Travel Date : 29 April 2017
LET'S GO!!!
Rentetan dari peristiwa tidur bilik mixed dorm tu, pagi tu lepas subuh aku dah nekad untuk tukar bilik.. Semalam masa tidur, aku terjaga sebab salah sorang dari empat orang kami balik.. Dia tidur sekejap je lepas tu sebelum aku bangun untuk solat Subuh, orang tu dah keluar.. So masih tinggal kami bertiga dalam bilik tu.. Lelaki yang aku jumpa semalam tu pun bangun awal.. Lepas dia mandi, then trus dia keluar.. Same goes to lelaki Asian tu.. So tinggallah aku sorang2 dalam bilik buat preparation untuk keluar dari bilik tu..
Jam 8 pagi, aku terus ke kaunter dulu.. Tanya dorang boleh tak aku nak request bilik pompuan.. Dorang sangat membantu.. Thank you so much dear..!! Tapi katanya aku boleh masuk bilik dorm pompuan hanya selepas jam 2 petang.. So beg aku simpan dalam locker room dulu..
Jadi bermulalah perjalanan aku di bumi Melbourne.. Aku decide untuk berjalan kaki ke Queen Victoria Market.. Kalau naik bas or tram aku xdapat nak tengok betul2 bangunan2 di Melbourne tu..
Perjalanan dari hotel ke Queen Victoria Market dalam 3 km je.. Dalam setengah jam aku dah sampai sana.. Dalam perjalanan ada lah beberapa gambar yang aku snap..
Yarra River.. |
Southern Cross Station.. |
1. Flagstaff Garden
On the way ke QVM, akan lalu Flagstaff Garden.. Tempat ni adalah salah satu park yang ada di Melbourne.. Tapi tidaklah seglamer Royal Botanic Gardens.. Tapi seawal pagi tu dah ramai yang buat activity.. Mcm jogging, bawa anjing berjalan2, sport training..
Dah pusing2 kat Flagstaff Garden ni, tiba2 aku rasa lost.. Dah tak tau mana arah ke QVM.. Mujur ada sorang makcik ni yang mmg tengah berjalan2 dekat garden tolong aku.. Berbekalkan arah yang dia bagi, trus jumpa QVM..
2. Queen Victoria Market
Dekat sini terkenal dengan survenir2 yang murah2.. Korang jugak boleh beli sayur2an dan buah2an segar.. Roti pon ada.. So dah alang2 dekat sini, aku cari terus survenir yang aku nak beli.. Xpayah serabut pikir dah lepas tu..
Perbelanjaan:
1. Buah strawberry dan mulbery - AUD9
2. Kain alas meja - AUD10
3. Set Apron - AUD7.50
4. Keychain - AUD10 (ada 7)
5. Tote bag - AUD10 (for 3)
Lepas shopping dan breakfast di QVM, aku plan nak naik free tram tapi masalah timbul..!! Aku tunggu dekat sejam tapi free tram nyer xmuncul2.. Rupa2nya aku dah salah tempat menunggu.. Then, aku decide untuk berjalan kaki je nak ke Victoria State Library.. Masalah muncul lagi.. Aku tak tahu arah mana aku nak pegi.. Mujurlah ada sorang uncle ni tolong. Mungkin dia tengok aku mcm dlm masalah dok tengok peta pastu tgk bangunan.. Banyak kali aku buat mcm tu..
Bila aku ckp aku nk ke Victoria State Library, trus dia bagi direction yang betul.. Jadi, berjln lah aku ke sana..
Tempat menunggu yang xmuncul2 Free Tram.. Rupa2nya salah tempat.. |
Bangunan merah tu adalah Public Bath House.. |
Sampai dekat Melbourne Institute of Technology, aku decide untuk naik tram je.. Sbb dah tak larat nak berjalan kaki..
3. Victoria State Library
Sebenarnya, aku tak berhajat pun nak datang sini sbb dah janji dengan kak norbi and kak asma' untuk dtg sekali.. So aku mmg xmasuk pon ke library ni.. Just dtg utk reset semula perjalanan aku.. hehehe.. Sebab dari library ni dah boleh nmpk free tram punya station.. So trus naik je dari sini untuk ke Parliament House.. Masa ni, aku redha je kalu salah station.. Sebab tak tau nak ke arah mana.. Tapi mujurlah betul arah aku tu..
4. St. Patrick Cathedral
Masa dalam tram ni sempat jugak aku tgk tempat2 yang boleh aku pegi.. Sebelum sampai ke Parliament House, korang boleh stop dekat satu tempat ni (Stop 10), Pastor Sir Douglas and Lady Gladys Nicholls Memorial Park.. Menarik tapi memang xde pape sgt la melainkan pancuran air tu.. Yang pasti di belakang garden ni adalah St. Patrick Cathedral.. Salah satu gereja yang famous dekat Melbourne..
Free tram yang menyebabkan aku menunggu lama.. |
This is it!! St. Patrick Cathedral.. |
Aku kagum dengan binaan dia.. Macam dalam Harry Potter plak.. So dari sini, memang da dekat sangat ke Parliament House.. Jadi aku berjalan kaki ke sana..
5. Parliament House
Berdekatan dengan Parliament House adalah Old Treasury Building.. Tapi aku xtau.. Xpasai-pasai esok kena dtg balik..
6. Flinders Street
Dari Parliament House, aku naik semula free tram then mnuju ke Flinders Street.. Flinder Street ni terkenal dengan lukisan grafiti dekat lorong2 dia menjadikan tempat tu tumpuan pelancong..
Masa sampat dekat Flinders Street tiba2 hujan renyai2.. Mujur xlebat.. So aku gagahkan diri untuk ke sana jugak.. Bila dah hujan, faham2 la, suhu jadi sejuk sgt..
Dari Flinders St. aku naik tram ke Collin St. sbb nak jalan2 dkt Yarra River.. Dari Collin St. aku berjalan kaki ke hotel semula sbb nak check in dan solat zohor..
Sampai hotel trus check in.. Mujur orang lain xmasuk bilik tu lagi.. So aku ada chance untuk pilih katil yang aku nak.. Dpt je masuk bilik dorm pompuan tu rasa lega sgt.. Masa kat kaunter aku trus beli padlock (AUD3).. Senang nak kunci locker.. Maaf xde gambar bilik.. hehehe..
Lepas mandi and solat trus aku tidur.. Malas nk kuar bilik dah.. Ptg tu, ada sorang masuk.. Dia Japanese.. Dia dtg sini sbb nak study English.. Dia minta tolong aku utk hantarkan mesej pada tuan rumah yang dia nak sewa yang dia xjadi duduk rumah tu.. Penat kami mengarang ayat takot tuan rumah tu marah..
Malam tu, aku kuar sbb nak guna internet.. Dapat free wifi (1gb).. Boleh la mesej family di kejauhan.. Amek kesempatan mesej kak norbi skali.. Sbb malam esok dorang dah bertolak ke Melbourne.. Lusa smpai sini..
Malam tu jugak, aku berjalan kaki ke Flinders Street untuk cari makanan sambil video call papa.. Aku beli dekat Tasty Indian je.. Beli lamb kebab.. harga sebiji lamb kebab tu adalah AUD10 tapi portion mmg besar.. boleh makan 2 orang..
Sekian perjalanan solo aku untuk hari pertama.. Betul kata orang-orang tua, malu bertanya sesat jalan.. I've learned my lesson today.. Thank you for the day..
LOve,
Kwon eLa
Melbourne, Australia
No comments:
Post a Comment