DAY 3 : PROGRAM KEMBARA KASIH DI BUMI ACHEH 2016
Tarikh Lawatan : 14 November 2016 (Day 3)
1. Museum Tsunami Aceh
6. Masjid Rahmatullah
7. Dayah Nurul Huda
1. Museum Tsunami Aceh
Tempat pertama yang kami singgah untuk hari ni adalah Museum Tsunami Acheh. Tempat ni dibina untuk memperingati mangsa-mangsa tsunami. Nak masuk ke dalam ni free sahaja dibuka bermula jam 9 pagi.
Disebabkan kami sampai awal, makanya kami amek masa untuk bergambar dulu puas2..
Nama-nama yang terlibat dengan Tsunami.. |
Barang yang diambil selepas tsunami melanda.. |
Barang yang diambil selepas tsunami melanda.. |
Barang yang diambil selepas tsunami melanda.. |
2. Kubah Terapung
Kisah kubah terapung ni, masa tsunami kubah ni dihanyutkan dari kampung lain sampai la ke tempat terakhir dia ni.. Dalam kubah tu ada beberapa orang yang cuba selamatkan diri dengan menaiki kubah ni dan dihanyutkan bersama. Ada orang luar yang beli tanah di belakang kubah ni untuk diwakafkan. Kubah ni sendiri sebenarnya jatuh di atas bendang sawah orang kampung ni, kemudian kawasan tu diwakafkan untuk orang luar datang melawat.
3. Rumah Tjut Nja'Dhien
Aku tak ingat siapa Tjut Nja'Dhien ni.. Tapi somebody la jugak dalam kampung ni.. Rumahnya dijadikan muzium.. Masuk percuma..
4. Masjid Baiturrahim, Ulee Lheue (Zero point)
Masjid ni terletak betul-betul tepi pantai. Jadi masa tsunami masjid ni turut terkesan. Dengar ceritanya, Sultan Brunei nak taja pembaikan masjid ni lepas tsunami tapi ajk masjid tak bagi.. Sebb nak open pada sesiapa yang nak derma supaya sama2 dapat pahala.. Tidaklah hanya sorang individu je yang dapat. Dorang jugak ada buka kedai untuk sape2 yang nak menderma or membeli belah.. Aku beli fridge magnet dekat sini sbb sini je yang ada fridge magnet.. TEmpat lain yang aku pegi xjumpa pon fridge magnet..
5. Pantai Lampuuk
Kami makan tengahari di Pantai Lampuuk. Makan ikan bakar dan makan tengahari kami disponsor oleh Puan Faridah.. Murah rezeki puan Faridah.. hehehe.. Lepas makan kitorang buat shooting nak bergambar lompat.. Tapi berapa kali lompat still tak sincronize juga.. Air dia jernih gilerrrr... Terpukau aku tengok..
6. Masjid Rahmatullah
Masjid ni antara masjid yang paling glamor selepas tsunami melanda.. Sebabnya kawasan sekitar dia abis jadi padang jarak padang terkukur tapi dia masih berdiri teguh.. Kuasa Allah.. Masa dekat sini, kami berkesempatan untuk mendengar cerita dari Imam Masjid ni saat berlakunya tsunami.. Dia hilang 2 anak.. Sampai sekarang xjumpa..
Menurut Imam ni, pada hari berlakunya tsunami, ada kenduri dekat kampung tu.. Jadi masing2 busy dengan hal masing2.. Sebelum tu, memang berlaku gempa bumi dan diikuti bunyi kuat macam bom. Tapi orang kat sana xpelik sebb Acheh memang bergolak masa tu.. Jadi lepas subuh, orang2 kampung buat urusan masing2 sampai la ada orang menjerit ombak besar sebab nampak ombak besar dari arah laut.. Masa tu dorang xterpikirkan tsunami.. Jadinya ombak besar ni melanda kampung imam ni, imam ni berpaut pada kayu dan terpisahlah dengan anak2nya.. Imam ni tersadai dekat bukit dengan pakaian dia dah koyak rabak.. dia guna guni untuk tutup bahagian badan dia..
Kisah kat atas ni ingat2 lupa.. Kalau salah tolong betulkan ye..
Imam tu yang pakai baju pink di sebelah kanan. |
Penuh dengan batu karang.. Aku siap minta satu dari Imam nak bawa balik batu karang.. |
Antara tiang yang hampir runtuh.. |
Ya Allah ya Tuhanku, kau rahmatilah Masjid ini seperti mana namanya..
7. Dayah Nurul Huda
Rumah anak yatim terakhir yang kami pergi adalah DAyah Nurul Huda.. Rumah ni agak uzur sebenarnya.. Banyak lagi bantuan yang diperlukan.. Masa kami sampai, anak2 ni tengah mengemas dorm masing2.. Yang perempuan pula tengah sediakan makan malam..
8. Lepak di Banda Acheh
Malam terakhir kami lepak di bandar Acheh.. Yang mana ada duit lagi nak kena perabihkan duit beli ape yang patut.. Sekali lagi Tn Hj Zul belanja kami.. Terima kasih Tn Hj..
Love
Kwon Ela
Bandar Aceh, Indonesia
No comments:
Post a Comment