BANDA ACHEH, INDONESIA 2016 (DAY 1)

DAY 1 :  PROGRAM KEMBARA KASIH DI BUMI ACHEH 2016

Tarikh Lawatan : 12 November 2016 (Day 1)

Asalnya aku xjoin pun lawatan ni.. Tapi lama2 rasa mcam rugi plak kalu xikot.. So kebetulan Kak Mus (ofis mate) xboleh pegi, so aku decide utk gantikan tempat dia.. Kami bayar dalam lebih kurang RM600 lebih sorang kalau xsilap.. Jumlah peserta 10 orang dari PSIS (Pn Faridah, Pn Kamisah, Ustaz Tob, En NOrman, En Azmi, Kak Norbi, Kak Akma, Firdaus, Anak Pn Faridah, dan aku).. Sorang dr pihak industri (Tn Hj Zul).. Dan sorang guide (xigt nama.. Xpenting pon.. Tapi untuk cerita ni aku namakan dia sbg Miss X la).. So total dari Malaysia 12 orang..

Sebenarnya banyak yang xpuas hati dengan Miss X psl trip ni.. Antaranya pasal bab makan, kereta, dan itinerary tu sendiri.. Tapi aku akan cite sikit2 la..

Kami bertolak dari PSIS tengah malam.. Guna bas poli.. Cuma kami kena bayar OT driver je la.. Sampai KLIA dalam kul 5 pagi macam tu.. So boleh bygkan x betapa lajunya dia bawa bas.. hehehe..

Geng kami sblm nk bertolak mmg da decide untuk beli bag pegi sbb kami nak bawa beg besar.. Tapi bila sampai kat KLIA, kami xboleh guna pon kami punya luggage weight tu sbb Ustaz Tob pegi bawa beg besar la plak.. which is nak bawa naik kabin mmg x la.. So kami tpaksa give up tempat kami tu.. So usungla beg ke atas.. Mmg hati tu mmg geram je..

Dari kiri: Kak Akma, Ust Tob, Tn Hj Zul, Pn Faridah, Pn Kamisah
Dari belakang: En Azmi, Firdaus


Sempat dorang bergambar sblm masuk.. Aku ngan Kak Norbi dah pisah awal2 lagi..

Sebelum boarding..

Hah.. Yang depan sekali ni la Miss X..



Flight amik masa dalam sejam lebih je.. xlama pon.. Urusan imigresen dia mmg pjg gler.. Masa tgh beratur untuk cop passport tu, aku kat depan Pn Faridah dgn Pn Kamisah.. So dgr la dorg duk bebel pasal Miss X n trip ni.. Pn Faridah kata ni first and last dia guna perkhidmatan Miss X.. Miss X ni yang kami geram sbb ssah sgt nak contact dia.. Byk benda jadi tertanya2 macam mana prosesnya..

Ni la keadaan kami yang bersempit2 dalam kete ni.. Ni belum masuk Ust Tob ni.. Macam sardin..



Utk yang first ni, kami guna 2 kete sbb beg banyak.. Aku mmg kat seat depan sbb takot muntah.. On the way nak ke first destination, kami disajikan dengan pemandangan kehidupan orang-orang Aceh ni.. Sejuk hati bile tgok berlambak masjid ada di sini.. Hopefully jemaah dia pon ramai..

















First destination kami, Monumen Tsunami Kuburan Masal Siron.. Dari cita driver kami, ramai yang dikebumikan dkt tempat ni.. Berpuluh2 ribu.. So nampak je tempat dia mcm kecik je tapi berpuluh2 ribu jasad ada bawah tu.. Allahuakbar!!




Di bawah dataran rumput ni la mayat2 dikebumikan secara pukal..




Memandangkan dah hampir tengahari, kami pon singgahlah makan di satu restoran ni.. Namanya Rumah Makan Syiah Kuala.. Jgn keliru.. Bukan Syiah yang selalu kte dengar tu.. Sebutannya more to 'Syeikh'.. Makanan kat sini memang sedap.. Dan uniknya (ni baru aku tau) makanan Acheh rupanya banyak guna daun kari.. Goreng ayam pon letak daun kari.. Dan daun kari ni akan jadi crunchy bile dimakan..


Tgk saiz ayam tu..  Ayam dara namanya ni..
 

Lepas makan kami singgah hotel dulu utk proses check in dan solat.. Kami tinggal di Daka Hotel untuk 4 hari ni.. Masanya da start jadi conflict lagi.. Miss X ckp nak sewa motor sbb nak kurangkan jumlah orang dlam kete.. utk lebih selesa.. Kami suruh amek 1 lagi kete sbb mcm sardin.. xslesa nak duduk.. Tapi dia mcm nak xnak.. Sudahnya sampai hari terakhir la kami dok mcm sardin dlm kete..



Masuk je bilik, Allahuakbar! Tingginya tandas.. Selimut xde.. Towel xde.. Aku biasanya mmg xbawa towel sbb nk jimat space dlm beg.. Terpaksa minta dengan receptionist.. Lepas berehat, kami teruskan penjelajahan di Pasar Atjeh.. Pasar ni musnah masa tsunami, tapi dibangunkan semula dengan kerjasama dari negara Jepun..



Dekat pasar ni memang terkenal dengan kain sarung, kain batik bercorakkan pintu Acheh, dan macam-macam lagi.. Memang murah2..

Lepas berjalan-jalan sekitar Pasar Atjeh, kami teruskan lagi untuk melawat kapal di atas rumah di Lampulo.. Ceritanya macam ni, masa serangan tsunami tu, kapal ni hanyut dan terdampar di atas rumah orang.. So boleh bayangkan x betapa dalam dan tingginya gelombang tsunami tu.. Masa kejadian, ada orang dalam kapal tu.. Dia xsedar pon yang tsunami dah bawa kapal tu beberapa kilometer dari tepi pantai ke rumah tersebut.. Kalau salah ceritanya tolong betulkan saya ye..

Laluan nak ke Kapal Atas Rumah.. So kapal yang dibawa arus tsunami tu asalnya parking kat sini.. Pastu hanyut smp la ke rumah tu..


Laluan nak ke Kapal Atas Rumah.. So kapal yang dibawa arus tsunami tu asalnya parking kat sini.. Pastu hanyut smp la ke rumah tu..

Taraaaa... sampai dah..

Bahagian atas kapal..


Eh.. Eh.. Ada orang amik gambar kita la..

Boleh dengar taklimat dan cerita yang disampaikan oleh saksi kejadian tsunami tu sendiri...

Sijil juga disediakan kalau ada sesiapa yang berminat nak buat kenangan.. 







For me, tsunami tu sendiri adalah disaster yang sgt dasyat.. Dalam video kat youtube, arusnya xlaju sgt tapi sebenarnya arusnya deras diburukkan lagi dengan macam-macam benda yang hanyut bersama dengan tsunami tu..

Sebelum balik hotel, kami singgah makan dulu dekat2 area Hotel Medan Banda Acheh..

Masih shopping..
Ok bye..

Love

Kwon eLa
Banda Acheh, Indonesia

1 comment:

  1. ssalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion

    KERETA SEWA BANDA ACHEH & SABANG

    Salam...Ingin Datang Melancong Di Acheh dan Zero Kilometer Indonesia Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Acheh, Sabang, Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat Shopping, Melancong dan Situs Tsunami Acheh dan sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang. Utk booking
    call. +6281263979828
    Whatsapp. +6281263979828
    https://www.facebook.com/muchsin.mustafayatim

    ReplyDelete