14.02.2019
Happy Valentine's Day
1 Ogos 2018, aku memulakan journey aku untuk turunkan berat badan aku. Sebelum ni aku pernah diet juga tapi berat terendah yang aku capai just around 64 ~ 65 kg je. So kali ni aku nak cuba lagi.. Tapi menggunakan method lain.
Sebelum diet, aku kaji dulu cara pemakanan aku.. Mampu ke aku nak makan telur je dalam sehari.. Mampu ke aku nak tinggalkan Teh Ais favorite aku tu.. Diet yang sebelum ni aku skip nasi, mee, gula dan sebagainya.. Once aku start makan nasi balik, Oh my god, sedapnya nasi ni.. Then aku start makan dan makan dan makan semula..
So untuk kali ni, aku tak nak tinggalkan benda favorite aku.. Aku akan makan dan minum apa saja yang aku nak.. So aku bahagikan fasa diet aku ke beberapa bahagian..
Fasa 1
Berat : 73kg
Aku tau, aku tak boleh extreme utk fasa 1 ni.. Sbb body aku dah biasa menerima makanan dari pagi sampai ke petang. So aku gunakan cara kira kalori.. Aku akan makan sebanyak 1200 kalori saja sehari.. Tapi, 1200 ni boleh hilang sekelip mata kalau tak tau makanan apa yang paling banyak kalori. So aku download apps MYFITNESPAL.. Biasanya 1200 kalori ni hanya utk makan pagi dan tengahari je.. Malam aku terpaksa skip.
Tapi boleh kurus ke dengan kira kalori je?? Tak sangat la.. So aku pon melabur beli treadmill.. Masa nak beli ni pon aku pikir masak2 jugak.. Mampu ke aku nak ke gym hari2? Rajin sgt ke nak bawa kete ke sana? Masalah lagi satu adalah aku org pertama dlm jabatan tu yang ada treadmill.. Penjagaan dia, servis dia, aku kena belajar sendiri..
Dapat treadmill, aku mula berlari untuk bakar semula apa yang aku makan sepanjang hari.. Korang rasa dengan treadmill boleh ke nak bakar smpai 1200 sehari.. Memang x la.. Lari 3KM baru hilang 180 kalori.. So untuk permulaan aku cuma melatih jantung dan kaki aku utk biasakan diri dengan larian tersebut supaya akan datang boleh la aku tambah jumlah kalori yang aku nak bakar which is bertambah jugak la kilometer utk berlari.. Naikkan speed dan jarak sikit2.. Jangan expect dlm sebulan boleh hilang 10kg.. Itu diet yang tak sihat bagi aku.. Cepat turun dan cepat naik..
Fasa 2
Berat : 68kg
BMI : Overweight
Bulan 10, berat dah menurun 5kg.. 2 bulan turun 5kg.. Ok la bagi aku.. Tapi masa ni berat aku dah mula flat.. tak mau turun walaupun aku dah kurangkan makan dan berlari.. So aku mulakan kaedah lain.. Intermittent Fasting.. Aku berpuasa makanan selama 16 jam dan makan selama 8 jam.. Tapi aku makan no stop ke selama 8 jam tu..?? Tidak...
Aku masih lagi control pemakanan aku.. Aku kurangkan pengambilan makanan ke bawah 1000 kalori sahaja.. Kadang-kadang aku makan antara 500 ke 700 kalori sehari.. So bila dah ubah cara ni, berlaku la penurunan yang ketara..
Fasa 3
Berat : 60kg
BMI : Overweight (slightly)
Feb 2019, sebenarnya during Fasa 2 berat terendah aku 58kg.. Tapi sbb sekarang dah naik balik, aku anggap fasa 3 aku berat 60kg je la.. During fasa ni, disebabkan pengawalan jumlah kalori yg masuk, aku mengalami sembelit.. So utk hilangkan sembelit tu aku amek Kitsui Belly Loss.. Sangat berkesan dan berat boleh turun.. Hari2 aku consume dia..
So sekarang aku buat 24hours minum air je then baru makan pastu ulang balik 24hours minum air.. Harap2 boleh la capai 55kg sblm bulan Mac berakhir..
Sekian dari ela yang kini hampir kurus..
Love,
Kwon eLa
Sabak Bernam
MALAYSIA
No comments:
Post a Comment