Padang ~ Bukittinggi - Day 2

9 Julai 2014


Love the Nature..

Agak lama utk aku menghabiskan travelogue aku pasal Bukittinggi ni.. Sbb nyer kelas dah bermula, jadi terlalu banyak persediaan yang nak kena wat.. Xsempat nak buka blog.. Tapi ape2 pon, ari ni aku free so here we go the second day of our trip..

03.06.2014 : Kami bangun awal sbb Pak Ali kate nak gerak kul 7.30 tapi dtg lmbt jugak.. Hampeh betul..


Hotel Pusako  ------> Ummi Aufa (Kedai Kerepek)

Pak Ali bawa kami ke sini dlu utk sape2 yg nak beli kerepek atau jajan.. Murah je.. tapi bajet aku dah makin sikit sbb beli baju pastu nak kena jaga duit takot habis dulu sbb tiba ari ke 4 plak.. Ada juga keropok kulit lembu yang ma nak tu.. 


Ummi Aufa -----> Annisa

Usai membeli kerepek kami gerak ke kedai kain lagi.. Aku sbnrnya dah penat dah sbb blom jauh gerak dah stop utk masuk kedai kain plak.. Tapi nak wat cm ne kan.. Dah mmg Bukittinggi glamour ngn kain.. 


Kereta Model 'Ayla' atau disebet 'eLa'.. hehehe




Annisa  ------> Kelok 44

Sebelum nak ke Kelok 44 mmg ada kelok kecik2 yg lain.. tapi menurut Pak Ali, tu extra kelok je.. Di bawah ni adalah suasana perkampungan sebelum nak ke Kelok 44.. Nyaman dan tenang je..








Sebelum nak sampai ke Kelok 44, kami singgah dulu di Panorama Sungai Landia. Cantek dan kat sini pon ada jual brg2 souvenirs. Murah2 sngat..



Sebab sejuk kan so banyak la dijual baju sejuk.. 





Lepas tu baru la ke Kelok 44.. Kami singgah di Keluk 37 untuk menghayati pemandangan Tasik Maninjau.. Check it out..



Ni la Pak Ali, orang yang menguruskan kami semasa di Padang..
Berkabus jadi xnampak sangat tasiknya..




Muka frust xdapat harga yang diingini utk souvenir..
Aku berkenan gler ngn rumah ni.. Dari jauh nmpk cantek sgt..
Setelah penat menjerit ketakutan dgn lekok yang berbahaya, akhirnya kami sudah hampir dgn tasik.. Perjalanan kami seterusnya adalah ke Rumah Hamka..


Jalan kecik pastu ada kedai tepi jalan.. I Love It so muchhhh...
Tasik Maninjau..


Rakyat tempatan dekat sini memelihara ikan utk berniaga..





Kata Pak Ali, tasik ni dulu jernih tapi tadi keruh bila rakyat tempatan memelihara ikan secara besar2an sbb dorang guna dedak ikan utk bgi ikan tu makan. Tapi bagi aku masih jugak bersih.. xde la keruh sgt.. hehehe..

Keluk 44  -----> Tasik Maninjau  ------> Rumah Hamka

Hamka merupakan salah satu tokoh agama yang aku kagumi.. Seingat cerita yang aku dengar dari Pak Ali, Hamka masa kecik merupakan seorang yang nakal selepas penceraian kedua ibu bapa dia.. Dia nak tunjukkan protes dia.. Dan bagi aku Hamka seorang yang bertuah, dengan perangai dia yang nakal dan xdisukai penduduk tempatan, dia dapt jugak hidayah utk berubah..

Satu je ayat yg aku suka masa dengar taklimat kt Rumah Hamka, kalau Hamka xjadi seperti mana masa dia remaja, xdelah Hamka yang ari ni kita dengar iaitu seorang yang sangat berani utk berkata tentang kebenaran.



Buya Hamka..
Pokok petai depan rumah Hamka.. X tinggi sangat pon..
Yg berbaju merah tu adalah pemandu kami..


Ni adalah surau yang Hamka menumpang tidur..
Selamat tinggal Tasik Maninjau.. Seterusnya kami nak kembali semula ke Keluk 44 untuk makan tengahari di 'atas' sana...


Makanan di restoran yang kami makan kali ni sedap sangat.. Tak sempat nak snap gambar sebab leka dok makan.. Pas makan gi solat.. Masa nak amek wudhu', air dia masyaAllah sejuknya...

Pandai Sikek

Kat sini mmg main business dia adalah tenunan. so boleh tengok orang menenun kain kat situ jugak.. aku mencari baju utk Papa.. Payah benor..



Telekung beserta beg dia terus..
antara baju yang dibuat kat sini...
aku bukan nak tunjukkan gambar lelaki ni tapi apa yang aku nak tunjukkan adalah kebanyakkan rumah kat Bukittinggi akan ada kolam ikan ni.. Sebelah rumah plak tu..



Baju batek yang aku belikan utk papa di sini harganya adalah 80K Rupiah.. Ok la..

Pandai Sikek  ------>  Bika Talago

Mulanya xtau apa yang glamor sgt.. Lepas rasa baru tau.. Tapi xboleh makan byk sbb muak.. Harga sebijik 3000 Rupiah..




Bika Talago  -------> Restaurant Wong Semarang

Kat sini boleh makan a'la carte. Tapi sorang boleh dapat 2 menu je.. Aku makan Nasi Ayam Penyet ngan Kerang Sos Padang..

Restaurant Wong Semarang  -----> Hotel Pusako

Kemas2 barang sbb esok dah nak check out utk bermalan di Padang plak.. K.Norb hilang power bank.. Dan dia xpasti sama ada hilang sungguh atau dia lupa bawa..

~bye bye~

Love

Kwon eLa
Bukittinggi, Padang
INDONESIA

No comments:

Post a Comment