Padang ~ Bukittinggi - Day 1

19 Jun 2014

Here I Come, Bukittinggi !!

Seperti teaser aku yang sebelum ni, i'm going to Padang!! Sebenarnya ni first time untuk aku menjejak kaki di bumi Indonesia.. Sebelum ni aku pernah dengar citer je pasal Indon ni tapi xpernah betul2 jejak kaki kat sana.. So here we go..

02.06.2014 : Untuk kali ni aku x balik rumah di Serdang memandangkan aku follow rombongan Koperasi so bas disediakan untuk ke KLIA2. Kami bertolak dari PSIS jam 12.45 pagi, jam 3.45 pagi dah sampai KLIA. Driver tersilap sebenarnya, kami sepatutnya di KLIA2 tapi dia bawa ke KLIA.. Nasib baik la jarak tu dekat je.. Xde la pusing banyak sangat.

Dari kul 4 nak tunggu kul 5 pagi (sbb kami sepatutnya berkmpul jam 5 pagi), aku ngn k.norb berjln2 sekitar level 2.. Memang byk kedai tutup lagi, tapi pastu nmpk KFC.. Apa lagi, makan la dulu.. hehehe.. Adib ngn Nuha (anak en Norman) ikut kami jugak, so ajak la makan sekali..

Dekat kul 5 kami kembali semula.. Masa ni dah nak bertolak ke Departure Hall sbb En Jai n Family dah tunggu kat sana.. Masa nak drop baggage, alahai.., ramai gler manusia.. Walaupon ape yang terjadi pada MH370, orang masih lagi menggunakan pengangkutan udara sbg medium.

Lepas drop baggage, aku ngn k.norb solat dulu pastu baru masuk.. Yang lain2 dah masuk dulu.. sementara nak tunggu boarding kami jalan2 dulu kat sekitar tu.. sebelum nak gi gate,masuk la toilet dlu, kua je toilet terus pengumuman yang pesawat dah bersedia untuk berlepas.. Ape lagi, berlari la kami sbb takut pintu dah tutup.. Rupa2 nyer ramai ag yang xsampai.. En Norman n family pon masih ketinggalan kat belakang lagi..  Pengajarannya, bersedia la lebih awal sbb  Pintu P15 sangat la jauh.

Kul 7.30 lebih dah dapat masuk dalam perut kapal terbang, aku dapat seat 22F.. Tepi tingkap je.. Senang nak amek gmbr dr udara..

Gunung Marapi dari kejauhan..  Masih aktif lagi ok..
Tasik Maninjau..
Padang.. 
Tepi pantai Padang..
Aku suka sangat pulau ni..  

Masih lagi Padang.. Sedia untuk mendarat..

Welcome Ela to Padang..

Kul 8 lebih (waktu Indonesia la) sampai Indonesia.. Untuk pengetahuan, waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia. Kami turun ikut pintu belakang pesawat.. nak cepat rasanya.. sebab lau buka satu pintu je nanti lambat plak yang belakang nak turun. Sampai pintu masuk, pegawai kastam nyer dah menunggu utk pass borang declaration.. Lepas isi borang terus beratur utk imigresen. Kaunter yang dibuka ada 4 je.. 2 Indonesia, 2 untuk Foreigner. Settle imigresen terus amek bag n menunggu yang lain2..

Perasan cun dulu sblm gerak..
OTW nak ke bas kami..
Kalau dtg tanpa agent boleh tempah teksi mengikut harga yang telah diberikan..

Sebenarnya masa nak OTW ke bas, kami jumpa Qi Razali. Kata En Norman dia datang untuk shooting Destinasi Bajet. Aku xkenal dia sbnrnya.. Xpenah tgk pon dia mengacara mana2 rancangan tv.. Cuma aku ingat muka dia pernah couple ngn Yuna dulu..

Minangkabau International Airport  -------->  Lembah Anai

OTW nak ke Lembah Anai, jalan jem.. Sbb ada pembaikan jalan.. Dan jalan yang digunakan sangat lah kecik.. Niat hati xmau tido sbb nak tgk pemandangan tapi last2 tertido jugak.. Bila dekat dengan Air Terjun Lembah Anai barulah terjaga.. Tu pon sebab Pak Ali (TA kami) kejutkan. Menurut Pak Ali, Siapa2 yang ada hajat boleh sapukan air di muka 3 kali dan kemudian berhajat.. Tu hanya kepercayaan orang tempatan yer.. Kita yang Islam sbolehnya jgn percaya sgt..



Tu dia.. Kak Norb da dapat cahaya.. Hajat dah makbul kot.. heheh..
Puas amek gambar, kami pun keluar sbb nak jalan2 sekitar gerai kat luar tu pula.. Aku cari buah utk segarkan kepala.. Tapi xjumpa.. Alih2 shopping je.. Aku beli beg tangan ukiran bukittinggi dalam RM7 satu.. Xtau la murah ke x.. Sbb berkenan so beli terus.. Masa jalan2 kat area gerai ni lah aku jumpa Qi balik semula.. Dia baru sampai..

Gerai di luar kawasan Lembah Anai.. 
Yang bestnyer, dia dok tunggu depan bas kami utk setup mic dia.. Tu pasal boleh amek gambar dia.. Nasib baik dok depan.. 





Konon nak amek gambar curi je pastu K. Norb dok lambai2 sampai dia perasan.. Boleh plak dia posing 'peace' kan.. Tq Qi..!!


Lembah Anai    ------------->  Rumah Gadang

Sampai je kat Rumah Gadang, memang MasyaAllah cantiknyer bangunan ni.. Tu blom tgk Kaabah lagi tu.. Pak Ali dah pesan, sampai Rumah Gadang jangan amek gambar dulu. Kena dengar taklimat dulu pastu baru boleh amek gambar and try baju pengantin orang Minang kalau berminat.

Masa dok testing baju pengantin, ada yang bagitau Qi dah sampai Rumah Gadang. Entah kenapa jadi excited terlebih. Kat sini, ada jurugambar yang boleh tolong amekkan gmbar korang.. Nanti beli je gambar dari dia.. Sekeping RM7.

Ni dari kamera aku sendiri.. Silap pilih baju yang sama kaler ng background.. huhuhu...
Rumah Gadang

Sejuk je dalam ni.. Tikar buloh ok..


Selesai bergambar, kebetulan Qi ada kat situ jugak, so ajak la dia bergambar sekali.. Apa yang aku suka kt dia ni adalah dia sgt mesra.. So xsusah lau nak dekati dia.. Poor Nelydia.. huhuhu..


Utk dapat gambar di atas, aku kena jadi model Qi untuk Destinasi Bajet dia.. Dah kuar dlm TV bulan lepas.. Tapi xley share kat sini lagi sbb aku xjumpa lagi sape2 yang upload kat Youtube.. Tapi mmg kua la muka aku.. Sebelum beredar dari Rumah Gadang:

Aku suka gambar ni.. Tapi lau bju gelap tu xde lagi bagus.. Macam bercuti bersama2 kan...
Rumah Gadang  ---------> Pak Datuk Restaurant





Kami diberi satu bilik khas untuk makan. Masakan Padang. Sedap dan pedas.. Masa nak gi solat, nampak Qi makan lunch kat sini jugak.. Tapi xnampak plak dia gi solat.. hahah.. Ayat bahaya...

Pak Datuk Restaurant  -----------> Puteri Minang


Ni baju yang aku berkenan tu.. 
Harga mahal.. Aku berkenan betul dengan satu baju batik sutera dia.. Kaler biru tapi over budget.. So aku beli blouse je kat sini..

Blouse = 85K Rupiah

Puteri Minang ----------> OKE



Kat sini aku beli kain sembahyang.. Murah je.. RM25 atau 87K Rupiah. Tapi kualiti xbrapa la..

OKE ---------> Lindungan Bulan

Frust xdpt beli baju batik sutera kat Puteri Minang  so aku dah terbeli kat sini 2 pasang. Satu baju batik sutera satu lagi pasang sulam.. Dua2 tu aku dapat beli dgn duit Malaysia RM55 sepasang.

Lindungan Bulan -----------> Hotel Pusako

Pak Ali cerita, hotel ni dulu pernah Pak Lah (PM yang ke 4) stay kat sini.. Macam bertuah je datang sini.. heheh..




Hotel Pusako ------> Makan Malam di Pekan Bukittinggi

Sementara nak gerak ke restoran utk mkn, pinjam la hp kak Norb utk upload gambar ngn Qi.. Selesai makan, depan restoran tu ada penjual jalanan.. Murah2 je dia jual. Aku beli blouse 2 pasang. Satu 80K Rupiah (RM25) and souvenirs utk orang Malaysia nanti.. 

~Good Nite~

Love

Kwon eLa
Bukittinggi, Padang
INDONESIA

No comments:

Post a Comment