14.02.2019
Happy Valentine's Day
1 Ogos 2018, aku memulakan journey aku untuk turunkan berat badan aku. Sebelum ni aku pernah diet juga tapi berat terendah yang aku capai just around 64 ~ 65 kg je. So kali ni aku nak cuba lagi.. Tapi menggunakan method lain.
Sebelum diet, aku kaji dulu cara pemakanan aku.. Mampu ke aku nak makan telur je dalam sehari.. Mampu ke aku nak tinggalkan Teh Ais favorite aku tu.. Diet yang sebelum ni aku skip nasi, mee, gula dan sebagainya.. Once aku start makan nasi balik, Oh my god, sedapnya nasi ni.. Then aku start makan dan makan dan makan semula..
So untuk kali ni, aku tak nak tinggalkan benda favorite aku.. Aku akan makan dan minum apa saja yang aku nak.. So aku bahagikan fasa diet aku ke beberapa bahagian..