My Bestie - I Really Miss U~~

4 Julai 2014

I Love U, My Fren!!

Sepatutnya banyak benda nak kena wat kat office tapi kemalasan yang amat. Tiba2 terasa macam nak tulis blog tapi aku xtau kat mana nak dapatkan draft pasal #bukittinggi yang aku dah tulis separuh dulu.. Tertekan la satu button ni.. Eh, dah masuk blog orang lain ni.. Pastu tengok lagi.. Nama macam kenal.. Cari gambar.. Memang sah.. Bestie aku yang dah lama aku xcontact (tapi awal puasa ari tu smpt jgak la ber'whatsapp' dengan dia) sejak dia kahwin..

Tiba-tiba aku jadi stalker.. Then terjumpa la satu artikel ni.. Aku rasa, artikel ditulis masa dia alami masalah masa zaman kami blajar kat UiTM dulu.. Dan aku jumpa la ayat ni:


Boleh plak air mata kuar kan? Dah la tengah puasa ni.. At least after a few years, aku dapat juga baca artikel ni dan dapat tau ape sebenarnya yg ada dalam hati seorang insan yang aku jaja ke sana ke mari sebagai sahabat baik aku..

eLana, 
(Nickname yang kami guna utk mewakili kami berdua)

Kita mungkin jarang-jarang atau pon mungkin lebih tepat lagi dah lama tak berhubung sejak awak kahwin.. Tapi bukan saya xnak contact awak ke aper.. Cuma.. Saya xtau macam mana nak berkawan dengan orang yang dah kahwin.. Saya xde pengalaman tu.. Kebanyakan kawan baik saya yang dah kahwin mmg xkan berhubung dgn saya lagi (v versa). Saya xpandai dlm hal ni.. Saya takot bile call atau msj awak xkena pada masanya..

Tapi saya sangat bersyukur bila awak ditemukan dengan jodoh yang baik.. Saya sentiasa doakan kebahagian awak. Apa yang tinggal utk saya sekarang adalah Faezah.. Hope sgt kami akan dipertemukan jodoh pada waktu yang sama sbb sy xtau boleh ke x sy hidup tanpa kawan-kawan bujang saya.. 

Saya rindukan awak.. Rindu nak hang out sama2.. Banyak benda saya nak share dgn awak.. Nak cite ngan awak.. Tapi saya xboleh.. 

Terima kasih sahabat kerana pernah ada ketika ups and downs saya walaupun kita pernah bermasam muka dulu (saya la, bukan awak.. hehehe).. Saya simpan lagi surat awak tu.. Rasa macam nak post kat sini tapi terlalu peribadi utk disharekan dgn orang lain.. Surat tu la menguatkan lagi ingatan saya terhadap awak dan yang lain2..

Saya xkesah kita jauh dengan jarak.. Tapi saya akan sedih kalau kita jauh dari memori masing-masing..


Love

~eLana~
400 km away from you..

No comments:

Post a Comment