Skybus ni adalah bas perantaraan antara bandar dan airport.. Stationnya di Southern Cross.. Harganya da naik kepada AUD36/return.. Pastu keluar untuk beratur nak naik bas.. beraturnya memang panjang, tapi jgn risau sebab bas dia sgt kerap.. xlama pon menunggu.. Masa beratur tu, berborak la dengan orang Malaysia (kak Sa'diah).. Dia tanya aku berapa orang dtg sini bersama2 aku.. Aku ckp la aku sorang je.. Lagi 3 hari bru kawan sampai.. Punya la dia xpercaya.. pastu dia tny aku dah kawen ke.. Aku ckp la belum.. Tapi xtau kenapa aku sedih plak bile jawab macam tu.. Lepas dgr yang aku xkawen lagi tu, baru la dia yakin yang aku travel solo.. Adoila kak.. Kalu dah kawen pon sy msih boleh travel solo.. Tinggalkan laki kat umah jaga anak.. hehehe..


Sampai je kat Southern Cross St. jangan lupa amek pamphlete yang ada ni.. Ada juga yg berbahasa melayu.. Turun je dr bas terus ke kaunter sebelah untuk daftarkan transfer bus.. Cuma bagitahu nama hotel dan lokasinya sahaja.. Pastu tunggu sampai dia panggil nama hotel korang..


Kaunter nk bus transfer tu kat bangunan warna biru tu..
Xsampai 30 minit, nama hotel aku dipanggil.. Bagus dorang ni.. Masa aku naik skybus pon dia tolong angkatkan beg.. Even masa nak guna bus transfer ni pon sama.. Masa on the way nak ke hotel, aku dok tengok la bangunan2 yang ada.. debor pon ada.. xtau nak jadi ape esok ni.. huhuhu..

Sampai hotel (aku stay dekat Urban Central Accommodation), terus check in.. Sebut 'NORMAN' je.. Mujur nama abah agak english jugak.. hahaha.. Then bayar deposit AUD10.. Nnt nk check out boleh amek balik duit tu.. Ok ni nak cite benda paling SIAL yang berlaku.. Disebabkan nama aku, or even nama sapa2 pon yang Malaysian ni susah nk kenal jantinanya (bagi dorang la), dorang letak aku satu dorm dengan lelaki!!! 

Terkejut beruk aku bila masuk dorm, tiba2 lelaki berkemban keluar dari bilik air.. Lelaki tu pon of cos la terkejut jgak sebab aku masuk.. Tapi dia xpelik sbb dia tahu tu bilik mixed dorm.. Lelaki tu ada jugak tanya "Do you ok with sleeping in a man's room?" Nak je aku jawab macm ni --> Its not a man's room, it's mixed!! Masa tu aku dah gabra dah.. Tapi disebabkan aku pon dah sgt letih dengan perjalanan, aku ok kan jugak.. Mujur dia sgt open.. Dia ok utk aku solat bagai.. Lagipon, lepas dia mandi dia terus tido.. Aku pon sama.. lepas mandi (pakai baju siap2 dlm bilik air siap dengan tudung bagai), solat, then terus tido.. Masa aku hampir nak terlelap, dtg sorang lagi.. Baru balik bilik.. Muka Asian.. Dia hi je kat aku.. Adoi la.. Disebabkan letih, lena jugak la aku tido walaupon ada sekali sekala terjaga jugak..

Pengalaman pertama tidur dlm bilik mixed room.. Pengajarannya, lepas ni jangan book lagi bilik mixed.. amek je girls' dorm trus..

Good nite, love.. 

Love,

Kwon eLa
Melbourne, Australia

No comments:

Post a Comment