RINDU

10/12/2019

Tahun ni first time tak travel sejak 2013. Rindunya nak naik kapal terbang. Semalam dengar cerita pengarah nak halang cuti rehat pada minggu kuliah.. Ah sudah!!! Semua benda nak control.. Tu satu motivasi kot pada staf.. Penat keje, kita pon nak rehat.. Bagi lah kita rehat pada hari2 yang kita nak.. Jangan lah stick pada cuti semester semata-mata..

Benci!!

Hate,
Kwon Ela
Sabak Bernam
MALAYSIA

MY DIET JOURNEY

14.02.2019

Happy Valentine's Day

1 Ogos 2018, aku memulakan journey aku untuk turunkan berat badan aku. Sebelum ni aku pernah diet juga tapi berat terendah yang aku capai just around 64 ~ 65 kg je. So kali ni aku nak cuba lagi.. Tapi menggunakan method lain.

Sebelum diet, aku kaji dulu cara pemakanan aku.. Mampu ke aku nak makan telur je dalam sehari.. Mampu ke aku nak tinggalkan Teh Ais favorite aku tu.. Diet yang sebelum ni aku skip nasi, mee, gula dan sebagainya.. Once aku start makan nasi balik, Oh my god, sedapnya nasi ni.. Then aku start makan dan makan dan makan semula..

So untuk kali ni, aku tak nak tinggalkan benda favorite aku.. Aku akan makan dan minum apa saja yang aku nak.. So aku bahagikan fasa diet aku ke beberapa bahagian..