Showing posts with label melbourne. Show all posts
Showing posts with label melbourne. Show all posts

Melbourne, Australia 2017 (Day 5)

Travel Date : 2nd May 2017

GREAT OCEAN ROAD..

Kami kene bangun awal sbb nk kene awal smp ke Car Rental.. Sblm tu nk ke Queen Victoria Market dulu.. Masa kami keluar dr hotel, then ada sebuah public bus ni berhenti dekat depan hotel.. kami pon tnylah sama ada bas ni lalu QVM then jawapannya positif..

So senang keje xpayah jalan jauh2.. Kami naik bas je.. Sampai dkt QVM masih xbyk kedai yang buka.. Kami beli buah2 as usual.. Then K.Norbi beli jugak beberapa survenir utk orang2 tertentu.. Sblm gerak kami beli coffee dlu then trus jalan kaki ke Southern Cross Station..

Melbourne, Australia 2017 (Day 4)

Travel Date : 1st May 2017

FINALLY, THEY ARE HERE!!

Jam 8 lebih, aku keluar dari hotel.. Nak guna wifi sebab nak tau dorang dah touch down ke belum.. Dah alang2 berdekatan dengan South Warft, so aku decide utk jalan2 ke arah sana..

1. South Warft, Yarra River

South Warft ni berada di belakang Melbourne Exhibition Center.

Jambatan belakang tu la tempat yang aku slalu lepak malam2 utk guna Wifi..

Melbourne, Australia 2017 (Day 3)

Travel Date : 30 April 2017

END OF SOLO TRAVEL.. 

Hari ni plan nak ke St. Kilda Beach dulu. So aku berjalan dalam 5 minit untuk ke station tram yang ke arah St. Kilda Beach.. Aku turun dekat station yang berdekatan dengan Luna Park.

1. Luna Park

Luna Park ni adalah tempat seakan-akan Genting Highlands tapi tidaklah sebesar tu. Aku x plan pun untuk main kat dalam tu.. So bergambar la depan tu je..

Melbourne, Australia 2017 (Day 2)

Travel Date : 29 April 2017

LET'S GO!!!

Rentetan dari peristiwa tidur bilik mixed dorm tu, pagi tu lepas subuh aku dah nekad untuk tukar bilik.. Semalam masa tidur, aku terjaga sebab salah sorang dari empat orang kami balik.. Dia tidur sekejap je lepas tu sebelum aku bangun untuk solat Subuh, orang tu dah keluar.. So masih tinggal kami bertiga dalam bilik tu.. Lelaki yang aku jumpa semalam tu pun bangun awal.. Lepas dia mandi, then trus dia keluar.. Same goes to lelaki Asian tu.. So tinggallah aku sorang2 dalam bilik buat preparation untuk keluar dari bilik tu..

Jam 8 pagi, aku terus ke kaunter dulu.. Tanya dorang boleh tak aku nak request bilik pompuan.. Dorang sangat membantu.. Thank you so much dear..!! Tapi katanya aku boleh masuk bilik dorm pompuan hanya selepas jam 2 petang.. So beg aku simpan dalam locker room dulu..

Jadi bermulalah perjalanan aku di bumi Melbourne.. Aku decide untuk berjalan kaki ke Queen Victoria Market.. Kalau naik bas or tram aku xdapat nak tengok betul2 bangunan2 di Melbourne tu.. 

Melbourne, Australia 2017 (Day 1)

Travel Date : 28 April 2017

It's Time To Go SOLO!!

Ni first time sebenarnya untuk aku travel secara solo.. Totally solo!! Sebulan sebelum pergi tu memang berdebar sangat memikirkan apa yang akan berlaku dekat sana nanti.. dengan cite yang aku dengar pasal imigresen dia.. anjingnya.. 

Alhamdulillah proses kat KLIA2 berjalan lancar.. Lepas drop baggage aku trus masuk imigresen.. Then stop by dekat satu kiosk ni untuk sarapan.. Last minum teh ais.. See you in 13 days oh my iced tea..

Dlm flight aku amek seat yg dua je.. n sebelah aku italian.. lelaki (oh my gosh..!! dlm hati gelak setan).. Paling menyesalnya adalah seat aku berdekatan dengan keluarga yang bawa budak2.. bisingnyer la.. Dgn ada yang xreti dok kat seat dia.. Dtg utk borak ng kawan dia yang dok kat depan seat aku.. kalau kejap xpe, tapi ni berjam2 ko kat situ.. Selagi xkuar signal suh pakai seatbelt memang xberganjak la dia.. Aku ngan lelaki sebelah aku ni dok pandang krik krik je kat dorang.. pastu kami geleng kepala.. Aku sambung tido, lelaki italian tu membaca.. Sampai masa makan aku bangun..

Ready to go.. I'll see you again in 9 hours..